Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, June 23, 2014

Resepi | Kulat Sisir Masak Lemak Bertelur..

Assalamualaikum..

Tak pasti resepi ni dah ada ke blom dalam Dapur Cekanie..Tapi kalo ada pun takpe la.. hihi..Seram jer bunyi tajuk dia khen? :)
Masakan urban yang jarang jarang skali boleh jumpa. Sebab nya kulat tadi la. Bermusim jer ada.. Lepas hujan jer.. Tumbuh kat pokok pokok kayu yang dah mati. Orang bandar sure punya lah tak kenal kulat sisir ni apa. a.k.a cendawan kukur..kenal?.. kalo kenal pun sebab kat pasar pasar tani ada jual. Mana yang tak pernah pegi pasar kerat ibu cari ..gerenti tak kenal..:)

Lihat pada rupa..erkk..apa ni?.. boleh makan ke?..sedap ker?,, nak masak camner erk.. gerenti persoalan macam tu akan timbul. Tapi percayalah.. kalo kena cara masak dia.. walaweyyy.. nasi panas 2-3 pinggan gerenti licin. Hanya berlaukkan benda ni jer. Ekceli nak masak benda ni ada beberapa versi. Mana yang suka kering tu masak la sampai kering.. Mana yang suka masak putih taruk dengan bilis pun ok. boleh jugak masak dengan telor.. paling simple goreng telor dadar masuk kulat ni. Simple and sedap. Tapi rasepi aku ni masak lemak campur telor.

Bahan Bahan dia:

Kulat Sisir semangkuk kecik
Kepala santan sebijik
Cili kering-3-4 tangkai
Bawang putih 1 ulas
Bawang Merah-2 ulas besar
Halia skit jer-Hujung kelingking
Kunyit sket.
Lengkuas sket
Ketumbar.2 sudu gula
Telor sebijik
gula , garam secukup rasa.

Semua bahan tadi di tumbuk lumat..atau di blend..kalo nakkan ketumbar tu hancur cantik, tumbuk pakai lesung batu dulu. Pastu baru campur masuk blend skali dengan bahan lain.

Pastikan kulat tadi dipotong hujung dia. Kot kot la ada belen kayu getah yang tinggal..tak pasal pasal buat gulai skali. Dah basuh siap semua..tumbuk tumbuk sket kasi pecah pecah, Jangan terlebih hancur.

Masak santan dulu...masuk bahan yang di blend tadi.. Mengelegak masuk la kulat tadi.. agak agak nak kering pecahkan telor yang sebijik tadi..kacau kasi hancur la. Pastu masukkan gula gram sket..Rasa rasa la. Dah nampak kuah tinggal sket tutup la api. Kalo nakkan kuah tu jangan  masak sampai kering. Depend pada tekak kita , selera kita masing masing :).
Ok..settle..Sedap dimakan dengan nasik panas..

Sekian Wassalam.

No comments: