Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, February 28, 2013

Kenapa Red Wok?

Assalamualaikum..

Kalo dah start menulis ok la.. ada jer ideanya..masalahnya nak start tu yang malas kekeke..
Pagi semalam dengar berita kat Sinar FM Kelantan banjir lagi.. Kesian mak aku...teringat kat dia. Camner dia nak selamatkan binatang binatang kesayangan dia tu. Kalo ikut pengalaman yang dulu dulu..sekor sekor kambing biri tu dia heret, dukung harung sungai. Sebab dusun mak aku ni macam pulau kecik tau... nak ke sana kena harung sungai tu dulu. Air kecik ok la... Kalo banjir naikla paras pinggang air kat situ. Masa 2 thn lepas dia jadi "JPA". Bukan selamat orang..tapi selamat kambing biri biri dari kelemasan akibat banjir Gelombang ke2 yang melanda Kelantan. Hehehe..

Mukadimmah panjang lebar pasal banjir. Padahal nak citer pasal makan makan kat Red Wok..hehe.. Minggu lepas ke sana. Kenapa aku suka makan sana?


Firstnya sebab Makanan dia la.. Of coz la sedap.. kalo tak sedap aku takkan ulang sampai berkali kali. Hari tu aku ambik Crispy Butter Prawn, Tapi satu jer kat sini. Masa ko order tu pastikan korang mintak semua yang saiz kecik punya. Kalo tak cakap semua dia bawak saiz M. Banyakla wey... kalo makan kami berempat memang padat giler perut ni. Pastu hujung hujung purak purak terkejut tengok bil...walhal makan sampai nak muntah.. clear sumer pinggan baru nak cakap mahal. Hampagasss.


Telur Dadar...ini menu biasa..peberet anak anak jer la. Ana aku ni dia tak reti nak makan seafood meefood ni.. telor jerla manjang. Tapi ok la..telur dia kemain besar pastu siap taruk udang kecik tu lagi.. Ayam pun anak aku ok jer..janji jgn udang, ketam....

Pastu kami order Siakap Oyster Sos tu, yang ni aku tak berapa nak berkenan. Ajeed punya permintaan la ni. Cubit gak la sket buat buat rasa kot kempunan nanti kang. Gambar pun tak sempat nak ambik sebab menu ni sampai lassstttttttt skali. Nasi separuh dah bedal. Takkan nak letak sudu seluk ambik kamera dalam beg. Mengaum bapak singa kat depan aku tu. Masa ambik gambar udang tu pun dah mula tunjukkan body language dia kat aku. Paham la gue..Pic sumer ni pun snap pakai nokia buruk aku jeww.. nak mintak pinjam tab dia takuttttt....


Kailan Ikan Masin dia punyalah banyak.. saiz medium kan.. jenuh gak nak perabig. Ekceli Ajeed ni tak makan sayur sayur gini. Dia kenal kangkung jer. Hari tu la pestime dia cuba.

" eh..takder la pahit"
"Bila masa kailan pahit..sawi jer pahit.."

Diam jer dia..sambil terus makan kailan tadi... Dia ni pesen  tak nak cuba langsung. Kalo dia kata tak makan sampai sudah takkan makan. Janganla ko paksa dia makan. Kalo di paksa makanya ko cari nahasla... Macam hari tu aku paksa dia makan tempoyak...Perang Salsabila kejappp...


Air buah pun sama.. sedappp... epal asam boi kegemaran saya kat sini... uiiiii...sedapppp... bila dapat makan lagi ni...lapar tetiba la plak.


Selain menunya... kat sini ada surau yang sangat sangat selesa.. ada ekon lagi.. Kain telekong pun takder yang masam rebam. Takder bintik bintik hitam tu.. bersihla. memang selesa kalo nak makan makan sambil lepas lepak sampai tengah malam kat sini. Paling penting lokasi nya la.. Belakang rumah aku jer. kekeke.


Toilet dia pun bersih. Pun ada ekon. Mula mula kat sini si Hafiy nak terkucil. Pesen aku malas nak bawak dia ke toilet. Korang paham la kalo toilet kat luar ni jarang ada yang berkenan di mata. eeeeeeeee.....tak suka kalo kena toilet yang hancing...melepas pun tak di pam.. air kecik sangat sampai tak lepas. Tapi kat sini tidak sama sekali.. Rasa masam nak kunyah bijik matahari jer kat dalam toilet Red Wok ni.

Soooo..pada korang yang nak merasa hidangan masakan cina n ala ala thai sket...di sini tempat yang paling sesuai sekitar Bangi and Kajang.. Steamboat pun sodap kat sini. Tapi aku lom pernah nak try lagi. Almaklum la.. Puteri Resakdung.. mana leh makan seafood banyak banyakk.. Rompong hidung gue. Kekeke..

Sekian Wassalam.

Wednesday, February 27, 2013

Kalo Dah Kemaruk..Tensionnn

Assalamualaikum..

Tak habis habis kemaruk nak anak perempuan.. * kutuk diri sendiri. Gila tak kemaruk.. anak popaun kan comellll.. eeeeeeee...geram tau.. Baju lawa lawa..kasut kiut kiut... Stokin plak..alahai...comel nyerrrrr... kena plak gaun macam macam pesen..munger-munger..dot.dot..ropol,,jeans...uiii kuit wey padan plak ngan baby gurl yang comel lote ....macam budak niii..ada iras Neelofa tak?


Ada kan?.....
Orang selalu tanya aku..

"awak tu dah stop ker?.. "
"taknak anak popuan ker"
"lelaki 2 orang mana cukup..popuan la plak"

Aku muak dengan soalan macam ni..Korang ingat senang ke nak buat anak ni... Yesss..kalo spesis yang suka buang anak ni senang la...sebab benda haram..benda haram memang la best...Bila dah best quality pun best..cer pikir.. tapi kalo jenis yang susah macam aku ni... memang takderla... susah jugak nak lekat. Lagi satu ni kan semua kerja Allah Taala.. Kalo aku nak 1000X nak pun kalo Tuhan dah tentukan rezeki aku sampai 2 orang anak jer..Takkan adanya..Nak tak nak.. selagi terdaya  usaha la.. yang penting doa.. pastu tawakkal jer..Duk diam diam...Takyah nak banyak cerita lagi..*tak marah pun... kekeke...


Ekceli kalo nak citer pasal penat jaga anak... semuanya sama jer kot..baik laki mau pun popuan kan.. popuan ni melasak kadang kadang lebih dari anak lelaki. Anak lelaki sekarang plak dah boleh disuruh buat kerja perempuan. Kalo dulu tuk nenek bising.. kerja pepuan nak anak pepuan jgk yang buat. Sekarang sama jer. Kadang kadang anak lelaki lebih cekap kat dapur dari anak pepuan..Betul tak?


Ini gambar Hadif versi perempuan. Agaknya kalo aku dapat anak popuan ada kot iras oras ni..kekeke..

Orang kata anak popuan senang nak jaga masa kecik tapi kalo dah besar remaja lain plak. Kalo tak takkan ada org tua menyebut elok jaga lembu sekandang dari jaga anak dara sorang. Mungkin adalah kebenarannya tu.. Sebenarnya anak anak kita ni adalah satu amanah dan ujian paling besar Allah S.W.T bagi kat kita


(QS. At-Taghabun, 94 : 15)
Firman Allah Taala :
"Harta benda dan anak anak kamu hanya ujian dan disisi Allah ada pahala yang besar"
 
Kalo kita teliti firman kat atas tu sebenarnya Allah saja nak tengok sejauh mana kita berjaya memberikan didikan rohani , jasmani dan intelektual kepada anak anak kita. Dan malanglah orang itu jika dia mempunya anak tetapi anak itu tidak memberi kebaikan kepadanya di akhirat. Maknanya di sini didikan rohani tu kena mantap la wey.


Rasulallah pernah bersabda :
Tahukah kamu siapa yang mandul
Orang yang mandul adalah orang yang tidak mempunyai anak.

Tapi rasulallah jawab apa..

 "Orang yang mandul adalah orang yang mempunya anak tapi anak anaknya tidak memberi manfaat kepadanya setelah dia meninggal dunia."



Betapa ruginya kita ibubapa ni kalo terlalai sedikit dalam memberi didikan yang seimbang buat anak anak kita kan?..

Aku pun bukan nak budget budget bagus sangat. Tapi aku berazam dengan diri sendiri akan terus berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Hafiy n Hadif la buat masa ni . Insyaallah benda positif macam ni sama sama kita jadikan panduan supaya kita semua sama sama berjaya dalam membentuk khalifah Allah yang cemerlang dunia akhirat...


Tuesday, February 26, 2013

Cerita Pasal My Bonda

Assalamualaikum..

Ya Allah.. Naper la malas betul nak hapdate blog. Untuk rekod..cehhh... Ini kali ke 5 aku tukar tajuk post ni. Nak cerita pasal balik kampung hari tu jer pun ... taip 10 perenggan ko..delete... taip balik...harap harap boleh publish la. Harap..harap..

Ekceli aku pesen camni tau... kalo lepas balik kampung, ada masalah sket ataupun kena marah ngan Ajeed mesti aku malas..semua malas.. mandi malas , semayang malas, masak malas, kemas umah malas, hapdate blog malas, makan jer rajin. bunyi macam zalim jer Ajeed dalam citer aku ni kan..Akceli tak.. dia adalah segalanya buat aku. Dia macam lilin.. sanggup bersusah payah...kerja teruk demi kami..untuk memberi cahaya ..kesenangan...ouhhh tacing.. Sebab tu la... sampai legam legam kulit muka dia tau..*ceh alasan....


Balik kampung hari tu sempat lagi ikut mak aku masuk "ofis"... Akceli aku kagum sangat dengan dia walopun dah dapat tittle warga emas tapi semangat nak kerja tu masih kuat. Dalam masa yang sama kesian, sedih.. semua ada la. Kami bukan asal dari golongan yang senang. kerja separuh mati baru dapat nikmati hasil macam sekarang. Tapi aku yakin..dia tak reti nak duduk diam kat umah ujung bulan terima hasil.. Bukan pesen dia.


Dari muda sampai la ke tua dia memang keja tak henti henti. Masa kami adik bradik masih kecik buat kuih letk kedai. Dulu punya kuih ya ampun.. untung sket..sebab kuih murah ..bukan macam sekarang, silap kuih kecik sket terus kena band tak nak beli. Kalo dulu..karipap tu besar penumbuk baru 20sen.. So nak tak nak musim boleh menoreh..dia menoreh.. musim daun getah meluruh buat kuih. Dalam masa yang sama jaga anak orang jugak. Hasil tu semualah yang berjaya membesarkan kami.

Itu sebab lah kalo ada anak anak sekarang yang tak reti nak mengenang jasa mak bapak dia aku benci.. tak suka..protes habis habis dengan anak anak yang suka melawan kata orang tua. Ada lagi ker anak yang nak jadi Si Tanggang Moden zaman sekarang ni. Naper orang macam ni tak boleh layan mak dia sebaik mungkin. Kalo dengan kawan kawan dia..ya ampun..terkekek..kekeh lagi..gelak sakan.. Nak layan mak ayah... macam haremmm... muka depan mak macam..#@#$$%%%^. Apa salahnya bermuka manis sket dengan orang tua kan. Sekali ko buat mak ko menangis...otomatik ko di cop anak derhaka... tak takut ke weyyyy.

Ok la.. malas nak citer pasal anak derhaka ni.. Kan ada yang sentap plak.


Masa ikut mak aku pegi kebun hari tu sempat lagi Ajeed cari kayu kayan untuk next projek dia. Ada jer projek laki aku ni. Tak reti nak duduk diam. Dia reti duk diam time tido jer. Part tido ni ko jangan riso la.. kalo time cuti..12 jam tido tu perkara biasa. Aku plak yang naik risau... ada napas lagi ker idop mamat ni..


Masa nak punggah getah naik atas ni lah part yang paling mencabar. Korang agaklah kederat mak aku nak tolak pakai keter tolak naik bukit dengan getah 50kilo ni macam mana yer?... peluh jantan betina semua kluar. Aku tengok Ajeed yang gagah perkasa di mata aii ni pun berkerut dahi nak menolak getah ni naik bukit. Ingat kalo ada masa nak pakai tali jer. Ikat dari batang ke batang pokok. Pastu kalo time nak jual getah isi dalam guni pastu ikat kat tali then tarik jerla tali tu dari atas kan?. Tapi tu la.. bila masa la nak buat semua tu.. Sekali skala dapat balik bukan boleh lama. Projek buat tangga hari tu dah terbengkalai..ingat nak upah orang jer siap semua tu.


Ekceli dalam dusun mak aku ni ada 3 fungsi tau...musim buah kan kutip buah.. musim getah mahal kan mak aku menoreh..pastu kalo bukan musim apa apa.. dia bela kambing biri plak. Itu Mak aku.. Superduper Women..  Tengok bangsal biri biri kat atas tu.. Hasil kerja tukang dari tangan dia gak. Tak tahan wey.. 2-3 ekor dah biri biri kena baham ngan babi hutan. Rugi.. Kalo sembelih buat macam kambing golek lagi untung. So nak tak nak kenaa buat bangsal jugak. walopun tak sempurna sangat... cukuplah ..asal dapat berlindung sudah. Nasib baik adik aku ada kat kampung.. Boleh gak dia tolong apa yang patut.. Ayah dah uzur..apa boleh buat.. tinggalah wanita tulang besi urat dawai ni jer lah.

Sebab tu aku sangat sayang,,sayang sayanggggg sangat dengan mak aku ni. Takder siapa yang boleh jadi galang gantinya.. Dialah tulang belakang kami adik beradik dari dulu ..kini ..dan selamanya.Masa aku susah dia sentiasa ada kat blakang.. Masa aku bermasalah dia jugaklah yang turut susah... kalo boleh tak nak susahkan dia lagi... :(.. Tacing..

Sekian wassalam...

Tuesday, February 19, 2013

Cerita Pasal Bufday Cake Hafiy

Assalamualaikum........

Ermmmmm.. lama betul tak jenguk blog sendiri. Jenguk blog orang jer la, malas nak update blog.. aku dah tau pesen gini akan datang setiap kalo cuti panjang.Ini namanya Sydrome Balik Kampung. Apapun malas. makan jer rajin kot. kekeke.

Cuti CNY hari tu ingat tak dapat nak balik kampung dah..memandangkan boss asyik bz 24/7.. Tapi memandangkan ayah yang tak berapa nak sihat tu.... curik jugaklah masa cuti ni nak jengah diorang. Kalo diikutkan bz memang sampai sudah lah kerja takkan habis. Betul tak?

Sebelum balik Kelantan weolls balik Klang .. jenguk PIL dulu la. Menyinggah kejap kat SR bangi ni. Ingat nak beli kek sepotong 2 untuk Hafiy. Plannya balik Kelantan baru nak cari kek untuk dia . Makan ramai ramai kat kampung lagi best...

Pilihan dia adalah Blueberry Cheese... sedapla.. aku kalo kek yang bercheese memang berantu la wey.. Tetiba dia bersuara.

Ini kek abang ke bu.. takder pun Huruf H pun?...

Rupanya Secret Resepi yang tertulis kat kotak luar tu dia ingat nama dia.. Pastu bila dia cari huruf H takder..terus dia cakap itu bukan kek dia. Alahai anak.. tu la ibu suruh sangat Hafiy belajar membaca.. Inilah sebabnya.

Si ibu ni plak kesiankan anak... teruslah bagi cadangan kat si apaknya..

Takperla wak.. balik Kelantan ni kita singgahlah kedai kek kat mana mana...beli untuk dia sebijik..yang ada nama dia. 

Besoknya tu tengahari baru gerak balik Kelantan. Dalam kepala dah plan nak beli Cokelet Moist tu jer la.. Ermm dap dap..dap.... Moistnya cokelet dia. Dari Kl sampai la ke Kuala Lipis baru lah jumpa SR. Itupun baru jer bukan kat sana. customer ramai giler. Dan disebabkan customer yang ramai giler tu la berlakunya kejadian yang mengecewakan sekali lagi. Order cokelet moist.. tapi balik rumah tahu tak kek apa yang kitorang dapat.. Kek buah peach. Ntah kek saper la yang budak kedai tu bagi kat aku... Kalo kosong ok lagi... ni tak.siap tertulis nama anak cina mana ntah. Sabor jer la.


Yang kesiannya kat Hafiy la... H yang ada kat BIRTHDAY tu dia sangka nama dia...Nak hantar balik kami dah sampai rumah ... Gilo ko...jauh tu nak patah balik. Baik terus balik Kajang jer. Nak tak nak potong jerla. Hafiy makan pun 2-3 mulut jer.

Abang.. makan la kek bufday abang tu...
Tak nak lah... bukan kek abang.. kek orang cina..

kekeke.. kesian tu kesian jugak.. tapi gelak tetap gelak... Budak kedai tu la yang silap bagi. Aku pun satu hal jugak.. Lupa nak bukak kotak tu. Check balik betul tak kek kitorang. Tapi kan masa budak tu ambik dari petiais aku dah rasa sumting yang macam was was..Betul ke kek aku tu.. Tapi kerana meng"Ignore"kan kata hati itu.. inilah yang terjadi.

Ekceli budak kedai tu masukkan kek hafiy tu balik dalam freezer sebab nak menunggu lasagna yang big boss dalam keter tu order last minit. So ambik masak la sket kan....tu sebab budak tu masukkan dulu jer dalam petiais.. tak sangka plak cina sebelah tu pun menunggu sesuatu jugak.. aduyaiii.. kesal seribu kali kesal..

Apa nak buek. Benda dah jadi. Makan jerlah walopun tak sedap. Hafiy lagi best. Langsung tak jamah walaupun aku dah sapu nama budak cina tu. Tulis balik nama dia ngan spatula tu.. hampessss.. takder di heran..

kek org cina..taknak...

Ahad lepas pegilah balik cari kek sekali lagi untuk dia... nak celebrate kat skolah plak.. aduiii.. kek saja dah beratus anakku...


Dah beli kek beli plak jajan jajan sekali. Takkan kek semata kan?...alaaa..bukan makan banyak modal sangat pun.. gula gula sumi..itu jer pun....
dan macam biasalah....kata penutup dari boss..

ni lah padah tak dengar cakap laki...

geh..geh..geh.. biasala..ujung ujung aku jugak yang terkena...Terima jerla kekurangang diri sendiri..kekeke..lepas ni aku akan pastikan kesalahan sama takkan berulang...Janji bohhh....

Sekian Wassalam..


Friday, February 8, 2013

08022013 (Harijadi Hafiy)

Assalamualaikum...

Morning uolss...
Ekceli today adalah bfday anak jantan sulung saya yang ke5.. 5 tahun baru wey anak sulung saya... Siapa lagi kalo bukan Hafiy.. Tu la..sape suruh kawin lambat.. kekeke.

Hepy Bufday Hafiy..


