Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, June 30, 2014

Resepi | Pengat Pisang

Assalamualaikum..

Buat pengat pisang berpuluh kali dah. Boleh lupa nak tulis resepi kat sini.
Pisang nangka jer bagi aku yang sedap dibuat pengat. Sebab apa tau..sebab dia rasa masam masam kena plak dengan lemak santan tu. Sedapppp.. Tambah plak sagu mata ikan dalam 2 sudu..Tak nak banyak sagu tu. Nanti menganggu konsentarasi mengunyah pengat pisang. Sekali skala tergigit tu yang rasa best tu. Kalo suap pisang masuk sagu tak best plak kan.

Jenuh duk mongorek balik pic pic lama kot ada terselit pis pengat pisang sesat. Tapi takder sudahnya aku ambik kat google jer la. Tq pakcik google yang sentiasa tidak pernah mengecewakan. Tengok gambar dia fuhhh....rasa nak balik carik pisang jam ni jgk. Tapi susah la nak carik pisang. Berangan dari hari tu lagi nak makan. Tapi susah nak cari pisang yang boleh dibuat pengat.

Bahan bahan:

Pisang Nangka/ Awak/ Kebatu
Santan 1 bijik kelapa
Gula Melaka
Gula
Garam sket
Daun Pandan
Sagu mata ikan 2 sudu teh

Cara nya senang jer. Kalo boleh pisang tu rendam air kapur dulu. Takderla lembik sangat bila dah masuk periuk nanti. Rendam la dalam 5 min.

Masuk santan dalam periuk..Masuk gula, garam. gula melaka..daun pandan.
Mengeleggak tu masuk la pisang..
Pisang agak nak masak...masuk sagu yang direndam air tadi..
Kacau kacau kejap.. Masak..
Rasa tu agak agak la...
Masuk la sket sket dulu..Rasa balik..tak cukup tambah..kurang takper boleh tambah. Terlebih manis camne..nak tambah air hilang la lemak santan tu.

Ermm...dapnya..

Wassalam.

No comments: