Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, June 13, 2014

Tip Meningkatkan Pendapatan Blog Anda

Assalamualaikum..
Macam tak boleh terima jer....tetiba keluar entry baru pasal tajuk kat atas.
Ye la..cuba tengok entry terakhir bila tarikhnya..
Ekceli tips ni nuffnang yang bagi.. maybe dia kesia kot kat aku..sebab dah takder idea sangat, so dia bagilah beberapa tips ni supaya ada jugak entry baru kat blog ni. Baik jugak la kiranya pihak Nuffnang ni..hehehe

Ok..antara tips yang boleh meningkatkan pendapatan blog kita ialah:
  • Meminimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari. 
  • Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads". 
  • Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda! Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan. 
  • Memahami pembaca blog anda. Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.  
  • Pengiklanan banner Nuffnang. Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan. 
Itu sajalah tips yang Nufnang bagi. Terima kasih Nuffnang .
Ermmm..in shaa allah..kegilaan untuk berblog semakin di rasai.... Jadi nampak gaya kena aktifkan balik broadband kat rumah..Tapi tak rasa plak orang masih ingat kat blog ni. :( sedihhh...

ok bye..
sekian wassalam

No comments: