Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, June 30, 2014

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Awal awal puasa dah dapat "cuti". Sempat berterawih 1 malam jer la. Takpe..kita cari pahala sunat yang lain. Sebab kalau tak ambik peluang untuk mengumpul pahala dalam bulan ni. Memang rugi sesangat. Bulan mengumpul pahala. Ya Ramadan Al Karem.

Datang ofis pagi ni plak bukak pintu..Ya Allah .. semerbakk bau tikus mati. Mana la dia membusuk ni. Seminggu lepas memang akak cleaner ada bagi racun. Aduii..tak tahan bau dia wey. Nak nak perut kosong. Mau keluar bintang kepala gue.******#$%@. Pengsann...Wangi sangat.

Hari Ke-2 ramadhan ape cer?. Semalam aku kemain excited lagi . Maklumla cuti kan?.Siap 2 jenis kuih lagi. Hambik.. Hari ni mintak ampun la suami. Tak sempat nak bersilat kat dapur. Makan jerla kuih semalam. Memang sengaja buat lebih pun. Dah tau sangat bila masuk hari berkerja jer memang tak sempat la. Lauk plak ikut ada jer la. Tapi syukur la. Atleast ada jugak makanan yang boleh di makan. Alhamdulillah.

Untuk hari hari yang seterusnya cukuplah dengan apa yang ada. Bazar pun malas nak pergi. Sesakk.. Semalam lalu Bazar Ramadhan sambil ambik angin petang sementara tunggu waktu berbuka. Saja nak survery suasana tahun ni macam mana. Masya Allah..tak boleh tak boleh.. Ketat..padat..semak..nak makan apa buat jerla.. aku rela.

Misi tahun ni taknak membazir. Masak hanya cukup untuk berbuka dan sahur. In shaa Allah..:)
Harap boleh...hihi.

Wassalam..

No comments: