Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, July 22, 2014

Resepi | Ketupat Sutong

Assalamualaikum..

Hehehe..tetiba muncul dengan resepi pulak yer...chipsmore betul la cikanie ni.
Hari taknak citer sedih sedih...no..no..no... Ikutkanlah banyak sangat kejadian yang menyedihkan lately ni kan. Inikah KIFARAH?

Lebih baik kita husnozzon...fikirkan yang positif saja. Nak share status ke..cerita kat FB ke..pastikan dari sumbar yang sohih jer..tak banyak excited sangat nak jadi orang pertama yang tahu cerita tak sohih ni. kisah MH370 banyak sangat iktibarnya..ibrahnya kan. :)

Mood malas sedang melanda. Nak buat apa pun malas, Lauk bukak puasa sekarang pun habiskan yang dalam petiais punya jer. Malas nak membeli dah... esok lusa tulat tubing..yi haaaaa..... cuti wey.

Biasa dengar ke ketupat sotong?.. ke biasa makan.. kalo biasa buat itu sudah kira bagus la.. Sedapnya kan. Ekceli oic ni ihsan kawan aku. Dia rajin buat. Aku buat masa ni blom sampai seru lagi nak buat ni. Makan nak tapi buat malas.. Ape cer...hihi..

Bahan Bahan :

Sotong 1 kilo saiz L
Beras pulut
Kelapa 1 biji
Gula melaka
Gula
Garam
Daun Pandan
Lidi

Ekceli ketupat sotong ni ada macam macam versi. Kalo belah Ganung versi lain, belah kelantan versi lain. Dalam kelantan sama ni pun lain caranya. Ada yang jenis kukus dulu pulut tu. Tapi cara aku sinple jer. Takyah susah nak tanak tanak. Sumbat terus masuk dalam santan.

Pastikan sotong dibersihkan terlebih dahulu la. Buang segalanya jenis kotoran dalam perut sotong tu. Jangan percaya sotong yang gemuk tu sebab telor banyak. Silap silap anak bilis terdampar kelemasan dalam perut sotong tu. Check betul betul. Kepala jangan buang. Buang bijik dia kat atas kepala tu jer..bijik ke sengat erk..watever la.

Beras pulut dibersih cuci. Masukkan dalam perut sotong separuhnya jer. Jangan penuh penuh..kalo penuh sanyat nescaya muntah pulutlah sotong anda.. Amat tak sesuai gitu. Rupa pun burukss and pelikss..

bila dah mengelegak santan tu masuk la gula, garam sket, gula melaka...pastu tunggula sampai masak. nak tau masak ker tak ambik la sekor sotong. Cuba buat post mortem.. Pulut kat dalam tu masak..boleh la angkat.

selamat mencuba...peace yooo

Wassalam

 

2 comments:

ietams said...

tupat ni belah pantai timo punye menu kan..
saya tak buleh lagi nak makan tupat ni..
sebab mcm tak boleh nak terima lak tekak ni makan pulut dlm sotong .. hewhewhewhew,, VERY THE betul tekak haku ni kak, padehal rasanya boleh tahan kan..

aCik Anie said...

ye ita..mmg org luar susah nak hadam sket sebab tupat rasa manis. mcm abg kita jugak la..
" apasel manis..tak suka la"..
uhuhu..