Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, August 22, 2016

Tekak Sakit

Assalamualaikum..

Nasib baik hari ni ada customer audit..gigih jugak datang kerja hari ni. Penangan buah durian. Bangun tido pagi tadi hilang suara. Asal serak serak jer..hari ni lansung hilang.Huwaaaa..Takleh cakap langsung, suara tak keluar, pakai bahasa isyarat je ni :)

Ekceli Sabtu lepas mak datang sini. Tengok mertua (lelaki) masuk spital. Dah alang alang datang tu bawak la durian sekali. So sabtu pagi siap plan baik punya . Suruh En Suami hantar aku rumah adik. Kemain seronok anak anak dengar plan baik kitorang... Lagi seronok akula.. Apa lagi..Kendurian la. Sampai hilang suara balun durian.Rasakan...hahahaha.


Kebetulan plak sepupu kitorang datang.. masak pulut ..kopek duyan.perah santan..siap...makan ramai ramai. Time kumpul ramai ramai memang seronak. Kuar la resepi macam macam.Kebetulan mak lada hijau (solok) tu. Apalagi..kenduri solok lada plak. Nanti nak up resepi Solok Lada kat blog ni. Siapa nak resepi boley tgk sini.

Anak anak la yang seronok. Jupa geng diorang. Main..main..main..dan main...Tu jer la kerja diorang.Lepas penat main gaduh..lepas gaduh ok balik.. pastu gaduh balik..ah lantak la korang nak buat apa. Janji jangan buat kerja bahaya. Semalam kemain seronok diorang sebab boleh rasmi kolam baru Aisyah. Aisyah ni sepupu diorang. Baru 9 bulan. Camner nak menang.. sudahnya Aisyah tengok jerla diorang main kolam.

Naper plak kepala ni pening..aduiii..banyak fikirla lately ni...serabut kepala otak
Kena stop dulu ni. Nak muntah pun ada ni. Apahal erk.. Takkan ngandung lagi..

Wassalam

Love
cikanie


2 comments:

aizamia 3 said...

Eh!Samalah dengan kita punya kolam.. bab nak pam nye lahai.. cukup lomah jiwa raga..

aCik Anie said...

kena pulak pam yang manual..lahaiiii