Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, June 18, 2014

Resepi [ Kuih Puteri Mandi a.k.a Kepek Idung

Assalamualaikum...

Datang angin rajin nak buat kuih puteri mandi semalam. Apa lagi lepas ambik anak singgah kedai runcit beli barang barang kejap. Ekceli takder susah mana pun buat kuih ni. Gentel gentel picit campak dalam air mendidih. Masak air siap siap atas dapur tu..sementar menguli tepung tadi sempatlah dia mendidih.
Biasa belah belah pantai timur kuih ni memang boleh kata wajib ada kat pasar ramadan. Ingat dulu kecik kecik mak aku suka buat kuih ni. Last minit buat pun sempat la siap sebab tak rumit mana. Janji bahan kena complete la. Kalo jam tu nak masak jam tu nak pi beli barang..lepas terawih la boleh makan.

Sambung kisah masa kecik kecik di zaman dahulu kala dulu. Lepas siap buat kuih ni mak aku isi semangkuk kecik pastu tengok la sapa yang jadi mangsa untuk proses delivery plak. Ada satu pakcik ni sebatang kara. Biasanya kalo diperintahkan oleh mak aku untuk hantar ke sana...berebut kami ada beradik nak hantar. Sebab apa tau.. sebab pakcik tu murah hati sangat ..lepas dia tukar kuih dalam pinggan dia..dia akan masuk 20sen dalam bekas kami. Gilo wooo..banyak tu 20sen zaman 90 an. Nak nak dapat duit baru.. Bersinar sinar.. lagi jakun kitorang.. maklum la..anak kampung..hikhik.

Dahlah kita masuk bab bahan bahan plak,


Bahan-Bahan (5-6 orang)

500 gram tepung pulut
Air (agak agak boleh uli la)
Sedikit kapur (besar kelingking)
1 sudu kecil pewarna daun pandan atau warna apa saja. Mix lagi cantik Buat 2 doh mcm i tu
3 helai daun pandan
1 keping gula Melaka
1/2 biji Kelapa parut (Pilih yang muda sket, pastu parut jangan bagi kena tempurung)

Cara-cara

  • Gaul tepung pulut dengan air. Kalo boleh air tadi bancuh ngan kapur warna siap siap..pastu masukkan pewarna..Tuang dalam tepung tadi sket sket. Agak agak kurang tambah la.
  • Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat, kemudian leperkan di bahagian tengah.
  • Air yang di jerang dalam periuk tadi ofcoz dah mendidih mendidih kan..senang..boleh terur gentel kat tepi periuk jer. Gentel campak gitu
  • Bila dah masak kuih tadi angkat dan sejat.Macam mana nak tau masak ke belum. Tengok kuih tu ..kalo timbul masakla. Tenggelam tu blom lagi.
  • Dah settle merebus kuih tandi buang air. Biar tinggal sikit jer terus masukkan kelapa parut tadi. Campak garam sket, gula, gula melaka pastu daun pandan tadi.
  • Masak la sampai sedikit kering and melekit bersinar sinar.
  • Akhir sekali, masukkan kuih tadi ke dalam periuk , gaul gaul manja bersama-sama kelapa parut tadi.
Siap..
Sesuai sangat la dengan bulan puasa ni. 2 minggu lagi kan. So apa kata korang try buat
Meleretla laki kat sebelah awak tu senyumm

Pandai sayang masak kuih erkkk

hikhikhik

Ok sekian wassalam..

No comments: