Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, July 1, 2014

Musim Durian

Assalamualaikum..

Day 3 berpuasa...hihi..macam puasa.
Tapi macam puasa la jugak sebab tak makan n minum. Boleh sangat nak makan tapi takperla.. Nak diet ..hehe..boleh gitu?


Ekceli tak sabar sangat nak tunggu balik kampung raya ni nak makan buah doyan.. Pagi tadi call mak aku kat kampung. Dia cakap dah luruh durian sebijik semalam. Bestnnya..Tak sabar rasa nak balik tanak pulut makan pulut durian. Sepatutnya tahun ni turn raya Kelantan. Biasala kalo raya Kelantan. Raya ke-3 naik KL balik. Tapi tetiba Ajid offer..Raya sini dulu, then raya ke-2 balik sana. Sama jer kekdanhnya pun. Tapi yang buat rasa bestnya, boleh lama sket kat sana. Banyak la peluang nak redah dusun carik durian. Eee...best..best.. Tak sabar.

Cuma tak bestnya tahun ni raya tanpa Ayah.. alahaiii..terasa sangat. Puasa ni pun dah terasa. Kalo tak dialah orang yang menghidupkan puasa kat umah aku tu. Mungkin orang masjid lagi terasa kehilangan dia sebab dia orang penting time buat makan makan kat mesejid. Pakar bual sambal..:( Alfatihah buat Ayahanda Haji Mohd Rifin Bin Idris.

Satu hal lagi bab kutip durian. Sapela nak kutip. Dulu pepagi sanggup turun naik bukit, redah sungai nak kutip dorian. Pikul tu satu hal. Tak larat pikul, dia tarik. Yer la, sape ada lagi selain mak aku. Sekarang Mak aku la ambik tugas tu. Tak berbaloi nak jual. Kat sana murah. Tak padan la dengan penat lelah mengutip tadi. Aduyaiii. Banyak sangat kenangan manis yang arwah tinggalkan. Rindunya kat ayah. Dia paling suka Pulut Durian. Setiap kali musim durian mesti tak lupa suruh mak aku tanak pulut durian . Bukan dapat makan banyak pun. Dapat rasa sket jadilah. Dia kan ada kencing manis. .. Huhu..nak nangis :((((

Sedih la plak rasanya. Macam tak dapat jer nak tulis panjang panjang lagi. Ok bye

Wassalam

No comments: