Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, September 22, 2016

Saat Nak balik KL

Assalamualaikum..

Telinga aku ni dua hari dah berdengunggg. Entah pehal, masuk lipas ke apa. Malas nak gi klinik so kenalah nanggung sakit. Sinus tahap jingga rasanya. Tekak, telinga hidung semua effect ni.

Cerita balik kampung makan buah dah sudah. Sampai masa cerita pasal saat nak balik sini. Bab ni memang susah sket. Kalo boleh memang taknak balik. Aku yakin semua gitu kan?. Time nak balik kampung semua masing masing laju jer kemas beg. Seminggu awal dah stanby baju basahan berapa helai, baju jalan nak berapa lai, baju mandi nak kena bawak, spender bra berapa lai.  Kan?
Tapiiii.. cer tiba time nak balik KL balik.. Ya Allah malasssssss sangat. Kalo boleh aku nak sumbat dalam beg kemboja tu jer. Senang. Baju kotor situ , baju ok pun situ. Balik rumah baru settle .

Ok itu satu.. satu lagi kalu balik KL ni rasa aku macam nak transform keter tu jadi lori 5 tan. Senang nak bawak balik barang. Kalo mak aku memang semua benda dia nak suruh bawak balik sini. Paling takder apa nak bawak kelapa pun dia suruh bawak balik. Katanya senang, tinggal bawak kedai suruh mesin jer..:) gitula kan orang tua. orang tua saper saper pun aku rasa. Segala macam anak benih pun offer..Anak limau, pandan, pokok kari. Kalo rumah KL ni ada space untuk berkebun maunya pisang, durian, cempedak, rambutan nak di hangkut kan?.

Korang boleh bayang tak Exora besar mana sangat la bonet dia kan. Nama jer MPV tapi nak muat barang-barang fail. Muat orang ok la. Tu sebab aku rasa bestnya kalu aku deromon. Boleh tukar Exora jadi lori 5 tan.. Hangkut semua.. Pesen mak aku rambutan dia isi dalam bakul kain..satu bakul tu muat dalam 10kg rambutan. Memang kerja gila la kalu sorang bawak 2 bakul. Sebab aku balik ikut adik aku. Mana nak simpan bakul tu. Sudahnya rambutan masuk dalam plastik sampah. Bijak sungguh bonda aku. Seboleh bolehnya memang dia nak suruh jugak kita bawak balik buah. Tu tak kira, duku, dokong, cempedak, tempoyak, petai, tapai....ayooooooo...

Sudahnya , mangsa keadaan anak anak. Siam bebudak 4 orang kat belakang ni, dah takleh beza dah dengan pelarian Khasmir kata adik aku. hahahahaa... nasib la nak jadi anak cucu orang Kelantan. Nasib la sang suami tak ikut balik. Kalo tak ayat yang akan diulang 40kali adalah..

 nasib badan la kawin dengan orang kelantan....

Tapi sampai KL..dia yang bersungguh... petai bawak?.durian bawak berapa bijik wak? rambutan ni jer ker? budu brapa dozen?...huh.


Kebetulan masa nak balik hari tu Pakcik nak tumpang ikut balik KL.. Sooooo nasib la ko. Macam sardin expired la kitorang hari tu. Kat seat depan, bawah kaki 5-6 biji cempedak. Dah tak main plastik dah. Timbun jer gitu. Gulai Kambing pun sempat kami bekal. Dah sampai sini senang, tinggal masak nasik jer.. hahaha. Nasib nasib.


Kat tengah plak aku, Harraz , adik aku.. Harraz tak boleh, kena letak dalam carseat. Kalo riba mau krem paha aku. Satu lagi kesian dengan dia. Terhinjut hinjut nanti. Pak Ngah dia tu bawak keter boleh tahan laju. Gaya bawak Ferarri. So nak tak nak carseat kena pasang. Kiri kanan aku ngan adik aku. Kat bawah kaki kitorang apa takde.. beg baju, beg susu, henbag, dokong, tapai, tempoyak..sini la tempatnya.. Aduiii kelakar giler rasanya. Dulu tkper la ada Opel. Ajid balik kampung naik Opel buruk jer. senang dia nak mancing. Anak pun boleh bentang toto kat belakang. Tidooo jer la.


Paling kesian anak anak kat blakang. Ada rupa pelarian khasmir tak diorang?
Kesian kan? Sedih pun ada tengok muka sorang sorang. Tapi yang banyaknya nak gelak la. Takpe..tahun depan kita sewa lori 5 tan. Balik hangkut buah.


Adik aku sorang ni lagi best.. periuk belanga, anak daun limau purut semua dia kaut. Dalam bonet belakang sah sah la padat dengan buah buahan. Kat siti belakang pun sama. Lagi teruk. Kalo gini gayanya lori 10 tan jer la ko ambik dik. Lepas tu sampai Masjid Raub dia hantar gambar ni


Aku cakap 2kali5 dengan ko la dik. Bezanya pokok dia dah tinggi..
Gelak pitammm.. aduii

Ok la.. serabut perut datang balik ni. Tadi dah settle..Nak kena ambik masa bertenang kejap ni

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: