Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, July 3, 2014

Semua Dalam Satu.

Assalamualaikum..

Entry yang aku tulis hari ni khas untuk adik aku..Madihah aka Ceksu..nama glemernya.

Alhamdulillah.. setelah 4 tahun lebih berjauhan dengan keluarga.. bersendirian di bumi Serawak..akhirnya semalam..eh takk...Selasa hari tu officially dia dapat tittle baru. Dari student ke Job Seeker.. hahaha. Bukan mudah tau nak sesuaikan diri kat tempat orang. Banyak kisah suka dan duka semestinya yang tak terluah dari mulutnya. Even aku ni kakaknya pun susah dia nak bercerita segala masalah. Ofcozla masalah paling besar adalah kewangan. Sebab kami bukan orang ada ada. :( Tapi tu lah. Demi segulung Ijazah..Hadap jugak lah. Bila dia hantar gambar lauk dinner dia kat wassap aku sedih.Dia cakap tak makan nasik lagi...tgh study pun aku sedih.. Tu sebab dapat gastrik selalu skip makan :(... Tapi dia kuat itu aku tau...

Semalam juga berakhirnya presentation yang mendebarkan, kerana bukan senang yer nak dapat pujian dari lecturer. Semua aspect diorang tengok cara ko present maca mana, suara ko macam mana, confident level ko plak tahap mana and flow prensetation ok ker tak. Alhamdulillah...hujung hujung cerita Lecturer puji. Aku plak yang tukang kembang hidung. Syabas dik!!

Sekarang dia dah officially merdeka dan bakal meninggalkan bumi Serawak 5 July ni. Sedih la plak tengok status Fb dia macam tu.. Ye la mau tak sedih..banyak kenangan tercipta kat sana . Kenangan pahit, manis, suka , duka. Bumi serawak jugak yang menjadi saksi penghijrahan dia. Segalanya bermula di sana. Dari seorang gadis biasa kepada seorang muslimah yang lebih baik. In Shaa Allah...Semoga terus istiqamah dalam penghijrahan ni. Syukur sangat sangat kerana dia di kelilingi insan insan yang berhati mulia. Untuk kawan kawan Madihah..Yana , Dayah, Ila, Atin, Amir, Yus, Emy dan Anis TQVM. Nama nama yang ni aku tgk kat FB dia ok..hihi.
Ingat lagi masa arwah ayah takder. Kawan kat sana banyak membantu. Kalo nak imbas kembali mau menangis lagi. Tapi takperlah. Aku nak abadikan cerita ni kat blog kesayangan hari ni. Bersedia untuk menangis. :(

Ekceli masa aku cal dia dalam 7-45pm. Lepas magrib gitu. Sebab mak aku call pun dah lepas Maghrib. So tugas aku adalah menelepon adik adik yang lain. Ok..aku dah start sebak sekarang..Masa aku call dia , masa tu dia tengah order nasi..ngan geng dia la. Baru habis kelas singgap makan. Yang aku kenal Yana la, sebab tu kembar dia kat sana. Muka memang sebijik. Budak Perak tak silap. Aku pun ingat ingat lupa dialog aku hari tu..apa yang aku ingat...

Dikk..ayah dah takder...
Bila...?
Baru jap tadi..
huhuhuhuhuhu..... (dia punya nangis...bergoncang rasa hati aku..nak tercabut dengar)

Masa ni ..nasi memang tak sempat nak makan la.. Nasib baik abang kat kedai nasik tu yang baik hati tolong hantar rumah sewa. Sampai rumah sewa...Kawan kawan dia yang tolong bookedkan tiket..kemas baju semua... Tiket plak alhamdulillah... walopun ke KB terus semua sold out.. tapi masih ada lagi yang turun LCCT ..tu pun yang last punya..agak aku balakang kokpit kot :). So.. Yana lah yang settle semua..call aku mintak aku tunggu kat LCCT. Yang Adik aku ni memang flat terus...Lembik. Nasib baik jugak ada kawan yang sudi hantar kat airport. Ikutkan hati memang aku nak balik terus tgk Arwah.. meronta sangat hati nak peluk sekujur tubuh kaku tu. Nak balik kucup pipi..sujud kat kaki dia.Tapi aku tak rasa aku boleh tinggal adik aku sorang diri kat airport sana.. Flite dia touchdown lebih kurang kul 12am. Lepas pickup dia terus berdesupppp balik kampung. Betul betul azan subuh kitorang sampai :(

Alhamdulillah..dari awal hingga akhir. Segalanya urusan dipermudahkan Allah S.W.T. Syukur kerana dia dikelilingi insan insan yang baik hati budi. Malam Jumaat tu geng usrah diorang berkumpul baca quran sejuz sorang habis khatam satu quran sedekah untuk arwah ayah. Alhamdulillah. Tak cukup dengan tu diorang kutip derma kilat plak..duit tiket pun diorang yang settle. Mana nak dapat kawan macam ni kan?.. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Kawan dunia akhirat..Inilah contohnya.

So bila semua dah settle dia pun dah habis blaja aku lega la sket. Ye lah sekarang boleh la dia tinggal kat kampung. Adik laki aku ada kat sana sorang tapi kerja..mmg bz 24/7. Lagipun lelaki. Apa sangat lah kan?. Perempuan sama perumpuan lain sket. Alhamdulillah sangat sangat sebab lepas ni mak aku dah ada kawan. Aku harap sangat. Kesunyian mak aku akan terubat bila anak bongsu dia dah ada depan mata. Itu yang paling aku syukur. Syukur sangat sangat. Sebab dari hari pertama arwah ayah takder sampai sekarang sedih, pilu, murung mak aku blom hilang lagi. Aku memang dah naik risau ni. Tanda tanda kemurungan ke ni erk?.. Ya Allah jauhkan dari segala masalah. Berilah ketenangan pada ibu aku Ya Allah.
1 July 2014 Officially tittle ko sebagai student tamat dik.. Tahniah...

Ok la.. Tak sanggup rasa nak bercerita lagi. In shaa allah..ada kelapangan kita sembang lagi

Wassalam.

No comments: