Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, October 10, 2016

Mata Dah Pejam Ni

Assalamualaikum..

Pagi pagi lagi hari ni dah banyak buat silap. Memang malu bertepek tepek hari ni.. Pertama sekali dah tersilap wish PT3 Exam. Hari ni kan. Selamba jer post kat grop anak cucu sepupu sepapat semua gud luck. Walhal anak sepupu aku tu PT3 2014 lagi. Cakna sangat la ko Anie. Rupanya anak dia dah SPM. Majlis serah ilmu dua malam lepas untuk calon PT3 dan SPM la. Gara gara tengok gambar tanpa baca caption la ni. huhu

Pastu kesilapan yang ke-2, dah elok semalam niat puasa sunat hari ni dan esok. pepagi lagi elok plak masuk dapur goreng karipap dan sardin gulung frozen, tak cukup dengan tu goreng plak roti telor bergula.. tak cukup lagi?.. beli plak nasik kerabu daging goreng kat depan ofis aku ni ha. Lupa yang berganda ganda. Sampai tempat kerja selamba makan roti. Habis roti telor dua keping baru sedar.. Ehh aku nak puasa hari ni, kenapa plak aku berbekal berganda berganda bekalan plak pagi ni. Nyanyuk sangat dah ni. Taham jingga nyanyuk aku.

Yang membezakan Puasa Asyura orang islam dengan orang yahudi adalah berpuasa pada Hari Tasu'a 9 Muharram, hari ni la. Jadi, sebaiknya puasa 10 Muharam di mulakan dengan puasa Hari Tasu'a dulu. Tapi takper la, dah lupa kan. Yang penting Allah SWT tau niat kita.

Nasib baik hari ni air dah ada. Punyalah siksa dua hari takder air. Siksa tu takder la sangat. Sebab kami dah simpan air . cukuplah untuk dua hari. Tapi payah sketlah nak basuh pinggan kena bercedok, nak basuh berak anak kena bercedok gak, mandi anak pun sama kena bercedok, kalu tak cedok separuh drum habis la gamaknya. Anak anak plak time catu air ni la depa rajin sangat nak mandi, time ni jugaklah depa suka nak berak berak, time catu air ni jugaklah depa suka penuhkan singki dapur tu dengan cawan pinggan kotor.. Hadehhhhh... Budakk.


Opss..lupa plak, hari ni si abang ada tugasan sekolah . Tugasan ni akan menyumbang 30% markah untuk Peperiksaan Akhir Tahun. Minggu lepas dia bagitau , hari ni baru berkesempatan aku nak buat. Anak anak zaman sekarang. Kerja sekolah, ibu yang siapkan. Anak goyang kaki sambil tengok Tobot jer... cukup senang ko nak.

Ok lah...Taknak bazir masa.. Ada kerja nak settle sket ni

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: