Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, July 4, 2014

Resepi | Puding Karamel

Assalamualaikum...

Cehh.. Taknak kalah, Puding karamel tak tahan tu.. Cakap jer la puding telur Yer dop?
Ekceli semalam cerita ceriti kat group wassap , kawan aku duk nanyakan resepi puding karemel ni.
Serta merta urat urat neuron aku berkerja..

"kalo aku buat petang ni pon sodap ni". 

Kalah jimmy neutron :) Maka segera jugaklah jari jariku mewassap my "PA" .
Telor 10 biji, susu cair..

Bahan lain semua ada tinggal tu jer. Lagi senang. Balik petang tu tanpa lengah lagi bukak uniform terus bersilat dengan periuk kuali kat dapur. Feeling superwomen kejap. kihkih. Yer la..mau taknya. Kul 6-20 sampai umah. Ke hulu ke hilir 6-30 masuk dapur. Jam tu nak masak sambal sembilang, jam tu goreng ayam ..jam tu nak buat puding. Tak ke superwomen tu. :) hikhik
Puding versi aku smalam versi yang tak taruk apa apa. Telor semata. Setengah versi lain kan tanpa telor, masuk agar agar jer, telor tak masuk langsung, ada versi yang masuk krimer jagung sket, ada jugak versi yang masuk roti sekeping. Ada jugak yang masuk tepung kastard sket Pada aku itu terpulang kat tekak masing masing. Nak makan yang macam mana kan? Kalo aku prefer yang ni la. Sebab aku malas nak beli macam macam. cukup telor jer. Susu tu ofcoz la kena ada.

Okla.. kita masuk ke bab bahan bahannya:

6 Biji telor
3/4 Susu Pekat
1 Tin susu cair
3/4 Air Putih
Esen vanila sket
6 sudu gula pasir untuk dijadikan gula hangus.

Cara-caranya macam ni

Mula mula kena panas kan gula pasir tadi, jadikan gula hangus. Aku nak senang kerja hanguskan atas loyang terus jer. Bukak api slow slow jer.. Kan berlubang loyang tadi. Dah cair tutup api , ketepikan kejap.

Pecahkan telor masuk dalam blender, Masukkan susu pekat, masuk susu cair, masuk esen vanila.
Pastu blend jer semua sekali. Tak perlu lama lama. Dalam seminit cukupla.

Dah siap blend , masukkan bahan tadi ke dalam loyang. Jangan lupa panaskan siap siap kukusan tadi. Masuk loyang terus kukus. Dalam 20-25 min angkatla. Tunggu sejuk kejap tuang dalam pinggan cantik..hehe
Terus masuk petiais. Lagi sejuk lagi bertambah sedap.

Dari beli kat Param..2-50~3.00 sepotong . Baik la buat sendiri kan?. Dapat dalam 12-13 potong. Puas makan. 2 -3 hari simpan dalam peti ais pun ok. No hal punya. Lagi sedap sebab sejukkkk je tekak bila telan tu.

Jangan tak cuba tau.

Wassalam


2 comments:

nalhuda wanlin said...

haha hari kita menggila puding karamel. 2 hari turut2 aku buat makan sampai pengsan...

aCik Anie said...

makan sampai muntah..stahun stop buat ...hahahaha