Moga Hafiy jadi anak yang terbaik untuk ibu dan babah.
Anak yang dengar cakap orang tua, hormat orang tua..utamakan orang tua..
Anak yang soleh...rajin solat..rajin baca iqra..
Anak yang taat..ibu suruh baca buku BACA.Ibu suruh kemas mainan KEMAS, Ibu suruh baik baik sama adik IKUT..

5 tahun lepas..kat Hospital Kajang la Hafiy lahir. Hari Jumaat penghulu segala hari tepat pukul 7-30 pagi tak silap. masuk labor room seawal 12 tgh malam. Awal gila masuk. Maklumla pestime. Sakit sket pun dah rasa macam nak kluar kepala baby. Walhal baru contraction manja jer. Baru bagi hint. Sudahnya dari 12-30 tidor atas katil beranak tu la.. apa nama ntah?..sampai kul 7-30 baru Hafiy kluar jemgah dunia al fana ini. Alhamdulilllah..masuk ward..petang tu dah berak and kencing. Check Juandis takder... ekceli ada la sket..tapi tak bahaya.. So besoknya sabtu boleh kluar ward. Alhamdulillah..Pantang 1 hari kat Kajang besoknya berangkat terus balik Klantan. Mak aku pun ada sama ikut balik Kelantan skali. Hari ini genaplah dia 5 tahun. 


InsyaAllah.. Ibu akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak anak ibu.. sebabnya korang adalah harta yang paling berharga buat kami di dunia..dan diakhirat kelak hanya doa dari korang jer yang kami harapkan. Yang penting korang boleh baca yasin masa ibu takder..itu dah cukup..


Aku pasti dia tak tau pun hari ni hari jadi. Aku memang dah plan dari awal minggu hari tu nak beli kek bawak pergi sekolah. Bungkus jajan ,jelly,  gula gula untuk member dia.. sudahnya semua plan tak menjadi, babahnya bz 24/7..


Aku try goggle kek angry bird yang macam ni.. ingat nak tempah sebijik yang macam ni la.. Tau brapa.. rm130... Mak ai mahalnya. Dah la jauh nak ambik tu.. Cheras sana nun.. lom masuk transpot charge lagi tu. Tengokla dulu. Kalo si babahnya sanggup nak gi ambik aku order la kot. Kat area area kajang ni ada tak yang buat online bisness bufday kek burung marah 2D ni. Aku dah search tapi tak jumpa. Kelas buat kek jumpa la. Berlambak..

Tengokla.. minggu depan baru beli la kot. Nak jugak la bagi dia potong kek.. Bukan apa..sajer nak buat dia hepy hepy kan?.. Budak budak ni len macam sket. Wolopun kami anak beranak jer nyanyi tiup tiup tepuk tepuk kiss kiss ..huh..hug.. Aku takut dia soal aku plak kita nanti.. naper dia takder kek harijadi. Kawa kawan sumer ada kek..naper dia sorang takder.. mula la nak tacing tacing. Apa ko nak jawab. Ikut aku malas tau nak buat ni sumer... Apaknya lagi la.. Tapi untuk mu duhai anak.. ibu sanggup.

Sekian Wassalam..

Thursday, February 7, 2013

Diari Lama

Assalamualaikum..

Firstly nak sambung cerita asal anak sepupu aku tu yang kena penyakit PUV. Selasa hari tu masuk ward balik sebab wayar kencing dia tersumbat. Demam lagi.. Ermm kesianya.. Nak tunggu 1 April baru dia boleh masuk dewan bedah. Harap semuanya dipermudahkan.. Amin.

Semalam.. masa tgh mengemas kat kabinet document yang zaman zaman Jaapar tonggek dulu..aku terjumpa diari lama aku. Ada terselit situ skali.. Sempat baca diari zaman 2008 punya. Sudahnya gelak sendiri bila aku terjumpa ini..Ekceli masa ni aku tengah dalam pantang Hafiy masa ni  kat kampung. Ajeed plak 2 minggu sekali balik tengok kami anak branak. Almaklum la anak sulung kan. Lebihnya rindu kan anak.. ibunya ni balance balance jer dapat. Bila masuk anak ke-2, 2 bulan pantang tu 3 kali jer dia balik...kesiannnn...


Paham ko idok.. kalo tak paham aku salin balik..Paham jer la tulisan orang dalam pantang... (takder kaitan pun). dah memang sejak dari azali lagi tulisan aku ni buruk kekekeke....

5 March 2008 (Rabu) 27 Hari
  • Hafiy jaga malam tadi
  • Letih gila
  • Dia sakit sebab berak keras kot..(yang ni paling tak menahan)
  • Tak balas mesej Mimi ( tak pasal pasal nama kawan aku ada dalam diari 2008)
  • Ajeed tak call lagi hari ni.. ( giler ko hari hari dia nak call..banyak kerja lagi dia nak buat.. )
  • Hafiy tido atas buai.
  • End
Boring -boring baca diari lama ni best jugak yer.. tak sedar mulut tersengih macam kerang busuk.kekeke.. Yer la.. macam ntah apa apa jer. Apa yang terlintas kat kepala terus tulis.

Ekceli banyak lagi statement yang menggelikan hati aku jumpa dalam diari lama ni.. Yang aku published tu semua dah di tapis.. yang 18sx pun adoo... gilo kentang apo cikanie masa ni.


Last but not least..
lawa tak tudung ni?.. kalo korang nak tudung cantik camni (gerenti) tapi harganya separuh dari harga tudung terkenal tu please contact 0111-633 8543...Pre Order for raya ok.. awal giler promote. Yang aku pakai tu dah sold out.. tinggal lagi 3 pcs... So apa lagi...Grab now...Waccauuuuu.............

Sekian Wassalam..


Coret Moret.. Pasal Kek la...

Assalamualaikum....

Pagi pagi dah layan kepala yang tak betul.. kutuk diri sendiri.


Isnin lepas dapat mesej dari sorang pren.. dia post gambar red velvet dia... tapi dia bakar simple jer la. Lepas tu suka hati dia taruk buah kismis kat dalam tu.. Walopun rupanya agak menakutkan..tapi sedap gak.. sekali impas macam mata raksaksa dalam citer ultramen tiga...kahkahkah... Aku tau dia tak baca blog aku.. sebab tu kaw kaw aku bagi. Tapi sedap...siyes. Terima kasih yo..

Aku hari tu punyala semangat berkobar kobar..pepagi hari lagi ajak Ajeed pergi Yummy.. Nak beli tepung red valvet tu la. Sumer barang aku dah beli gula aising, Butter Philepedia ke namanya... Pasto aku tanya Mascarpone erkk...Mahal siot..250gram rm21 ++ gitu. Aku letak balik. Yer la pestime buat takyah la nak ikut skima ikut resepi sangat... kalo tak menjadi buat rugi jer. Buat jer yang basic dulu. Yg penting Cream Cheese tu mesti ada. Kalo tak tak menjadi la. Kebetulan hari tu ada promosi ..beli 2 paket tepung kek dapat hadiah percuma fruit filling tu.. Ntah aku nak buat apa pun ..No idea ... Sudahnya kepit sama 2 keping roti pastu telannn..Tak sedap..sebab tak cukup manis.


Pastu aku siap beli spatula la konon... konon nak dapatka shape yang terbaik lak konon kononya..waklu la.. loyang pun aku beli jugak kiut miut jer saiznya.. Pastu aku beli penyukat air tu skali. Sebelum ni korang tau aku guna kaedah camner.. sukat pakai botol susu anak. Ok wattt... Pastu kalo timbang aku call la kawan aku yang buat red valvet mata raksaksa tu tadi. Dia timbang la guna penimbang kat umah dia tu..Pastu aku ikut la arahan dia. Klesss khennn.. Ko ada buat kek cam aku.. takder kan?..Sudahnya balik rumah..baca arahan kat tepung tu...


Maknanya..tak boleh pakai blender.... Kena gak pakai mixer sebab dia bagi step berapa minit low berapa minit Medium, pastu tukar low balik. Ada tak sesaper yang baik hati nak kasi pinjam stand mixer kat aku. Kalo ada dialu alukan ok.. kekeke..

Ekceli aku tengah bersabar sekarang ni. Tengah tunggu duit jatuh dari langit ni.  Rupanya memang betul..duit besok bakal jatuh dari langit..datang jer kat Skolah Jalan Bukit Kajang sana..kekeke..itu namanya rejeki dari tuhan yang Maha mendengar rintihan hati hambanya ini...:)

Sekian
Wassalam..


Wednesday, February 6, 2013

Posterior Uretra Valves (PUV)

Assalamualaikum...

Dah lama aku goggle info pasal penyakit Posterior Uretra Valves (PUV) ni.. baru hari ini berkesempatan mengolah balik info berkaitan dengan penyakit ni.


Ekceli 2 or 3 minggu sudah aku ke rumah my kazen kat Bukit Serdang. Tujuan utamanya nak melawat anak lelaki dia ni. Anak dia ni di sahkan ada masalah yang melibatkan uretra, di mana salur untuk keluarkan air kencig  ini terkeluar daripada pundi kencing. Bayangkan ... dari baby lagi dia terpaksa ulang alik ke hospital buat checkup.. tukar wayar sebab dia tak boleh kencing secara normal..kena kencing pakai wayar.... kalo jadi kat kita camner...ermm.. seriously aku dapat rasakan kesakitan yang Danial rasa setiap kali tukar wayar baru...Bertabahlah duhai ibu..

Posterior uretra valves (PUV) hanya didapati di kalangan kanak-kanak lelaki sahaja berlaku dengan kadar 1:8000 iaitu setiap 8000 kelahiran kanak-kanak lelaki 1 orang akan dikesan. Semasa otot pundi kencing bekerja keras untuk mengeluarkan air kencing tekanan terjadi dan mengakibatkan air kencing patah balik dari pundi kencing ke salur ureter dan buah pinggang. Keadaan ini akan mengakibatkan buah pinggang dan pundi kencing menjadi bengkak dan boleh akibat kerosakan.

Tanda & gejala :

Dengan ultrasound, penyakit ini boleh dikesan semasa waktu kehamilan dan siasatan boleh dibuat selepas kelahiran untuk pengesahan PUV. Sebahagian kanak-kanak lelaki dikesan mengidap posterior urethral valve sebelum berumur 14 hari,dan untuk yang lambat dikesan, dalam umur enam bulan pertama hidup.
  • Sakit dan susah semasa membuang air kencing
  • Pengeluaran air kencing perlahan/lemah dan menitis
  • Lambat membuang air kencing selepas bayi lahir, selepas 48 jam
  • Kerap membuang air kencing
  • Kencing malam dan seluar didapati basah selepas setiap kali membuang air kencing walaupun telah diajar cara ke tandas.
  • Kenaikan berat badan tidak memuaskan dengan umur kanak-kanak
  • Jangkitan di salur kencing (melibatkan semua peringkat umur)
  • Pembengkakan yang berlaku disebabkan oleh pembesaran pundi kencing.
Walaubagaimanapun pengesanan awal boleh dilakukan semasa mengandung lagi melalui 4 cara :
  • Ultrasound scan untuk salur urinary Micturating Cystourethrogram (ini adalah satu x-ray yang khusus untuk pemeriksaan salur kencing. Satu salur getah dimasukkan ke dalam urethra dan pundi kencing dipenuhi dengan cecair pewarna- gambar x-ray akan diambil semasa pundi kencing dipenuhi dan semasa kosong) ianya akan menunjukkan keadaan posterior urethral valves sama ada pengaliran air kencing akan masuk semula ke dalam salur ureter dan buah pinggang.
  • Cystoscopy- ini adalah satu tatacara yang menggunakan tiub kecil dan boleh di lentur dengan lensa kamera berada di hujung salur untuk pemeriksaan di dalam pundi kencing
  • Ujian darah- untuk mengetahui perkembangan fungsi buah pinggang
  • Ujian kencing untuk mengesan jangkitan kuman
Tapi setiap penyakit tu kan ada ubatnya... kita sebagai ibubapa mesti sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan rawaran yang terbaik untuk anak anak kita. Terdapat 3 jenis rawatan yang mungkin boleh membantu untuk meringankan sikit kesakitan pesakit ini.
  • Rawatan sokongan - untuk mengurangkan gejala kepada kanak-kanak. Jika sekiranya kanak-kanak mengalami jangkitan salur kencing dan kandungan garam tidak seimbang, keadaan ini mesti dirawat dahulu. Kerana ianya memerlukan tiub getah yang dimasukkan ke dalam penis/zakar, melalui salur urethra ke pundi kencing sehinggalah air kencing boleh dikeluarkan
  • Cystoscopic ablation - Pakar urologi ( Pakar pembedahan yang khusus dalam merawat gangguan jangkitan salur kencing) akan merawat kanak-kanak dan menjalankan prosedur endoskopi ablation. Semasa prosedur ini dijalankan alat endoskopi akan dimasukkan melalui injap yang di turis dahulu
  • Vesicostomy - jika sekiranya kanak-kanak itu didapati mempunyai salur urethra yang sempit, pembukaan di pundi kencing perlu dilakukan melalui abdomen(?perut?). Pembukaan ini adalah sementara sahaja untuk memudahkan pengeluaran air kencing sementara menunggu kanak-kanak membesar supaya pembuangan injap urethra boleh dilakukan
Kesan daripada penyakit ini terpulang kepada banyak mana kerosakan yang terjadi kepada buah pinggang. Kanak-kanak lelaki memerlukan jangka masa yang panjang untuk rawatan susulan di hospital kanak-kanak yang ada kepakaran nefrologi ( doktor kanak-kanak yang pakar merawat penyakit salur kencing yang bermasalah) ataupun pakar kanak-kanak dan urologist.

Kadangkala walaupun selepas rawatan kanak-kanak tersebut masih memerlukan pemeriksaan ultrasound scan yang berkala untuk salur air kencing, pemeriksaan tumbesaran, pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah untuk fungsi buah pinggang. Penilaian untuk tekanan pundi kencing dan fungsi (urodynamics)) akan juga dilakukan dari masa ke semasa. Kekurangan kawalan kencing mungkin satu masalah jangka masa panjang walaupun selepas dirawat.

Hampir 30% kanak-kanak lelaki mempunyai penyakit kegagalan buah pinggang, di mana ianya memerlukan pengawasan dan rawatan susulan yang berlanjutan.

Harap mama dan abah Danial bersabar dengan ujian ini. 

Sumber dari sini

Sekian
Wassalam


Monday, February 4, 2013

Makan Makan Di Kala Cuti

Assalamualaikum...

Huhuhu.. tak menjadi kek aku semalam.. kena sabar menunggu kedatangan mixer stand jatuh dari langit dulu.

Semalam pepagi lagi bangun bersilat kat dapur. Dah janji ngan sepupu aku dia nak datang rumah ambik Losyen kurus Fellina tu. Saper nak try pakai Fellina boleh contact saya..cecece.. ekceli aku tak niaga pun..cuma kebetulan aku nak ambik barang aku...so ambik yang dia sekali..

Tunggu punya tunggu ingat sampai sebelum zohor..sudahnya lepas zohor gak makan tengahari semalam. Menu semalam sedappppp......


Sambal Tempoyak Pucuk Ubi Kayu Bersama Udang. Pucuk ubi biasalah..fresh dari ladang. Pak mertua aku supplier tetap untuk pucuk ubi...kacang botol...pisang buat cekodok yang kecik kecik tu.. apa namanya...


Sambal Ayam. Very the masin.... Tapi kalo makan ngan nasi boleh terima lagi la..kekekeke..


Kurma Telor..Ni sebenarnya menu recycle. Malam tu aku masak kurma ayam.. tinggal kuah balance sket tu aku rebus telor then campak masuk dalam kuah.. Ok wat..


Ikan kembung Halus Goreng bodoooo. Ekceli menu ni aku makan rumah dia hari tu. Ajeed plak teringin nak makan lagi. Pesan suh aku beli kat kedai..nanti goreng taruk cili kering... ikut jerla kehendak Maharaja. Kan kena tulah.. Takut wey..


Ulaman Awet Muda (konon). Selom tu beli kedai runcit jo. Kalo kat kampung takder ku pandang pucuk selom ni... Jadi penghias kat air bertakung jer la. Tapi kat sini sumer nakkkk jer. kacang botol tadi dari Umah PIL aku tu la.


Semestinya Budu.. Takder ni tak lengkap la ulaman tadi.


Ada yang meleleh air liur tak tengok sambal tempoyak pucuk ubi kayu tu... sedapp weyyy. Aku siap tapaukan untuk sepupu aku tu bawak balik lagi. Sebab aku tak mampu nak habiskan..kan ada udang tu.. aku ni kan puteri resakdung.. so makan udang lebih sket  pun meleleh air hidung.

Alhamdulillah.. Kenyang... Tetamu balik sambung tido...zzzzzzzzzzzzzzz
Sekian Wasalam..

Friday, February 1, 2013

Hepy Weekend

Assalamualaikum..

Bestnya besok cuti. Ermmm dalam kepala hotak takder lain.. Terkenang si baldu merah jerla.

 imej digoogle

Tapi bahan bahannya lom ada lagi ni. Pegi Yummy kena bawak resepi skali. Sebab aku ni buta buat kek. Serba serbi takder kat umah. Ada hati nak bervelvet velvet. Penyapu krim tu baru semalam aku tahu namanya spatula. Yang tube utk picit aising tu apa nama..... ermm lupa la.. Tu pun kena beli sebab aku nak letak munga munga kat kek baldu merah aku tuh.


Yang penting nak beli pemutar helikopter tu jer la dulu. Nak beli stand mixer yang stainless steel macam pic kat atas tu gerenti mahal..yer dop? Kalo nak pukul crean cheese pakai pemukul telur tu gerenti bengkak lengan aku nih. Sebelum ni aku bedal pakai blender jer tapi kalo guna blender kali nih mau keluar asap kot. kekeke..

Warna tak nak kalah... nak jugak sama ngan red velvet...pui...Tapi kalo brand macam kat atas tu cecah ribu riban ke...?

Takper takper..Nanti la kalo jadi red valvet aku tu aku nak show off kat sini..kekeke.. kalo tak jadi pun aku tetap nak show off.. Bangga wey...Ingat senang ker nak memerah keringat, goggle resepi , pegi kedai kek cari bahan bahan ... Buat muka tebal jer tanya orang kedai kek tu...yang ni utk topping erk?.. erkk yang ni kena bancuh dengan ni yer... yang ni loyang utk 1/2 kilo tepung erkk... Kadang kadang soalan aku ni macam tak masuk akal pun ada. Tapi tak per..kalo ni aku dah print siap2 resepi dia.. cuma nak beli nanti bawak kuar kertas resepi mintak dia tolong tunjukkan.. Agak agak dapat tak sedas...

Ok la... dah habis membebel ni. Tunggu masa nak balik jer ni..
Sekian Wassalam..