Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, September 6, 2016

Resepi : Bubur Jagung Bersagu

Assalamualaikum..

Bila belek gambar makanan lama lama , jam jam tu jugak teringin nak makan. Walhal baru lepas makan nasik ni. Kenyang lagi ni. Tapi disebabkan gambar tu menggoda sangat.. makanya terpanggil panggil kedai kat rumah tu suruh datang beli jagung. :)

Kalo jagung semata mata tak berapa sedap sangat bagi aku, kena ada benda lain yang boleh digigit gigit manja selain jagung. Letak sagu la senang tapi kena bekukan dulu la..kalo campak terus tak best jugak. Bagi aku la.

Terus gi pada resepi la. Kot ada orang yang tak sabar nak tengok bahan bahan dia. Cara buat jugak :)

Bahan Bahan:

  • Jagung 3 batang
  • Sagu
  • Gula secukup rasa
  • Daun Pandan
  • Garam
  • Pewarna Hijau
  • Santan sebijik
Cara caranya :
  • Masak sagu dulu, taruk pewarna..air sket..agak agak sagu tu tenggelam.
  • Kacau sagu tadi sampai masak , tak masak sangat pun takpe, janji boleh gentel. Kalo aku ..siap masak aku masukkan dalam acaun cokelet.. elok terbentuk la. Takyah nak gentel pakai tangan kemudian sejukkan .. 
  • Kikis jagung tu. Takyah rebus dulu..kikis jer biar licin, jangan sampai batang dikikisnya.
  • Masuk santan masak, masuk gula, masuk daun pandan.
  • Masukkan sagu yang di sejukkan tadi.. mengelegak..tutup api.


SIAP..
Selamat mencuba

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: