Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, July 8, 2014

Mood Kelaut

Assalamualaikum

Hari ni dah 10 Ramadhan kan?...Tak sabarnya cikani nak balik kampung ni Ya Allah...Cepatlah masa berlalu. Nak tunggu puasa habis satu hal.. Paling tak boleh nak tahan.. nak kena tunggu raya ke-2 baru boleh gerak balik kampung.. Hwaaaaa.....*nangis. Tapi yang bestnya takyah redah jem.


Paling tak tahan rindu sangat nak ke kubur arwah ayah..Ya Allah kuatnya rindu ni. Malam tadi Hadif cakap dia rindu Tok Ayah.

Adik rindu Tok Ayah la ibu
Kalau rindu sedekah la alfatihah untuk Tuk Ayah Dik
Bicmillah......................

Sampai la Amin... hihi

Hujung bulan lepas genaplah 100 hari arwah ayah takder. Ingat nak survey belindan nak letak kat kubur arwah.. Ehh..korang panggil apa erk..Aku pun tak pasti..Yang pastinya awal awal lagi mak aku dah tempah dengan sorang cikgu kat skolah kampung aku sana nun. Regenya pun tak la mahal sangat. RM350 tanpa batu nisan. Ok ker erk?.Ok la kan. Bukan nak cantik sangat pun. Cukuplah sebagai tanda. Senang nak cari anak cucu aku besok kubur arwah moyang dia.
 
Alhamdulillah..dah siap pasang pun. Ajeed nak beli batu nisan tapi mak aku cakap tak nak.. Sebab nak letak batu asli tu jer. Lagi pun batu sungai tu mak aku yang carikan. Dah lama dah batu tu di simpan.  So ada sentimental value lah kat situ.huhu. Bunga bungaan pun kena tanam balik tu. Nak tanam bunga kemboja tak boleh. Besar sangat. Ingat nak tanam balik kemboja cina yang kecik kecik  Cantik jugak. Eee..tak sabar. Tinggal nak beli batu kecik kecik jer. In shaa allah.. Batu batu akan turut berzikir untuk arrwah ayah. :( Apa yang penting doa..sedekah dari anak anak kan?. Apa guna ada anak anak kalo kedekut nak sedekah walopon hanya dengan alfatihah. Takder guna ok.

Arwah ayah beruntung sebab mak aku setiap pagi dari awal awal dulu memang tak pernah sehari miss datang sedekah yasin. Kecuali ada hal penting. Mak aku tak pernah jemu datang ke kubur...cuci cuci...gembur gembur tanah.
 
Tapi tak boleh celen makcik sorang ni.. Pagi petang mesti dia akan datang sedekat yasin untuk arwah anak dia. Anaknya tak silap aku dah lama la takdernya. Walopun dah tak larat. Tengok dari segi fizikal dia la. Kederat nak jalan pun dah takder. Jalan pun pakai tongkat. Tapi gagah jugak datang tengokkan kubur arwah anak dia. Beruntung lah si anak kan. Doa orang tua adalah doa paling makbul. Anak dia meninggal sebab barah kalau tak silap aku lah. Situasi macam ni buat aku terpikir sejenak.

Seorang ibu sanggup setiap pagi petang datang baca yasin untuk si anak
Adakah si anak ..mcm kita kita ni la..sanggupkan setiap pagi petang datang sedekah yasin untuk orang tua kita?

Aku tak cakap orang lain la. Aku cakap berdasarkan benda yang berlaku depan mata aku aku. Kerja siang hari..memang sah sah masa takder nak ke kubur.. Malam plak balik lambat. Pastu bila ada masanya nak ke kubur. Itu kalo yang dekat. Yang jauh macam aku ni balik sekali sekala. Tapi nak luang sedikit masa jenguk kubur orang tua pun tak dapat. Memang takder guna la. In shaa allah kita buat orang tua kita macam ni..besok kita takder anak anak kita plak yang buat kita macam ni. Hukum karma namanya. Rakusnya manusia di akhir zaman mengejar keduniaan. Sehingga lupa dengan fitrah kita sebagai seorang manusia yang bernama anak.Isu ni memang sensitip la bagi aku. Ingat la wahai si anak.

Semakin kita leka mengejar keduniaan..Semakin jauh akhirat meninggalkan kita
Semakin kita dekat dengan akhirat..In shaa Allah..Dunia plak yang akan mengejar kita.

In Shaa Allah..Selagi ada kederat.. selagi ada hayat.. Aku takkan lupa doa .. sedekah.. alfatihah..Yasin untuk arwah. Sebab aku fikir Itulah satu satu cara yang boleh aku rapat dengan arwah.  In shaa allah. Bukan nak cakap aku ni manusia perfect. Tapi aku cuba untuk ke arah sesuatu yang lebih baik. Sebab itu dah jadi tanggungjawab aku sebagai anak. Tak pernah sekelumit pun rasa benda ni satu beban.

Semoga arwah tenang di sana. taman taman syurga tempat arwah beritirehat sekarang. Amin..

Alfatihah..
Wassalam

No comments: