Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, September 27, 2016

Rindu Bonda

Assalamualaikum

Hari ni tak jadi balik. Kalo ikut kan si tengah (adik aku no2), memang nak cabut pepagi lagi. Tapi rilex la dulu. Kalu dekat takper, ni jauh wey..pastu nak bawak anak kecik lagi. So tgh tunggu mak aku call.. dia cakap balik..kita balik. Hidup kita ni apa apa pun kena letak orang tua no1. Apa benda yg datang bincang dulu la ngan orang tua. Kalo bertindak melulu ni aku rasa keputusan yang datang nanti tak berapa nak cerdik.

Tetiba rindu plak ngan bonda. Rindu masakan dia, rindu nak berborak. Macam macam la. Balik raya haji hari tu ajak dia datang sini. Tak nak dia. Katanya tak sanggup tinggalkan adik dia yang sakit tu. Aku sayang adik aku . Katanya..:) sweet jer kan kalo kakak cakap gitu ngan kita. :) Malangnya aku takder kakak. Tapi aku bersyukur ada adik adik yang sangat supportive, caring, loving.. macam macam la. Aku sayang Ongos, sayang chik, sayang olang, sayang seksu. Muahhh ciked.


Kelakar plak tgk gambar atas ni . Konon nak wat mulut itik, bukan mulut itik yang jadi, mulut tengkorak yang jadi..huhu. Tak pandai nak ambik gambar gedik gedik gini. Kat depan tu si tengah aka Ongos . Pic dia kali ni agak sopan sket aku tengok. Biasa tak sesopan ni. Tercabut gigi palsu kalo tgk dia posed biasanya. Kalah Kila Fairy.. Madhuri Dixit lagi kalah.

Aduyaii..sakit perut tetiba ni. Ingat nak melalut panjang sket. Kena stop la gayanya. Tadi makan nasik kerabu yang takder kerabu, sambal ikan jer lebih. Tapi sedap jugakla.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: