Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, October 5, 2016

Masalah Air

Assalamualaikum...

Masalah air kat Hulu Klang ni tak pernah settle. Macam macam versi dah dengar sebab musabab air takder ni. Yang jadi masalahnya notis tak sampai. Dah sampai pun lewat dah, nak tadah air tak sempat. 2 Minggu lepas satu hal. Satu tangki habis aku guna. Mana tau air takder. Habis air sampai yang karat karat keluar. Tak check kat paip luar air takder. Basuh baju sampai dua mesin. Habis la air tangki. Aku pun tak pasti paip kat mesin basuh tu guna air deret ke air tangki. hahahaha.


Malam tadi satu hal lagi. Balik rumah air dah takder. Pinggan mangkuk ada yang tak terbasuh. Stress mak aih. Plan nak masak kari daging lagi. Sudahnya goreng telor je. Kebetulan plak gas pun habis. Hah elok la, gas habis, air takder, jangan cakap letrik plak takder.. Tak tau nak buat apa lagi. Tapi nasib baik jugak la dapur gas yang camping tu ada. Kebetulan Ajid baru jer beli gas baru. Nak topup yang lama tu dah ringan. Sempat la masak sebijik telor.

Harraz masa tu plak meragam. Dia sorang ni aku perati suka sangat kena air. So aku syak dia tak mandi kat rumah Mama dia. Tu sebab balik rumah mengamuk, rimas, nangis, melalak. Sudahnya aku bukak baju , bawak dia kat luar. Mandi kat paip luar depan rumah tu. Lepas mandi senyap terus,, bagi susu sebotol elok jer terus zzzzzzzz sampai pagi. SETTLE

Lepas Harraz tido barulah aku boleh buat kerja. Basuh pinggan mangkuk, isi air dalam periuk. Periuk tapuware semua aku bedal. Baldi dah jahanam. Anak jantan punya kerja. So guna jerla apa yang ada. Janji nak kencing takder aku lap ngan tisu jer. Nasib baik jugak air kat paip luar tu ada. Kat dapur yilek, singki yilek.. toilet yilek. Kat luar jer boleh tadah. takper la air kecik  halus pun. Ngan air kencing Harraz laju air kencing dia.. Tunggu situ la sampai penuh. Pastu punggah masuk toilet. Penat jugak la nak ulang alik tu. Dengan yang sorang tu nak mandi, sorang tu plak nak berak.. Hadoiii..stress mak hencik. Takder jalan lain dah . Besok pagi semua kena mandi depan tu. Ibu pun kena mandi kembang gantung kat depan tu. Ngekek ngekek Hafiy gelak. Ibu serius weyyy.  Bangun sebelum subuh kalo taknak ada orang tengok. Hahahahaha... taknak Hafiy mandi luar malu katanya. Aku saja gertak jer. Ko dah muka cengeng., apehal..

Tapi alhamdulillah la. Sempat jugak tadah untuk Hafiy & Hadif bawak ke sekolah agama. Ustaz dia mintak masing masing kena bawak air untuk mandi dan minum. Dia kan transit situ. So kalo dah ramai ramai guna air mana nak datang air. Basuh kencing lagi, berak lagi, mandi lagi. Aku bagi air untuk budak dua org tu dalam 10 liter jer. Untuk minum plak beli botol kecik sudah...hahahha..Pandai la korang jimat.


Sesubuh Adam dah kejut Hafiy mandi. Tengok tengok kat dapur dah penuh botol mineral tu Ajid isi malam tadi. Mana dia kutip botol botol tu semua tak tau la aku. Air untuk Harraz pun ada, dia dah standby. Alhamdulillah. sempat dia tadah . Aku dah tidooo bila masa dia tadah pun aku tak tau. Harraz tadi pun bekal jugak air utk mandi berak kencing semua. Air untuk buat susu pun aku bagi jugak. Bagi jer la. Senang sket mama dia nak urus. Ramai ramai budak mana nak ambik air dia pun kan?

Dah.. pening dengan masalah air ni. Lepas baca balik entry ni lagi lagi bertambah pening aku. Biasala menulis time pening, hasilnya pun pening..hahahaha

Sekian wassalam

Love
Cikanie.

No comments: