Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, September 23, 2016

Langgar Pantang

Assalamualaikum..

Kepala masih lagi berdengung ni, kali ni lagi parah..2-2 belah ni.. what should i do ehh?.. Ok dop i speaking london?... Besok tak sabar nak gi Nuriszar Bangi. Ada sales uolss. Banyak benda nak intai ni. Botol susu , makanan Harraz, toys Harraz, gadget Harraz...macam macam la. Paling penting botol susu la. Harraz dah tujuh bulan. Tak pernah tukar sejak dari lahir botol susu dia.


Sedar tak sedar Harraz dah 7 bulan 29 Sept nanti. Sekejap jer kan?..orang yang tengok memang rasa sekejap. Kita tukang rasa ..9 bulan 10 hari mengandung, 44 hari pantang.. lama weyyy. Kalo diberi pilihan nak mengandung ke nak beranak..aku pilih beranak. Sakit kejap takpe.. siksa lama...aduiii. Tapi itu perkara normal yang semua perempuan akan merasa. Walopun sakit, walopun siksa, walopun pedih, jerih, perih,,itu semua akan jadi manis bila tengok muka si comel depan mata kan?.. Ya Allah nikmatnya, Syukur YA Allah, Alhamdulillah.

Sekarang Harraz 7 bulan banyak benda aku dah rasa. Pulut dah makan.. air batu jarang jarang, sayur semua dah bedal, Laksa belum lagi, air kelapa pun sama. Dalam banyak banyak tu, pulut jer aku alah sket. Lepas makan sakit seluruh badan. Nak bangun buatkan susu Harraz pun berchinta. Tapi tetap makan jugak. Degil kan.. terimalah habuan dia. Tapi mak aku pun pesan makan jer la. Buat rasa. Pastu sendiri rasa la tubuh kita. Kalo tak boleh jangan, boleh ok la. Tapi aku bab pulut pulut ni, walopun dah sah sah akan sakit urat lepas makan walopun satu mulut aku tetap nak makan jugak.. Nak nak pulut sama pengat pisang. Gila tak makan. Tapi tu la. Rasa rasa la. Jangan makan satu periuk. Memang carik nahas la.


Benda lain takder sangat. Cuma air kelapa jer, mak aku pesan baik takyah lagi. Kalo dia dulu la nak minum air kelapa tunggu nak beranak plak la. means kalo tak mengandung dia tak minum. habis tu kalo 10 tahun tak mengandung 10 tahun la ko tak minum. Macam tak logik plak kan. Orang tua kata bisa dia lain macam. Ntah aku pun tak try. Saper pernah try?. rasa camner yer?..sakit tak badan?

Laksa pun setengah orang aku boleh. Benda benda yang buat secara teran.. maksud kan proses buat tu kan dia teran guna alat dia. baru la jadi laksa. semua yang melalui proses macam tu bisa. Ermm..mee ok jer.. bihun pun. Aku la. Tak tau la orang lain. Dah la masa dalam pantang hari tu aku tak berapa nak pantang. Maklum la pantang sendiri. Ikut suka hati aku jer, nak makan masa mana, nak barut perut masa mana?.. ubat pun lupa nak makan, air rebusan pun tak minum. Semuanya aku langgar.
Kesannya nanti dah tua.. tgk macam sekarang la. Dah ada rasa sket sket, pantang sejuk urat sakit, pantang penat sket badan sakit. Perut plak dah macam pakai porcbag, Barut pakai gerder jer .. memang patut la kan? Saper suruh tak pantang betul betul ?

So korang jenis yang disiplin bab bab pantang ni atau pun main redah semborono macam aku jugak?..ekeekekeke... tak nak ngaku yer?. Ok la. Itu jer nak bebel.

Sekian wassalam

Love
Cikanie

No comments: