Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, August 19, 2014

Shawl Instant Berawning

Assalamualaikum..

Dah lama sangat kagum dengan orang pakai shwal. Tapi aku berkali kali jugak lah ciba menbeli shawl tapi semua gagal. Tak reti weyh..

Now ...solutionnya sudah ku temui..shawl segera yang lengkap berawniing. Memang senang giler nak pakai.Memang pakainya tak sampai seminit. Dari malas nak bershawl shawl ni terus kagum dan perasan ayu bila bershawl...kehkehkeh

Step 1
Sarung jer...
Step 2
Tarik Hujung Panjang Masuk bawah hujung pendak yang terjurai tu

Step 3
Tarik hujung panjang sampai atas dan pin kan.

Step 4
Done!!
Model patah pinggang.. ::)

Sesenang ABC jer kan..
Settle masalah...Cantik and nampak Exclusive gitu..ok kita repeat balik


Ehh..nampak gaya kena borong banyak banyak ni.. senang nak melaram bila nak kluar mana mana..yer la asyik pakai syria jer kan.. tiba masanya kita ubah gaya sket..
ok wattttt.!!!!!!

Sekian.

Tuesday, August 12, 2014

Test..test

Assalamualaikum..

Nak test jer..autopublish ke tak kat fb i :)


Selamat menghabiskan saki baki biskut rayo..

Wassalam

Thursday, July 24, 2014

Borong Air

Assalamualaikum..

Sabtu minggu lepas Permanis ada buat jualan gudang. Tau ko idop Permanis tu company ape?.. kilang buat air twister tu dan air air gas lain yang seangkatan ngan dia. Nak raya ni kena beli stok lebih sket. Bukan apa, senang kerja kan takder la ambik masa lama nak hidang air kat tetamu. Tuang jer..campak batu..gituuuu..


Ekceli sebelum ni pun diorang ada buat jualan gudang. Tapi aku tak pernah pegi. Tahun ni kebetulan kawan aku nak pegi beli tapi tak tau tempat. So apa salahnya aku tunjukkan jalan plus beli a.k.a borong skali. Nak kata murah sangat tu takder la.. Tapi rasa macam tak berbaloi dengan minyak habis tu. Minyak keter habis tu satu hal.. queue dia kemain panjang. Dia bukan praktik cara serbu tau... ko masuk kilang- pak guard bagi list item- ko masuk quene..gitu...sampai turn ko..bagi list tadi and ada orang yang tolong masuk bonet. Ko turun keter sebab nak bayar jer. Gitu la kekdahnya.. habis kalo ko datang lambat.. memang habis setank la minyak ko.
 

Macam aku hari tu datang 9-30 gitu, kilang bukak pukul 10...Kawan aku plak boleh plak dia potong Q..selamba badak jer dia masuk. Bukan niat nak potong Q..tapi tak tahu kekdah menunggu dia sampai macam tu skali. Ingat kita sesajer tunggu guard bukan pagar...hahaha. Tapi elok gak dia potong Q..cepat la jugak kitorang dapat.



Nak kata murah sesangat tu idaklah..tapi kalo Twister Oren tu dapat la 2 henggit sebotol. Mirinda plak dalam 1.60. Murah jugak la erk.. Aku tak beli banyak, beli 2 dozen untuk 3 rumah. Dapat la 8 botol sorag. Time malas tahap cipan boleh la minum air ni. Buat orang berduyung duyung tak henti, elok ko kacau Sunquick jer. Jimat kan?

Ehh..nak makan apa hari ni erk. Aisbox kat umah semakin beransur hilang tu, malas la nak masuk stok baru. Lepas raya nun plak baru terisi. Ok la.. nak google resepi lak ni ihikk.. :)

Wassalam

Wednesday, July 23, 2014

Tak Patut

Assalamualaikum..

Guane semua.. mood raya dah datang ker?
Aku ni..2 minggu lepas dah takder mood nak kerja. Ape cer?.
Mata plak lali jer..dari pagi takleh nak celik. Eh..lupa nak citer.malam tadi ngantuk giler..dari start Isyak sampai la habis mengantuk sangat sangat. Astargfirullahhhalazim..... ke malam tadi lailatul qada ehh?..Lagipun malam tadi malam ganjil kan?. Tak kisah la kan. Yang penting kita buat kerana Allah bukan kerana faktor faktir tertentu. Niat tu awal awal kena pasang betul betul.Yer dop?


Semalam dapat hamper dari satu company ni. Memang tak puas hati. Ingat kotak tu lembab sebab air tin bocor ke apa. Rupanya bukan bocor weh..pecah terus. Siap pakej dengan kaca kaca melekat sekali kat kotak lain. Hampagas punya courier. Tapi sebab tak berapa excited nakkan barang barang kat dalam tu maka boss aku pun ignore kan aje. Malas lah nak layan. Kalo hamper pinggan ke mangkuk ke cawan ke gelas ker nak jugak la aku komplen.


Buat kerja tak ikhlas main campak campak jer.. kitorang customer yang jadi mangsa tau Abang Courier.
Takpe i maafkan uollss..tengah puasa kan? jadi sabarrrrrr.. Sabar harus tinggi di kala.Oleh itu selagi mana kita boleh sabar maka kita sabar la yer.. Lagipun darjat orang yang sabar adalah di tempat yang paling tinggi sekali.Cehh...

Wassalam..Peaceee


Tuesday, July 22, 2014

Resepi | Ketupat Sutong

Assalamualaikum..

Hehehe..tetiba muncul dengan resepi pulak yer...chipsmore betul la cikanie ni.
Hari taknak citer sedih sedih...no..no..no... Ikutkanlah banyak sangat kejadian yang menyedihkan lately ni kan. Inikah KIFARAH?

Lebih baik kita husnozzon...fikirkan yang positif saja. Nak share status ke..cerita kat FB ke..pastikan dari sumbar yang sohih jer..tak banyak excited sangat nak jadi orang pertama yang tahu cerita tak sohih ni. kisah MH370 banyak sangat iktibarnya..ibrahnya kan. :)

Mood malas sedang melanda. Nak buat apa pun malas, Lauk bukak puasa sekarang pun habiskan yang dalam petiais punya jer. Malas nak membeli dah... esok lusa tulat tubing..yi haaaaa..... cuti wey.

Biasa dengar ke ketupat sotong?.. ke biasa makan.. kalo biasa buat itu sudah kira bagus la.. Sedapnya kan. Ekceli oic ni ihsan kawan aku. Dia rajin buat. Aku buat masa ni blom sampai seru lagi nak buat ni. Makan nak tapi buat malas.. Ape cer...hihi..

Bahan Bahan :

Sotong 1 kilo saiz L
Beras pulut
Kelapa 1 biji
Gula melaka
Gula
Garam
Daun Pandan
Lidi

Ekceli ketupat sotong ni ada macam macam versi. Kalo belah Ganung versi lain, belah kelantan versi lain. Dalam kelantan sama ni pun lain caranya. Ada yang jenis kukus dulu pulut tu. Tapi cara aku sinple jer. Takyah susah nak tanak tanak. Sumbat terus masuk dalam santan.

Pastikan sotong dibersihkan terlebih dahulu la. Buang segalanya jenis kotoran dalam perut sotong tu. Jangan percaya sotong yang gemuk tu sebab telor banyak. Silap silap anak bilis terdampar kelemasan dalam perut sotong tu. Check betul betul. Kepala jangan buang. Buang bijik dia kat atas kepala tu jer..bijik ke sengat erk..watever la.

Beras pulut dibersih cuci. Masukkan dalam perut sotong separuhnya jer. Jangan penuh penuh..kalo penuh sanyat nescaya muntah pulutlah sotong anda.. Amat tak sesuai gitu. Rupa pun burukss and pelikss..

bila dah mengelegak santan tu masuk la gula, garam sket, gula melaka...pastu tunggula sampai masak. nak tau masak ker tak ambik la sekor sotong. Cuba buat post mortem.. Pulut kat dalam tu masak..boleh la angkat.

selamat mencuba...peace yooo

Wassalam

 

Monday, July 14, 2014

Fitrah

Assalamualaikum..


Ya Allah.. Kau lindungilah aku dari segala kecelakaan.
Ya Allah.. Sesungguhnya aku takut..aku takut..
Ya Allah Gantikan semua ini dengan kegembiraan,
Ya Allah gantikan semua ini dengan kasih sayang

Ya Allah Kau sorokkan segala kelemahan ku,

Ya Allah. Andai aku jauh dariMu .. Kau Rapatkanlah...

Biar aku hina di mata manusia.. Tapi jangan aku hina di mata Mu Ya Allah..
Hanya padaMU berserah hanya padaMu aku meminta pertolongan

LAILA HAILLA ANTA SUBHA NAKINNI KUNTU MINAZZALIMIN
.

Resepi | Kerabu Bilis

Assalamualaikum..

Ekceli resepi ni datang dari kawan aku. Aku cuma copy paste kan jer. Aku sendiri pun belum cuba lagi. Tengok pada bahan bahan tu macam kacang jer. :) Senang dapat la bahan bahan dia kecuali satu jer yang aku sampai sekarang susah nak hadam. Kenapa bunga kantan kat sini mahal sangat erk?.. 2 batang 8 henggit..macam tak masuk akal kan?.Tak logik. Tunggu arrr balik kampung ni aku nak ambik benih nak balik tanam kat umah kajang ni.. Kalo idup la. hehe. Tapi kan orang tanam bunga kantai pakai batang ke pakai bijik erk..sudahh...erkk..


Resepi ni sebenarnya ringkas sangat tapi sedap. Saper saper yang nakkan kelainan...a.k.a malas la senang citer boleh cuba buat ni. Nak nak dah masuk pertengahan puasa ni. Idea nak masak apa pun konpem dah yilekkk...takpe...don't worry mehh...buat kerabu jer. Sedap apa.


Bahan Bahan dia :

Ikan Bilis
Serai
Tomato
Cili Padi/ Cili Besar
Kacang Panjang
Timun batang
Daun Limau Purut
Limau Nipis
Bunga Kantan
Bawang Merah
Bawang Besar/ Holland
Sos Tiram
Ajinomoto


Cara dia alahaiiii..Senang ya amat.. Hiris semua tu and campak masuk dalam satu bekas. Gaul sampai sebati.
Bilis tu kena goreng garing garing dulu.Garam tak perlu la sebab bilis pun dah masin kan. Lagipun sos tiram dah ada.

Cara nak hiris refer gambar tu jer.. hiris halus semua . Macam nak buat ulam nasi kerabu. Cuba try yer. Ubah citarasa la skali skala. Gerenti tak muak makan ni sebab dia ada masam masam gitu. Makan sahur pun sodap. Ermmm wallahhhh...

Wassalam

Friday, July 11, 2014

Durian Oh Durian

Assalamualaikum...

Ekceli minggu lepas Ajeed ada beli durian kat area area rumah aku ni. Katanya tak tahan sangat. Ingat taknak beli , tunggu balik makan durian kampung punya..tak boleh wey..tak tahan godaan..Puasa..biasa la. Selipar jepun celup tepung pun menjejeh ailio kluar.
Mahal erk.. dia bagi 3 bijik 20 henggit. Ajeed cakap mahalnya..Ok takper dia cakap saya tambah 3 bijik lagi. Pastu jadilah 6 bijik 20 henggit. Bangga giler beli 3 dapat free 3  Dia cakap lagi durian ni memang mahal sebab isi kuning and tebal..ok...

Yesss memang ya isi dia kuning and tebal. Korang pun leh tengok kat pic tu kan.tapi yang kuning plus isi tebal giler..macam gambar tu...tapi hampessss yang elok hanya 2 ulas jer.. Lain punya buruk..ada ulat.. Pastu paling "rare" lagi yang isi kuning macam yang dibanggakan tadi hanya sebijik tu jer..lepas tolak yang buruk 2 ulas jer la, yang lainnya isi putih plus bijik terjojolll keluar.. Nipis ya amatt isinya.. ish..ish..ish...Urut dada gue kejap. Ikhlas tak ikhlas korang boleh fikir kan? Ok..takpe...

Ahh..sekarang aku tak heran la.. Berlambak lambak jual kat tepi jalan pun takkan aku tergoda lepas ni. Tengok la, Takkan ku beli :)

Kampung kite lagi banyak hokeyyy...isinya cung cung lagi wey..

Adik aku sekarang ni rutin dia pagi pagi punggah doyan. Pagi tadi lambat hantar report kat aku. Katanya letihhh sangat.. hahahahahe..rasakannn...Duduk rumah pun takder buat apa kan..sementara dapat kerja ni buat la apa yang patut dulu. Pasni gerenti dah...takder peluang lagi nak masuk dusun main dengan pacat ni... Gerenti ko akan rindukan moment moment yang macam ni tau..Kerja elok elok nooo.... :)

Droyannnn.....
Mu Tunggu
Aku Balikkkkkkkkkkkkk

Wassalam

Thursday, July 10, 2014

Resepi | Asam Pindang

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang lepas bigboss mintak buat masak pindang. Sudahhh....aku ni masak pindang walopun sesenang ABC aku tak reti. Tak reti sebab jarang buat. Kalo masak singgang tu aku terror la. Apalagi .. mintak bantuan pakcik google la. Balik buat..alhamdulillah..lulus..boss puji.. Very the vangges tau..


Hari ni tetiba tekak ni teringin nak makan masak pindang ni balik. Sudah..resepi aku dah lupa. Bukan boleh main hantam..nanti tak sedap macam hari tu. :) Google la balik.. Ok..sebelum aku lupa balik baik aku tulis kat blog siap siap. Lepas ni boleh refer sini jer khenn?..hehe

Bahan Bahannya :

Ikan Jaket 2 ekor
Bawang Putih -2 ulas (tumbuk)
Bawang Merah- 1 ulas besar (tumbuk)
Cili Kering-3-4 bijik (Pecah pecah jer)
Kunyit sket (tumbuk)
Belacan sket jer (tumbuk)
Serai (Pecah pecah jer)
Asam keping
Garam
Aji

Tu jer la. Sebelum tu ikan jaket tu potong 2 lumur garam kunyit dulu pastu goreng. Takyah garing dangat pun takper. Bukan apa tak nak kasi hancur. Tapi ikan jaket mana nak hancur kan sebab jaket dia kan tebal.:)

Pastu start la masak asam pindang ni. Masuk air agak agak la. Pastu masuk bawang ..cili yang di blend tadi..nak sedap tumbuk jer. Dah masak tu masuk la asam keping , serai, cili
Pastu masuk ikan plak.. ikan dah masak masukkan garam and aji...done

Senang jer kan.. Elok sangat makan ni masa berbuka... Tapi makan time sahur lagi elok..sebab dia rasa masam masam jer kan.. Luas sket biji mata nak menelan. Kalo tak kunyah nasik sambil pejam mata..:)


Cuba korang bayangkan..hehehe..nak lagi sedap goreng ayam bodo 2 ketul, nasik panas..Perghhhh kombinasi terbaik beb wa cakap lu ... tak caya acu cuba try test buat . :) ...

Wassalam..

Wednesday, July 9, 2014

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Assalamualaikum....
Rasanya masuk ni dah 3 kali aku baca nukilan terakhir arwah Dato Sharifah Aini yang ditulis dan ditujukan khas buat anak tunggal dia Aliff. Untungkan dia. Ada anak macam Aliff.


In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…
Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KESYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

Benarlah... Redha ibu maka redha la Allah..
Murka Ibu makan Nerakalah tempat kita
Nauzubillah....
Anak sekarang bukan nak jaga tutur bicara ngan orang tua dah. Cakap ikut main sedap. Tak jaga perasaan orang tua langsung. Tak suka la dengan perangai manusia macam ni. Ego tak bertempat. Sampai dengan ibu sendiri pun nak ego. Apehal ko?

Untung arwah kak pah sebab ada anak soleh macam Alif. Sebenarnya ada sedikit cemburu. In Shaa Allah ...doakan anak anak kita pun macam ni besok. Sebab bila terpisah roh and jasad hanya 3 perkara yang akan kita tinggalkan...buka duit...bukan harta..bukan tanah yg banyak...bukan nama besar..bukan bisness besar..Yang kita tinggalkan hanya Anak Soleh, Sedekah Jariah dan Ilmu bermanfaat yang kita tinggalkan.

Wahai anak yang tak mengenang budi..Ubahlah sikapmu sebelum terlambat.
Sementara ibumu masih bernafas.. Jaga tutur katamu..Maniskan mukamu...rendahkan suaramu,
kerana tanpa kamu sedar setiap tutur katamu yang berbisa itu boleh menghalang diri mu dari mencium bau syurga...itulah yang dijanjikan Allah SWT pada anak yang derhaka.

Sorry la readers..bila minda dikawal dengan emosi yang tak stabil maka terhasillah entry yang macam ni.
Erkk.... takpe...tak paham takper, sebab mungkin ada orang lain akan faham dengan maksud yang ingin aku sampaikan..Peace Yooo

Wassalam...

Jom Balik Kutip Durian

Assalamualaikum..

Penyakit lama datang lagi. Homesick tahap jingga dah ni..Tolong...tolong..
Boleh kata hari hari tengok kalendar.. Macam budak budak plak rasanya. Kalah Hafiy and Hadif. Elok jugak diorang rilex jer. Kalo diorang tu sama sama tak sabar nak balik kampung. Lagi parah la aku gamaknya. Pesen buruk aku kalo nak balik kampung, 1- Tak lalu makan, 2- Kurang bercakap tapi yang paling ketara adalah malas nak mandi and malas sangat sangat nak masak. Teruk kan?

Isnin lepas adik aku dah selamat sampai kampung. Dia dah tinggalkan bumi Borneo sana buat selama-lamanya Sabtu lepas hihi. Ehh tak..Bulan 11 ni kena gi sana balik. In Shaa Allah ada rezeki aku pun nak ngekor skali la. Hihi.
 
Pagi semalam lepas ke kubur aktiviti diorang musim puasa ni adalah kutip durian. Dusun mak aku takder la jauh sangat. Kat area area rumah jer. Waaaaaa bestnya...jeles ok. Bab ni aku jeles. Dorian luruh musim puasa . Memang silap time la. Jual pun tak laku. Takpe takper.. Tunggu aku balik. Nanti tau la aku nak buat macam mana. Mak aku cakap malas nak jual sebab murah sangat. Tak padan dengan penat lelah mengutipnya. Kena menyeberang anak sungai lagi. Naik bukit lagi. Memang susah sangat nak bawak balik rumah. Kena main kudrat orang lelaki. Setakat tenaga perempuan yang lemah macam aku ni. Memang terkencing tengah jalan la jawabnya. Serius..sebab aku dah pernah try. huhu. Try bawak ok..bukan terkencing

Kalo setakat 2 3 bijik kacang jer. ni bukan 2-3 bijik, main guni ni. Ko larat ker?. Aku tengok Ajeed pikul yang gagah perkasa ni pun lotih. Lenjan habis satu badan. Boleh perah air peluh kat baju. Bayangkan setiap pagi banyak ni yang dapat. Mau tak terkencing. Sebelum naik bukit kena redah sungai dulu. Walopun anak sungai, tapi..susah weyyy... Pasti naik bukit. Tonggek punggung pungung tau. Nak jual 40sen skilo jer boleh dapat. Paling tinggi pun sekilo singgit. Takperlah..buat tempoyak lagi untung kot. Takpun kacau lempuk jer.. Paling afdhal sedekah jer kat orang kampung.. hihi

Ermm...pulut durian dah terbayang di mata ni guano. Kalo boleh sekarangggg mau terbang balik kampung. Buah salak pun adooooo.....woooohooooo....
Buah salak ni kena tutup sket. Takut kena sondol ngan babi hutan. Besoknya tinggal biji. Sakit hati nengoknya. Biasanya mak aku akan tutup buah tu dengan zink. Takpun daun kayu. Kalo tak buat macam tu. Sadakallah hul azimmm la jawabnya.

Amacam...?..tergoda tak?.Kalo tergoda moh kita balik kampung..

Wassalam

Tuesday, July 8, 2014

Mood Kelaut

Assalamualaikum

Hari ni dah 10 Ramadhan kan?...Tak sabarnya cikani nak balik kampung ni Ya Allah...Cepatlah masa berlalu. Nak tunggu puasa habis satu hal.. Paling tak boleh nak tahan.. nak kena tunggu raya ke-2 baru boleh gerak balik kampung.. Hwaaaaa.....*nangis. Tapi yang bestnya takyah redah jem.


Paling tak tahan rindu sangat nak ke kubur arwah ayah..Ya Allah kuatnya rindu ni. Malam tadi Hadif cakap dia rindu Tok Ayah.

Adik rindu Tok Ayah la ibu
Kalau rindu sedekah la alfatihah untuk Tuk Ayah Dik
Bicmillah......................

Sampai la Amin... hihi

Hujung bulan lepas genaplah 100 hari arwah ayah takder. Ingat nak survey belindan nak letak kat kubur arwah.. Ehh..korang panggil apa erk..Aku pun tak pasti..Yang pastinya awal awal lagi mak aku dah tempah dengan sorang cikgu kat skolah kampung aku sana nun. Regenya pun tak la mahal sangat. RM350 tanpa batu nisan. Ok ker erk?.Ok la kan. Bukan nak cantik sangat pun. Cukuplah sebagai tanda. Senang nak cari anak cucu aku besok kubur arwah moyang dia.
 
Alhamdulillah..dah siap pasang pun. Ajeed nak beli batu nisan tapi mak aku cakap tak nak.. Sebab nak letak batu asli tu jer. Lagi pun batu sungai tu mak aku yang carikan. Dah lama dah batu tu di simpan.  So ada sentimental value lah kat situ.huhu. Bunga bungaan pun kena tanam balik tu. Nak tanam bunga kemboja tak boleh. Besar sangat. Ingat nak tanam balik kemboja cina yang kecik kecik  Cantik jugak. Eee..tak sabar. Tinggal nak beli batu kecik kecik jer. In shaa allah.. Batu batu akan turut berzikir untuk arrwah ayah. :( Apa yang penting doa..sedekah dari anak anak kan?. Apa guna ada anak anak kalo kedekut nak sedekah walopon hanya dengan alfatihah. Takder guna ok.

Arwah ayah beruntung sebab mak aku setiap pagi dari awal awal dulu memang tak pernah sehari miss datang sedekah yasin. Kecuali ada hal penting. Mak aku tak pernah jemu datang ke kubur...cuci cuci...gembur gembur tanah.
 
Tapi tak boleh celen makcik sorang ni.. Pagi petang mesti dia akan datang sedekat yasin untuk arwah anak dia. Anaknya tak silap aku dah lama la takdernya. Walopun dah tak larat. Tengok dari segi fizikal dia la. Kederat nak jalan pun dah takder. Jalan pun pakai tongkat. Tapi gagah jugak datang tengokkan kubur arwah anak dia. Beruntung lah si anak kan. Doa orang tua adalah doa paling makbul. Anak dia meninggal sebab barah kalau tak silap aku lah. Situasi macam ni buat aku terpikir sejenak.

Seorang ibu sanggup setiap pagi petang datang baca yasin untuk si anak
Adakah si anak ..mcm kita kita ni la..sanggupkan setiap pagi petang datang sedekah yasin untuk orang tua kita?

Aku tak cakap orang lain la. Aku cakap berdasarkan benda yang berlaku depan mata aku aku. Kerja siang hari..memang sah sah masa takder nak ke kubur.. Malam plak balik lambat. Pastu bila ada masanya nak ke kubur. Itu kalo yang dekat. Yang jauh macam aku ni balik sekali sekala. Tapi nak luang sedikit masa jenguk kubur orang tua pun tak dapat. Memang takder guna la. In shaa allah kita buat orang tua kita macam ni..besok kita takder anak anak kita plak yang buat kita macam ni. Hukum karma namanya. Rakusnya manusia di akhir zaman mengejar keduniaan. Sehingga lupa dengan fitrah kita sebagai seorang manusia yang bernama anak.Isu ni memang sensitip la bagi aku. Ingat la wahai si anak.

Semakin kita leka mengejar keduniaan..Semakin jauh akhirat meninggalkan kita
Semakin kita dekat dengan akhirat..In shaa Allah..Dunia plak yang akan mengejar kita.

In Shaa Allah..Selagi ada kederat.. selagi ada hayat.. Aku takkan lupa doa .. sedekah.. alfatihah..Yasin untuk arwah. Sebab aku fikir Itulah satu satu cara yang boleh aku rapat dengan arwah.  In shaa allah. Bukan nak cakap aku ni manusia perfect. Tapi aku cuba untuk ke arah sesuatu yang lebih baik. Sebab itu dah jadi tanggungjawab aku sebagai anak. Tak pernah sekelumit pun rasa benda ni satu beban.

Semoga arwah tenang di sana. taman taman syurga tempat arwah beritirehat sekarang. Amin..

Alfatihah..
Wassalam

Saturday, July 5, 2014

Resepi | Tomyam

Assalamualaikum..

Ermmm..sedapnya tomyan kan?
Aku ni tak taulah..sejak puasa blom teringin nak makan lauk lauk bersantan ni. Nak yang air air jer..sup sup ker. Muak tekak, rasa macam takleh masuk. Guane tu? Makin tua selera makin hilang. Nak makan pun peser orang orang tua. Masam-masam jer..hihihi.

Tomyam aku ni korang boleh cuba buat sebab cara dia buat memang simple sesangat. Kalo nak compare dengan perencah segera tu..aku prefer sedap yang ni lagi..siyes..Bahan dia pun mudah and senang jumpa.

Biasa bulan puasa juadah feberat kluarga cikanie ni la salah satu..selain dari ikan n ayam percik Meratah saja pun sedappp.

Bahan bahan:

Ayam- Potong kecik/ dadu
4-5-6 ulas Bawang Putih
3-4 biji cili padi (ikut suka) nak pedas tambah lagi
2-3 Serai (ketuk)
6-7 Helai daun limau purut
1 bijik Tomato
Bunga Kubis
Kubis
Garam
Aji

Ayam tu dalam semangkuk taufu fa potong kecik atau dadu. Ambik yang bahagian tulang lagi best. Manis jer rasa dia. Isi saja tak sedap.

Ayam tadi rebus jer dalam air besama dengan bawang putih yang dicincang halus dan cili padi yang diketuk separa hancur sampai mendidih. Ait tu agak agak la. Nak makan kuah banyak mana. Kuah dah timbul minyak ayam tu masuk la bahan lain.

Masuk serai jer dulu...agak agak ayam tadi dah masak,  masuk la sayuran lain tadi. lepas masuk sayur masukkan daun limau purut tadi.  Opss lupa.. tomato pun masuk skali

Sayur tak perlu masak lama. seminit jer cukup. Jangan sampai layu plak sayur tu.
Pastu masuk la garam dan perasa tadi..

Done..
Sonang kan..sap sap soiii..siapp.. hehehe

Wassalam

Friday, July 4, 2014

Resepi | Puding Karamel

Assalamualaikum...

Cehh.. Taknak kalah, Puding karamel tak tahan tu.. Cakap jer la puding telur Yer dop?
Ekceli semalam cerita ceriti kat group wassap , kawan aku duk nanyakan resepi puding karemel ni.
Serta merta urat urat neuron aku berkerja..

"kalo aku buat petang ni pon sodap ni". 

Kalah jimmy neutron :) Maka segera jugaklah jari jariku mewassap my "PA" .
Telor 10 biji, susu cair..

Bahan lain semua ada tinggal tu jer. Lagi senang. Balik petang tu tanpa lengah lagi bukak uniform terus bersilat dengan periuk kuali kat dapur. Feeling superwomen kejap. kihkih. Yer la..mau taknya. Kul 6-20 sampai umah. Ke hulu ke hilir 6-30 masuk dapur. Jam tu nak masak sambal sembilang, jam tu goreng ayam ..jam tu nak buat puding. Tak ke superwomen tu. :) hikhik
Puding versi aku smalam versi yang tak taruk apa apa. Telor semata. Setengah versi lain kan tanpa telor, masuk agar agar jer, telor tak masuk langsung, ada versi yang masuk krimer jagung sket, ada jugak versi yang masuk roti sekeping. Ada jugak yang masuk tepung kastard sket Pada aku itu terpulang kat tekak masing masing. Nak makan yang macam mana kan? Kalo aku prefer yang ni la. Sebab aku malas nak beli macam macam. cukup telor jer. Susu tu ofcoz la kena ada.

Okla.. kita masuk ke bab bahan bahannya:

6 Biji telor
3/4 Susu Pekat
1 Tin susu cair
3/4 Air Putih
Esen vanila sket
6 sudu gula pasir untuk dijadikan gula hangus.

Cara-caranya macam ni

Mula mula kena panas kan gula pasir tadi, jadikan gula hangus. Aku nak senang kerja hanguskan atas loyang terus jer. Bukak api slow slow jer.. Kan berlubang loyang tadi. Dah cair tutup api , ketepikan kejap.

Pecahkan telor masuk dalam blender, Masukkan susu pekat, masuk susu cair, masuk esen vanila.
Pastu blend jer semua sekali. Tak perlu lama lama. Dalam seminit cukupla.

Dah siap blend , masukkan bahan tadi ke dalam loyang. Jangan lupa panaskan siap siap kukusan tadi. Masuk loyang terus kukus. Dalam 20-25 min angkatla. Tunggu sejuk kejap tuang dalam pinggan cantik..hehe
Terus masuk petiais. Lagi sejuk lagi bertambah sedap.

Dari beli kat Param..2-50~3.00 sepotong . Baik la buat sendiri kan?. Dapat dalam 12-13 potong. Puas makan. 2 -3 hari simpan dalam peti ais pun ok. No hal punya. Lagi sedap sebab sejukkkk je tekak bila telan tu.

Jangan tak cuba tau.

Wassalam


Thursday, July 3, 2014

Semua Dalam Satu.

Assalamualaikum..

Entry yang aku tulis hari ni khas untuk adik aku..Madihah aka Ceksu..nama glemernya.

Alhamdulillah.. setelah 4 tahun lebih berjauhan dengan keluarga.. bersendirian di bumi Serawak..akhirnya semalam..eh takk...Selasa hari tu officially dia dapat tittle baru. Dari student ke Job Seeker.. hahaha. Bukan mudah tau nak sesuaikan diri kat tempat orang. Banyak kisah suka dan duka semestinya yang tak terluah dari mulutnya. Even aku ni kakaknya pun susah dia nak bercerita segala masalah. Ofcozla masalah paling besar adalah kewangan. Sebab kami bukan orang ada ada. :( Tapi tu lah. Demi segulung Ijazah..Hadap jugak lah. Bila dia hantar gambar lauk dinner dia kat wassap aku sedih.Dia cakap tak makan nasik lagi...tgh study pun aku sedih.. Tu sebab dapat gastrik selalu skip makan :(... Tapi dia kuat itu aku tau...

Semalam juga berakhirnya presentation yang mendebarkan, kerana bukan senang yer nak dapat pujian dari lecturer. Semua aspect diorang tengok cara ko present maca mana, suara ko macam mana, confident level ko plak tahap mana and flow prensetation ok ker tak. Alhamdulillah...hujung hujung cerita Lecturer puji. Aku plak yang tukang kembang hidung. Syabas dik!!

Sekarang dia dah officially merdeka dan bakal meninggalkan bumi Serawak 5 July ni. Sedih la plak tengok status Fb dia macam tu.. Ye la mau tak sedih..banyak kenangan tercipta kat sana . Kenangan pahit, manis, suka , duka. Bumi serawak jugak yang menjadi saksi penghijrahan dia. Segalanya bermula di sana. Dari seorang gadis biasa kepada seorang muslimah yang lebih baik. In Shaa Allah...Semoga terus istiqamah dalam penghijrahan ni. Syukur sangat sangat kerana dia di kelilingi insan insan yang berhati mulia. Untuk kawan kawan Madihah..Yana , Dayah, Ila, Atin, Amir, Yus, Emy dan Anis TQVM. Nama nama yang ni aku tgk kat FB dia ok..hihi.
Ingat lagi masa arwah ayah takder. Kawan kat sana banyak membantu. Kalo nak imbas kembali mau menangis lagi. Tapi takperlah. Aku nak abadikan cerita ni kat blog kesayangan hari ni. Bersedia untuk menangis. :(

Ekceli masa aku cal dia dalam 7-45pm. Lepas magrib gitu. Sebab mak aku call pun dah lepas Maghrib. So tugas aku adalah menelepon adik adik yang lain. Ok..aku dah start sebak sekarang..Masa aku call dia , masa tu dia tengah order nasi..ngan geng dia la. Baru habis kelas singgap makan. Yang aku kenal Yana la, sebab tu kembar dia kat sana. Muka memang sebijik. Budak Perak tak silap. Aku pun ingat ingat lupa dialog aku hari tu..apa yang aku ingat...

Dikk..ayah dah takder...
Bila...?
Baru jap tadi..
huhuhuhuhuhu..... (dia punya nangis...bergoncang rasa hati aku..nak tercabut dengar)

Masa ni ..nasi memang tak sempat nak makan la.. Nasib baik abang kat kedai nasik tu yang baik hati tolong hantar rumah sewa. Sampai rumah sewa...Kawan kawan dia yang tolong bookedkan tiket..kemas baju semua... Tiket plak alhamdulillah... walopun ke KB terus semua sold out.. tapi masih ada lagi yang turun LCCT ..tu pun yang last punya..agak aku balakang kokpit kot :). So.. Yana lah yang settle semua..call aku mintak aku tunggu kat LCCT. Yang Adik aku ni memang flat terus...Lembik. Nasib baik jugak ada kawan yang sudi hantar kat airport. Ikutkan hati memang aku nak balik terus tgk Arwah.. meronta sangat hati nak peluk sekujur tubuh kaku tu. Nak balik kucup pipi..sujud kat kaki dia.Tapi aku tak rasa aku boleh tinggal adik aku sorang diri kat airport sana.. Flite dia touchdown lebih kurang kul 12am. Lepas pickup dia terus berdesupppp balik kampung. Betul betul azan subuh kitorang sampai :(

Alhamdulillah..dari awal hingga akhir. Segalanya urusan dipermudahkan Allah S.W.T. Syukur kerana dia dikelilingi insan insan yang baik hati budi. Malam Jumaat tu geng usrah diorang berkumpul baca quran sejuz sorang habis khatam satu quran sedekah untuk arwah ayah. Alhamdulillah. Tak cukup dengan tu diorang kutip derma kilat plak..duit tiket pun diorang yang settle. Mana nak dapat kawan macam ni kan?.. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Kawan dunia akhirat..Inilah contohnya.

So bila semua dah settle dia pun dah habis blaja aku lega la sket. Ye lah sekarang boleh la dia tinggal kat kampung. Adik laki aku ada kat sana sorang tapi kerja..mmg bz 24/7. Lagipun lelaki. Apa sangat lah kan?. Perempuan sama perumpuan lain sket. Alhamdulillah sangat sangat sebab lepas ni mak aku dah ada kawan. Aku harap sangat. Kesunyian mak aku akan terubat bila anak bongsu dia dah ada depan mata. Itu yang paling aku syukur. Syukur sangat sangat. Sebab dari hari pertama arwah ayah takder sampai sekarang sedih, pilu, murung mak aku blom hilang lagi. Aku memang dah naik risau ni. Tanda tanda kemurungan ke ni erk?.. Ya Allah jauhkan dari segala masalah. Berilah ketenangan pada ibu aku Ya Allah.
1 July 2014 Officially tittle ko sebagai student tamat dik.. Tahniah...

Ok la.. Tak sanggup rasa nak bercerita lagi. In shaa allah..ada kelapangan kita sembang lagi

Wassalam.

Wednesday, July 2, 2014

Resepi | Patin Masak Stim

Assalamualaikum..

Day 4 Berpuasa. Misi Taknak Membazir setakat ni baru 50% archived. hehe. Caiyokkk... Nak makan apa boleh..tapi takyahlah masak dalam kuantiti yang banyak. Cukup cukup simpan buat sahur jer. Tekak aku ok jer makan lauk berbuka buat sahur. Orang lain tak tau la. Hihi. Satu lagi .. Say No To Bazar Ramadhan..:)

Boleh ke?... baru 4 hari puasa tu. Banyak masa lagi. Lagipun Roti John Paktam kat bazar ramadhan tu dah memanggil mangil..menyeru-nyeru nama aku ni. Datang la cikanie..datang...datang....Rilekkk ok cikanie..rilexx...:)

Hari ni tekak ngada ngada aku rasa nak makan stim patin pulak. Guane tu? Selain patin, siakap pun ok.. Kerapu lagi OK.. hihi. Patin ni yang tak berapa nak best ada bau sket kan kalo tak kena tempat. Hari tu ada beli masak lemak tempoyak ikan patin. Sudahnya tong sampah yang makan.. Bau lumpur..eeeww takleh nak telan rasanya. Walopun sambil pejam mata. Tak termasuk dalam mulut. Ke tekak aku jer yang ngada ngada tu. hehe. Tak tau la.

Ok la..balik pada cerita asal.. resepi Patin Stim kan.

Bahan Bahannya:

Sekor ikan Patin/ Siakap/ Kerapu
2 Bijik Limau Nipis
1 Bijik bawang Holand
1 inc Halia -Potong halus panjang gitu
3 Biji Bawang Putih-Cincang
5 Bijik cili Padi..Ketuk Sket ngan lesung kasi pecah
2 sudu sos tiram
Kiub Ayam sket
Daun Bawang
Garam gula aji..secukup rasa
Daun Ketumbar

Sap sap soiii...siapppp...
Alahaii....senang bangat jer cara nak buat ni..
Masuk dalam loyang ke apa ker... kukus la dalam kukusan..Nak masak deret dalam kuali pun No Hal..Ko yang nak makan ka?. Takder salahnya. :)

Masuk ikan...
Bancuh Sos tiram ngan air.. air ni terpulang la.. nak kuah banyak air lebih lah sket, pastu masukla terus garam gula aji tu semua. Curah lah semua tu atas ikan tadi..
Taburlah segala jenis bawang halia yang di hiris tadi...
Limau tadi perah ambik air jer ..curah jugak kat atas ikan tadi

Kukuslah kejap... agak agak ikan tu masak...angkat dan hidang. Try dulu..terkurang apa apa tambah la balik. Itu jer la, senang jer kan.
Selamat Mencuba. Sap Sap Soi jer kan?..hihi

Wassalam.

Tuesday, July 1, 2014

Musim Durian

Assalamualaikum..

Day 3 berpuasa...hihi..macam puasa.
Tapi macam puasa la jugak sebab tak makan n minum. Boleh sangat nak makan tapi takperla.. Nak diet ..hehe..boleh gitu?


Ekceli tak sabar sangat nak tunggu balik kampung raya ni nak makan buah doyan.. Pagi tadi call mak aku kat kampung. Dia cakap dah luruh durian sebijik semalam. Bestnnya..Tak sabar rasa nak balik tanak pulut makan pulut durian. Sepatutnya tahun ni turn raya Kelantan. Biasala kalo raya Kelantan. Raya ke-3 naik KL balik. Tapi tetiba Ajid offer..Raya sini dulu, then raya ke-2 balik sana. Sama jer kekdanhnya pun. Tapi yang buat rasa bestnya, boleh lama sket kat sana. Banyak la peluang nak redah dusun carik durian. Eee...best..best.. Tak sabar.

Cuma tak bestnya tahun ni raya tanpa Ayah.. alahaiii..terasa sangat. Puasa ni pun dah terasa. Kalo tak dialah orang yang menghidupkan puasa kat umah aku tu. Mungkin orang masjid lagi terasa kehilangan dia sebab dia orang penting time buat makan makan kat mesejid. Pakar bual sambal..:( Alfatihah buat Ayahanda Haji Mohd Rifin Bin Idris.

Satu hal lagi bab kutip durian. Sapela nak kutip. Dulu pepagi sanggup turun naik bukit, redah sungai nak kutip dorian. Pikul tu satu hal. Tak larat pikul, dia tarik. Yer la, sape ada lagi selain mak aku. Sekarang Mak aku la ambik tugas tu. Tak berbaloi nak jual. Kat sana murah. Tak padan la dengan penat lelah mengutip tadi. Aduyaiii. Banyak sangat kenangan manis yang arwah tinggalkan. Rindunya kat ayah. Dia paling suka Pulut Durian. Setiap kali musim durian mesti tak lupa suruh mak aku tanak pulut durian . Bukan dapat makan banyak pun. Dapat rasa sket jadilah. Dia kan ada kencing manis. .. Huhu..nak nangis :((((

Sedih la plak rasanya. Macam tak dapat jer nak tulis panjang panjang lagi. Ok bye

Wassalam

Monday, June 30, 2014

Resepi | Pengat Pisang

Assalamualaikum..

Buat pengat pisang berpuluh kali dah. Boleh lupa nak tulis resepi kat sini.
Pisang nangka jer bagi aku yang sedap dibuat pengat. Sebab apa tau..sebab dia rasa masam masam kena plak dengan lemak santan tu. Sedapppp.. Tambah plak sagu mata ikan dalam 2 sudu..Tak nak banyak sagu tu. Nanti menganggu konsentarasi mengunyah pengat pisang. Sekali skala tergigit tu yang rasa best tu. Kalo suap pisang masuk sagu tak best plak kan.

Jenuh duk mongorek balik pic pic lama kot ada terselit pis pengat pisang sesat. Tapi takder sudahnya aku ambik kat google jer la. Tq pakcik google yang sentiasa tidak pernah mengecewakan. Tengok gambar dia fuhhh....rasa nak balik carik pisang jam ni jgk. Tapi susah la nak carik pisang. Berangan dari hari tu lagi nak makan. Tapi susah nak cari pisang yang boleh dibuat pengat.

Bahan bahan:

Pisang Nangka/ Awak/ Kebatu
Santan 1 bijik kelapa
Gula Melaka
Gula
Garam sket
Daun Pandan
Sagu mata ikan 2 sudu teh

Cara nya senang jer. Kalo boleh pisang tu rendam air kapur dulu. Takderla lembik sangat bila dah masuk periuk nanti. Rendam la dalam 5 min.

Masuk santan dalam periuk..Masuk gula, garam. gula melaka..daun pandan.
Mengeleggak tu masuk la pisang..
Pisang agak nak masak...masuk sagu yang direndam air tadi..
Kacau kacau kejap.. Masak..
Rasa tu agak agak la...
Masuk la sket sket dulu..Rasa balik..tak cukup tambah..kurang takper boleh tambah. Terlebih manis camne..nak tambah air hilang la lemak santan tu.

Ermm...dapnya..

Wassalam.

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Awal awal puasa dah dapat "cuti". Sempat berterawih 1 malam jer la. Takpe..kita cari pahala sunat yang lain. Sebab kalau tak ambik peluang untuk mengumpul pahala dalam bulan ni. Memang rugi sesangat. Bulan mengumpul pahala. Ya Ramadan Al Karem.

Datang ofis pagi ni plak bukak pintu..Ya Allah .. semerbakk bau tikus mati. Mana la dia membusuk ni. Seminggu lepas memang akak cleaner ada bagi racun. Aduii..tak tahan bau dia wey. Nak nak perut kosong. Mau keluar bintang kepala gue.******#$%@. Pengsann...Wangi sangat.

Hari Ke-2 ramadhan ape cer?. Semalam aku kemain excited lagi . Maklumla cuti kan?.Siap 2 jenis kuih lagi. Hambik.. Hari ni mintak ampun la suami. Tak sempat nak bersilat kat dapur. Makan jerla kuih semalam. Memang sengaja buat lebih pun. Dah tau sangat bila masuk hari berkerja jer memang tak sempat la. Lauk plak ikut ada jer la. Tapi syukur la. Atleast ada jugak makanan yang boleh di makan. Alhamdulillah.

Untuk hari hari yang seterusnya cukuplah dengan apa yang ada. Bazar pun malas nak pergi. Sesakk.. Semalam lalu Bazar Ramadhan sambil ambik angin petang sementara tunggu waktu berbuka. Saja nak survery suasana tahun ni macam mana. Masya Allah..tak boleh tak boleh.. Ketat..padat..semak..nak makan apa buat jerla.. aku rela.

Misi tahun ni taknak membazir. Masak hanya cukup untuk berbuka dan sahur. In shaa Allah..:)
Harap boleh...hihi.

Wassalam..

Thursday, June 26, 2014

Rindu ..

Assalamualaikum..

Rindunya nak cium pipi baby
Rindunya nak cium perut baby
Rindunya nak pakaikan baby bedak
Rindunya nak barutkan perut baby
Rindunya nak cuci pusat baby
Rindunya nak mandikan baby..
Rindunya nak main dengan baby

rindu...rindu...rindu..

Takpela..mungkin ada sebab tuhan blom bagi baby kat aku..
Sesuatu yang terjadi itu tiada yang sia-sia.. Semuanya bersebab.


Syukur dengan apa yang ada sekarang ni.

Wassalam

Wednesday, June 25, 2014

Resepi | Onde Onde a.k.a Kekoh Chaa

Assalamualaikum..

Mood rajin masuk dapur sekarang ni. Resepi berderet la. hihi
Tekak nak makan macam macam. Pantang tengok kawan aku buat. Mula la menggeletik nak buat. Walhal ada benda yang tak pernah hayat buat tu tetapi dek kerana napsu makan yang sedang menbuak buak ni. Gagah jugakla pegi kedai beli barang tu barang ni.

Onde onde ni bahan dia sama jer dengan nak buat Puteri mandi tu. Tu sebab senang jer nak buatnya. Bahan yang lebih buat Puteri mandi hari tu aku guna balik. Cuma beli kelapa jer la.
Bahan Bahan:

Tepung Pulut 2 cawan
Air
Kapur sket
Pewarna
Gula Melaka
Kelapa Parut
Garam sket

Macam biasa la..Uli doh tu pakai air yang dah di bancuh kapur and pewarna skali.
Masuk sket sket..Jangan sekali masuk..Buat ker terlebih lembik camner.. Kalo keras boleh tambah lagi..keras lagi tambah laggi. Gitu la. Sampailah dapat doh yang sempurna. Keras tak keras sangat, lembik pun tak lembik sangat. Sedang sedang elok gitu.

Jangan lupa awal awal lagi rebus air seperiuk. Senang..cepa sket mengelagak. Sambil gentel sambil campak dalam air mendidih. Cepat la boleh makan. Jangan nipis sangat..nanti bocor. Keluar gula melaka tadi. Sket pun ok.Janji boleh tutup gula melakan tadi dengan sempurna. Manis sangat buat apa. Bila dah masak tu angkat la..Sejat la kejap..kasi air turun ..

Ambik kelapa tadi..gaul ngan garam sket. Tal rasa garam tak sedap. Pastu campak la onde onde yang dah masak tadi. Golek golek sket kasi kena dengan kelapa parut tadi. Lupa nak bagitau. Nak tau onde oonde tadi dah masak ke belum cuba tengok dia timbul ke tak. Dah timbul tu boleh la cepat cepat angkat.

Aku ni rajin ada time jer. Time angin malas takyah cerita la. Tengok ni la.. Tengah elok mengenggel rasa penat plak.. lambat jer nak sidah sebijik sebijik. Sudahnya aku gebtel buat Puteri mandi jer. Cepat.. Gentel picit...kentel picit. Tapi siap jugaklah sepinggan onde onde tu dalam malas mala..belennya habis aku buat puteri mandi. hihi..

ok..sekian wassalam

i-BR1M | Must Read

Apakah i-BR1M?

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.  

 

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.  


Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut  


Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?



 

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?



Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
  1. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  2. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  3. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:


Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.


Bilakah tuntutan akan dibayar? 

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

 _____________________________________________________________________________________


OK.. dah clear pasal i-Brim kan..Sekarang baca plak pengalaman aku sendiri dalam membuat tuntutan I-Brim ni. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada untuk dijadikan sumber rujukan pada mereka yang tak tahu apa apa pasal I-brim ni

13 March 2014
Arwah ayah takde. Alfatihah.. Sedih plak bila tengok document kematian arwah. Sayang ayah..Moga ayah berbahagian di sana. Amin. Rindu ayah sangat sangat. :(

19 March 2014
Dalam masa seminggu tuntutan dibuat kat Takaful Ikhlas cawangan Kota Bharu. memang kat sini jer kalo bagi mereka yang tinggal di Kelantan. Alamat dia kat bawah ni.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
Lot 331 & 332, Jalan Sultan Yahya Petra,
Wakaf Siku, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 1-300 8 (TAKAFUL) 825 2385
Tel    : 09.743 9362/744 7277
Faks  : 09.748 6864 

Dokument yang perlu di bawak macam dalam kotak kat atas tadi la. So dah settle isi borang semua kitorang pun balik la. Orang Takaful tu cakap kami submit jer borang ni. Dapat tak dapat refer kat HQ la. Maknanya KL la.
Pastu dia cakap lagi pihak takaful akan email atau mesej kalo dapat. Aku pun tunggu la sampai laaaaa ni.. sampai tarikh semalam. Punya la ikut law yang diorang suruh. Yer la kita nak duit dia..tunggu jer. Ada rezeki adalah, Bukan pesen aku terhegeh hegeh tebal muka nak tanya itu ini kat diorang semata mata nakkan RM1000 tu.

24 June 2014

Cuba kira berapa lama tempoh masa .3 bulan lebih kan. Katanya dalam masa sebulan dia akan masukkan dalam akaun si waris. Ni dah 3 bulan. So aku pun call la HQ. semalam. Nak tanya status tuntutan la. Naper pending lama bebenor. HQ cakap dia takder terima apa apa tuntutan. Aku pun call branch dia yang kat Kota Bharu tadi. Tapi diaorang cakap dah email benda tu. Mana satu yang betul. Ok takper. Aku suruh staff Takaful KB tu foward jer email yang dia dah submit 19 March hari tu. Memang sah diorang dah email la. Apa cer?.

Persoalan sekarang.
Kenapa HQ cakap belum terima. So aku cakap takper nanti aku submit balik borang hari tu skali lagi.
Bila dah submit dia cakap plak.

Penama yang ditanggung jer boleh tuntut. Hari tu aku taruk nama adik aku yang lain.Penama yang ditanggung tu maknanya nama yang arwah ayah aku buat masa register Brim hari tu.
So guana gamak sekarang ni. Nak kena isi sekali lagi ker?

Huh..(panas..panas)
Tapi sape sape yang nak cari borang iBrim ni boleh print dari sini

Wassalam