Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, August 23, 2016

Resepi : Solok Lada

Assalamualaikum..

Di sebab kan aku penggemar tegar solok lada makanya aku rasa memang patut pun aku upkan resepi ni dalam blog. Bukan apa, senang la aku nak refer balik. Mana tau kan sampai seru rajin nak makan nasik kerabu "bersolok".

Ekceli sebelum ni aku tak pernah buat, tapi aku pernah tgk la mak aku buat. Alahai bukan susah nau pun, janji ada lada hijau, ikan kelapa.. kiranya main punya bahan yang tu.

Minggu lepas berkumpul ramai ramai rumah ada aku. Kebetulan mak aku plak bawak lada tu dari Kelantan. Apa lag.buat jer la. Satu yang korang perlu tahu..kalu nak real punya solok lada jangan sesuka hati nak buat dengan cili hijau yang jual kat sini tu. Mesti kena ada lada besar Kelantan punya..warna dia hijau muda. Kalo versi sini hijau tua kan?

Antara bahan bahan untuk buat solok lada:

  • Lada 20 biji. Lada ni dibelah perut dan keluarkan biji dia. Cara belah macam ko lukis no 7
  • Ikan selayang dalam 5-6 ekor atau org sini panggil ikan sardin. Bukan sardin dalam tin tu.
  • Kelapa parut dalam 1/2biji. Pastikan yang muda sket.Kalo org cakap Nyo Kulit Hidup..Hijau la kulit dia. Parut yang putih jer.Jangan bagi kena tempurung dia
  • Telor sebiji cukupla.Fungsi telor tu untuk bagi dia melekat bila dah sumbat dalam lada tadi. Ada jugak versi yang tak isi. Prefer isi la..takut lerai kelapa tadi masa masak nanti
  • Bawang merah (7biji) Bawang putih (1biji),Halia 1/2 inci)
  • Santan dalam setengah cawan. Santak biasa. Tak pekat dan tak cair
  • Garam dan gula .Solok ni lebih kepada manis sket. Agak agak jer la.Jangan jadi lada sira plak. Manis sangat tu.

Dah ada semua bahan tadi..

  • Tumbuk bawang merah, putih, halia,
  • Tumbuk Ikan..buang tulang terlebih dahulu.
  • tumbuk kelapa tadi.

Satukan semuanya, masuk garam,gula
pastu sumbat la..sumbat biar buncit sket..jangan sket sangat. tak puas makan plak.
Dah settled aktiviti sumbat menyumbat,masukkan solok tadi ke dalam periuk, susu kasi cantik sket. Kalo boleh lapik la dgn apa apa.. biji cili tadi ker, kalo ada pucuk kacang pun ok. Susun cantik dalam periuk. Pastu susun la lada tadi. Masuk santan tadi. Masak atas api dalam 20min. Atau sampai gelegak.

SIAP..

Wassalam

Love
Cikanie

No comments: