Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, October 20, 2016

Resepi | Akok Keddut

Assalamualaikum...

Lama betul pic ni aku peram dalam folder, lupa nak up resepi akok keddut ni. Maklumlah...puasa dah lepas.. haha. Biasa jumpa kuih ni dalam bulan puasa jer. Apa kata kita ubah kebiasaan itu. Sebab nak buat akok ni .alahaiiiii senang gila. :)


Tapi tgk orang jugak la. Ada orang buat bau hanyir, ada yang buat tak berapa nak kedut. Cer kita buat. Apa jadi. Bahan bahan dia pun tak susah nak cari..basic jer..

Bahan Bahan:

Santan kotak 1
Telor 6 biji
Air 100 ml
Gula melaka 2-3 keping
Gula 2 sudu
30 gm gandum
Daun pandan
Garam hujung sudu

Cara cara:

Panaskan gula melaka dulu sampur air sket, masukkan daun pandan sekali.
Pakai blender senang, Pecahkan telor dalam blender, curah santan, air, gula melaka tadi, gula, gandum, garam. Semua sekali la senang. Blend sampai hancur dan tapis.
Kalo korang malas sangat bakar jer pakai kuali ajaib. Sekali masak jer..hehe. Kalo rajin bakar la dalam oven . Acuan dia plak kalo takder yang original tu pakai acuan muffin pun ok. Bulat bulat jadinya.

Done

Senang jer kan?

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: