Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, September 6, 2016

Kasih Seorang Abang

Assalamualaikum..

Mood cuti panjang sudah datang. Apapun malas ..Homesick apekebende la tua tua gini... nyampahhh.

Korang perasan tak anak no 1 mesti ngam dengan no 3..anak no 2 mesti akan jadi pemberontak sebab setiap masa dia akan tergugat dengan kehadiran adik dan dia sebolehnya akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian samada dari abang atau adik atau ibu dia. Bila semua orang tak respon dengan dia makanya..... Memberontak..menangis, gaduh,, aduiii.. Inilah masalah aku sekarang. Tapi dalam situasi ni..si abang yang jauh diri,


Aku perasan lately ini si abang ni macam jauh diri sangat. Hari cuti jer mintak hantar rumah Paklang dia. Asal cuti jer nak tido rumah Paklang. Rumah paklang dia ni takder la jauh sangat..selang 2-3 taman jer. Macam mingu lepas Sabtu petang nak pegi umah Paklang tido sana . Ahad malam ibu ambik. Amboi orderrr... Aku memang tak kisah pun dia pergi sana, tapi kalo selalu pegi mesti ada something wrong somewhere la kan, terpikir jugak aku, kurang kasih sayang ke budak ni, tak suka ngan ibu dia ke.. ? risau tau.. Makanya penyiasatan pun di jalankan dengan bantuan Paklang dia


Meh nak translit.. 

Hafiy cakap dia bosan, Hadif kacau dia, Harraz plak menangis jer, Biasa mengaji pukul 8 , tapi kul 8 ibu tidokan Harraz..

Setepek kena kat muka aku. Aku kadang kadang terpikir jugak, masa untuk aku ngan dia dah semakin takder,makin lama dah makin besar jurang antara aku ngan dia. Ye la, masa banyak habis untuk Bambam.. bila bambam tido , ke dapur masak pulak. Sedih sangat rasanya. Bukan tak perasan, sangat sangat perasan Yang sedihnya dia tak cakap kat kita dia cakap ngan Paklang dia.. sedih la. Mungkin aku kena re-schedule balik jadual kat rumah . Biar dia sedar yang ibu dia ni masih punya masa untuk layan cerita dia. ada masa jugak layan dia main lego, Ada punya masa jugak nak sentuh dia..peluk peluk kis kiss dia. Tapi kadang kadang ..yer la alpa jugak kan. 

Berbalik cerita minggu lepas, kebetulan Ahad tu ada jemputan dari jiran sebelah, anak dia kahwin, buat kat dewan Putrajaya, Aku fikir ajak dia pergi sana dapat sogok dia la, pastu janji bawak pergi taman lepas tu, lepas pegi taman ajak pegi beli lego plak.. konon kono la, mana tau dia nak ikut kan, dengan harapan Paklang mesej suruh datang ambik dia. Agak agak apa reaksi dia, ?..

Dia tak nak jugak, nak duduk rumah paklang. Satu ayat jer aku bagitau laki aku, ..Ini petanda tak baik..sudahnya kami 4 beranak jer la yang pergi.


Malam lepas magrib barula Paklang dia hantar. Masuk jer rumah, peluk cium terus sibambam.. ngan Hadif dia buat rilex jer, muka takder perasaan. Hadif pun sama buat muka toyer jer ngan abang,, haihhh,,pening ibu. Tapi dari balik sampai la nak tido..aku perati Hadif treat abang dia lain macam jer. Banyak mengalah pun yer, Pandai jugak si abang saiko si angah yer. Gud job bang..

So kesimpulannya aku nak tanya, anak no 1 dengan no 2 memang susah nak ngam eh.. kalo dia dah ada adik.. kalo takder adik aku rasa boleh settle lagi, mesti dia akan rindu each other la kot kalu berjauhan lama lama. Tapi kalo dia dah ada kawan..maksudnya ada yang no3, lantak mu la kot... gaduhhhh sepanjang masa..

Nampak gaya ibu kena beranak yang no4 la ni, buat geng si Hadif la. Pada yang pening, Hadif ni no2, Si abang no 1 tu Hafiy ...hehe.. ok la, tu jer nak citer. Harraz no3. Pening kan dengan citer aku..

Sekian Wassalam


Love
Cikanie

No comments: