Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, July 14, 2014

Resepi | Kerabu Bilis

Assalamualaikum..

Ekceli resepi ni datang dari kawan aku. Aku cuma copy paste kan jer. Aku sendiri pun belum cuba lagi. Tengok pada bahan bahan tu macam kacang jer. :) Senang dapat la bahan bahan dia kecuali satu jer yang aku sampai sekarang susah nak hadam. Kenapa bunga kantan kat sini mahal sangat erk?.. 2 batang 8 henggit..macam tak masuk akal kan?.Tak logik. Tunggu arrr balik kampung ni aku nak ambik benih nak balik tanam kat umah kajang ni.. Kalo idup la. hehe. Tapi kan orang tanam bunga kantai pakai batang ke pakai bijik erk..sudahh...erkk..


Resepi ni sebenarnya ringkas sangat tapi sedap. Saper saper yang nakkan kelainan...a.k.a malas la senang citer boleh cuba buat ni. Nak nak dah masuk pertengahan puasa ni. Idea nak masak apa pun konpem dah yilekkk...takpe...don't worry mehh...buat kerabu jer. Sedap apa.


Bahan Bahan dia :

Ikan Bilis
Serai
Tomato
Cili Padi/ Cili Besar
Kacang Panjang
Timun batang
Daun Limau Purut
Limau Nipis
Bunga Kantan
Bawang Merah
Bawang Besar/ Holland
Sos Tiram
Ajinomoto


Cara dia alahaiiii..Senang ya amat.. Hiris semua tu and campak masuk dalam satu bekas. Gaul sampai sebati.
Bilis tu kena goreng garing garing dulu.Garam tak perlu la sebab bilis pun dah masin kan. Lagipun sos tiram dah ada.

Cara nak hiris refer gambar tu jer.. hiris halus semua . Macam nak buat ulam nasi kerabu. Cuba try yer. Ubah citarasa la skali skala. Gerenti tak muak makan ni sebab dia ada masam masam gitu. Makan sahur pun sodap. Ermmm wallahhhh...

Wassalam

No comments: