Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, June 24, 2014

Bermalasan Itu BESTTT..:)

Assalamualaikum..

Pagi pagi bukak phone..terpandang satu artikel yang menyakitkan hati...@*#6)@&$#@(*Y....
Pada aku la dari banyak cakap  baik diam la Puan Lola..Kalo cakap benda yang logik tu ok la jugak. Ni tak logik lansung.

Ok dah.. emo..emo... sebulan skali biasa la perempuan ni. Mesti nak emosi tak tentu pasal. Tak cakap orang. Aku la tu. Hormon berebah nak nak umur pun nak masuk 4 series. :)

Bangun pagi tadi badan sakit sakit. Si Hafiy dan Hadif deman. Batuk batuk jer sepanjang malam. Tak lena tido di buatnya. Takut muntah ke , tersedak ke, apa saja kemungkinan oleh berlaku. sebab tido tu  kan mati kecil. I is takut ok. :)

Malam tadi Hafiy plak mengadu gigi dia dah goyang.. Puncanya tak taula, apa benda digigitnya. Tapi malam tadi nak habiskan seketul goreng pisang pun tak boleh.. Katannya gigi dia dah teruk sangat dah. Dia suruh aku cabut. Aduii..aku bab ni seram... berdiri bulu tengkuk ni. Nak tak nak tunggu babah dia balik la. Hafiy punya gigi dah tahap kritikal, memang rosak habis kat bahagian atas. Bawah plak 2 batang dah cabut. Termasuk semalam 3 la. Yang 2 batang tu balik kampung hari tu cabut kat kampung. Maklum la..sana murah 20henggit jer. Itu pun terpaksa kena cabut sebab dah tumbuk gigi lain belah dalam. Kalo tak cabut jawabnya tak ensemla anak jantan aku. Gigi berterabur. Hahahahha.

Pasni operasi mencabut gigi atas plak. Sebab dah rosak sangat. Sabar yer nak. Sket lagi ensem la kamu. Gigi dah penuh. Sekarang nak senyum pun malu malu kucing sebab gigi depan takder. Sket lagi Si hadif plak yang bakal menerima nasib yang sama. Suka sangat makan gula gula. Haishhh..
 
Opss..nak citer pasal luka Hafiy hari tu. Parut dia takmo hilang.. nak pakai ubat apa erk. Ada tak saper saper yang  boleh tolong rekmenkan ubat parut timbul yang paling bagus. Hari tu beli yang kulit warna biru, apa nama brand lupa la. Tapi ada scar scar la seingat aku. Tak ok pung..

Aku pun satu hal gak la...Tak boleh nak salahkan ubat tu tak elok. Balik rumah banyak kerja, kadang ingat kadang tak. Si anak lak time ibu bising baru dia nak cari ubat. Bila kita senyap dia 2x senyap. Uii lagi suka dia... Alahaiii anak. Ekceli ada aku ambik gambar gigi si Hafiy. Bila dah edit macam tak sampai hati plak nak upload. Taku ada plak yang putus selera makan. Hihi.

Ok la.. Depa dah habis meeting..hihi. Kita buat kerja plak..
Sekian Wassalam.

No comments: