Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, February 4, 2013

Makan Makan Di Kala Cuti

Assalamualaikum...

Huhuhu.. tak menjadi kek aku semalam.. kena sabar menunggu kedatangan mixer stand jatuh dari langit dulu.

Semalam pepagi lagi bangun bersilat kat dapur. Dah janji ngan sepupu aku dia nak datang rumah ambik Losyen kurus Fellina tu. Saper nak try pakai Fellina boleh contact saya..cecece.. ekceli aku tak niaga pun..cuma kebetulan aku nak ambik barang aku...so ambik yang dia sekali..

Tunggu punya tunggu ingat sampai sebelum zohor..sudahnya lepas zohor gak makan tengahari semalam. Menu semalam sedappppp......


Sambal Tempoyak Pucuk Ubi Kayu Bersama Udang. Pucuk ubi biasalah..fresh dari ladang. Pak mertua aku supplier tetap untuk pucuk ubi...kacang botol...pisang buat cekodok yang kecik kecik tu.. apa namanya...


Sambal Ayam. Very the masin.... Tapi kalo makan ngan nasi boleh terima lagi la..kekekeke..


Kurma Telor..Ni sebenarnya menu recycle. Malam tu aku masak kurma ayam.. tinggal kuah balance sket tu aku rebus telor then campak masuk dalam kuah.. Ok wat..


Ikan kembung Halus Goreng bodoooo. Ekceli menu ni aku makan rumah dia hari tu. Ajeed plak teringin nak makan lagi. Pesan suh aku beli kat kedai..nanti goreng taruk cili kering... ikut jerla kehendak Maharaja. Kan kena tulah.. Takut wey..


Ulaman Awet Muda (konon). Selom tu beli kedai runcit jo. Kalo kat kampung takder ku pandang pucuk selom ni... Jadi penghias kat air bertakung jer la. Tapi kat sini sumer nakkkk jer. kacang botol tadi dari Umah PIL aku tu la.


Semestinya Budu.. Takder ni tak lengkap la ulaman tadi.


Ada yang meleleh air liur tak tengok sambal tempoyak pucuk ubi kayu tu... sedapp weyyy. Aku siap tapaukan untuk sepupu aku tu bawak balik lagi. Sebab aku tak mampu nak habiskan..kan ada udang tu.. aku ni kan puteri resakdung.. so makan udang lebih sket  pun meleleh air hidung.

Alhamdulillah.. Kenyang... Tetamu balik sambung tido...zzzzzzzzzzzzzzz
Sekian Wasalam..

3 comments:

pink.plate.liyana said...

meleleh air liur tengok lauk2 iteww..mau 3 pinggan kalau ngadap lauk cenggini..muehehe

Ietams said...

sedapnya cik ani!
terliur tengok

aCik Anie said...

lyana.. skali skala makan 3 pinggan apa salahnya...kekeke.

ieta... sedap yer.. meh datang kajang..kita repeat balik masak lauk tadi