Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 21, 2016

Kasih Seorang Ibu

Assalamualaikum..

Pagi pagi ni emo sket. Pantang aku kalu sket sket nak sentap..memang PANTANG. Tak layak ko nak sentap dengan orang tua. Ko ingat ko jer pandai sentap, orang tua punya sentap ada ko fikir. Menyampah. :)

Saya jer nak kasik panas. Bagi aku la, kita sebagai seorang anak tak layak sangat nak sentap dengan orang tua. Ko sape?..syurga ko kat mana? Kan?


Balik raya haji hari tu dah set kat dalam otak aku..first thing...doyan.. Nak makan durian, nak makan rambutan, nak makan dukong..nak pegi kutip manggis. Alhamdulillah, Semua dapat. Wolopun durian tak berapa nak fresh..sebab nak masuk peti ais.


Tengok kat sini kita dah tau sejauh mana kasih sayang orang tua kita kat kita kan. Ko takyahla nak banyak songeh. Belajar appreciate orang la sket, nak nak orang tu ibu ko. So demi menjaga hati seorang mak.. makan la aku tanpa banyak soal. makan ..makan..makan dan makan sampai nak muntah pun ya. Gila tak makan, sedapppp tu. Kalo tak sebab anak nak balik mak aku dah jual kat cina. Hari hari ada orang datang tanya doyan..

anak nak balik..doyan dah habis..simpan untuk anak kita

Gitulah dialog mak aku kalu ada orang datang rumah tanya pasal durian. Kasihnya mak kat kita kan?. Ada hati nak sentap menyentap lagi. Apa lagi cakap kasar. Memang dosa la ko.


Rambutan pun memang puas makan. Rasanya kalo boleh belah perut tengok isi perut, rambutan dah jadi jem dah kat dalam tu. Mmg bekfest rambutan ko.


Manggis dah nak habis. Dapat makan sket sket jer, tu pun nak kena pegi gegar dahan dia . Paksa luruh. Tak sabar nak tunggu esok pagi plak. Dokong pun sama. Tak brapa nak masak lagi. Makan dua tiga biji. Special dokong mak aku petik pakai mulut. Dah buat sama tinggi ngan kita, nganga terus jer la. Takyah susah pakai tangan.

Mak aku cakap nak makan dukung balik sekali lagi bulan 11. Dokong nak kena dua kali masak. Sekali masak dia takkan manis. Dah cukup 2 kali masak..conferm manis. Tak sabar nak nunggu cuti sekolah, balik makan puas puas kali ni.


Lagi satu yang best cempedak, sedap siot kot.. manis sangat walopun ada ulas yang buruk, tak cantik la kan, tapi isinya..wallah... kat sini jual 3 ulas 5 henggit tau ..mak aii,. Yang goreng punya. Kat kampung makan tanpa ada rasa was was, makan sampai muntah hijau. Cekik darah sangat jual cem
pedak goreng mahal cenggitu. Nak naik haji ke bang oi. Agak agak la. Madu tang mana bang oii. Sekilo abang beli berapa?. Meh datang borong kampung saya. Meh la..

Entry penuh emosi kali ni. Sorry yer.. nak meluah perasaan kat mana lagi. Kalo kat FB sure kena hentam kaaw kaw ngan netizen punya.. haha..netizen la sngat..bajet retis..huhu. Kat blog paling selamat.. korang  dan korang jer yang baca pun...hikhikhik. jarang jarang orang yang jumpa blog ni. Sooooo menulislah tanpa was-was..

Sekian wassalam

Love
Cikanie

2 comments:

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

mahainyaaaa cempedak goreng 3ulas rm5.. tapi sekg pun mahal kalau buah dia kan.. kat perlis ni pn sekg rm10 buah dia..
syok makan buah2 fresh dr poko

aCik Anie said...

kat kajang hari tu 8 hengit skilo..boleh tahan mahal gak