Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, February 28, 2013

Kenapa Red Wok?

Assalamualaikum..

Kalo dah start menulis ok la.. ada jer ideanya..masalahnya nak start tu yang malas kekeke..
Pagi semalam dengar berita kat Sinar FM Kelantan banjir lagi.. Kesian mak aku...teringat kat dia. Camner dia nak selamatkan binatang binatang kesayangan dia tu. Kalo ikut pengalaman yang dulu dulu..sekor sekor kambing biri tu dia heret, dukung harung sungai. Sebab dusun mak aku ni macam pulau kecik tau... nak ke sana kena harung sungai tu dulu. Air kecik ok la... Kalo banjir naikla paras pinggang air kat situ. Masa 2 thn lepas dia jadi "JPA". Bukan selamat orang..tapi selamat kambing biri biri dari kelemasan akibat banjir Gelombang ke2 yang melanda Kelantan. Hehehe..

Mukadimmah panjang lebar pasal banjir. Padahal nak citer pasal makan makan kat Red Wok..hehe.. Minggu lepas ke sana. Kenapa aku suka makan sana?


Firstnya sebab Makanan dia la.. Of coz la sedap.. kalo tak sedap aku takkan ulang sampai berkali kali. Hari tu aku ambik Crispy Butter Prawn, Tapi satu jer kat sini. Masa ko order tu pastikan korang mintak semua yang saiz kecik punya. Kalo tak cakap semua dia bawak saiz M. Banyakla wey... kalo makan kami berempat memang padat giler perut ni. Pastu hujung hujung purak purak terkejut tengok bil...walhal makan sampai nak muntah.. clear sumer pinggan baru nak cakap mahal. Hampagasss.


Telur Dadar...ini menu biasa..peberet anak anak jer la. Ana aku ni dia tak reti nak makan seafood meefood ni.. telor jerla manjang. Tapi ok la..telur dia kemain besar pastu siap taruk udang kecik tu lagi.. Ayam pun anak aku ok jer..janji jgn udang, ketam....

Pastu kami order Siakap Oyster Sos tu, yang ni aku tak berapa nak berkenan. Ajeed punya permintaan la ni. Cubit gak la sket buat buat rasa kot kempunan nanti kang. Gambar pun tak sempat nak ambik sebab menu ni sampai lassstttttttt skali. Nasi separuh dah bedal. Takkan nak letak sudu seluk ambik kamera dalam beg. Mengaum bapak singa kat depan aku tu. Masa ambik gambar udang tu pun dah mula tunjukkan body language dia kat aku. Paham la gue..Pic sumer ni pun snap pakai nokia buruk aku jeww.. nak mintak pinjam tab dia takuttttt....


Kailan Ikan Masin dia punyalah banyak.. saiz medium kan.. jenuh gak nak perabig. Ekceli Ajeed ni tak makan sayur sayur gini. Dia kenal kangkung jer. Hari tu la pestime dia cuba.

" eh..takder la pahit"
"Bila masa kailan pahit..sawi jer pahit.."

Diam jer dia..sambil terus makan kailan tadi... Dia ni pesen  tak nak cuba langsung. Kalo dia kata tak makan sampai sudah takkan makan. Janganla ko paksa dia makan. Kalo di paksa makanya ko cari nahasla... Macam hari tu aku paksa dia makan tempoyak...Perang Salsabila kejappp...


Air buah pun sama.. sedappp... epal asam boi kegemaran saya kat sini... uiiiii...sedapppp... bila dapat makan lagi ni...lapar tetiba la plak.


Selain menunya... kat sini ada surau yang sangat sangat selesa.. ada ekon lagi.. Kain telekong pun takder yang masam rebam. Takder bintik bintik hitam tu.. bersihla. memang selesa kalo nak makan makan sambil lepas lepak sampai tengah malam kat sini. Paling penting lokasi nya la.. Belakang rumah aku jer. kekeke.


Toilet dia pun bersih. Pun ada ekon. Mula mula kat sini si Hafiy nak terkucil. Pesen aku malas nak bawak dia ke toilet. Korang paham la kalo toilet kat luar ni jarang ada yang berkenan di mata. eeeeeeeee.....tak suka kalo kena toilet yang hancing...melepas pun tak di pam.. air kecik sangat sampai tak lepas. Tapi kat sini tidak sama sekali.. Rasa masam nak kunyah bijik matahari jer kat dalam toilet Red Wok ni.

Soooo..pada korang yang nak merasa hidangan masakan cina n ala ala thai sket...di sini tempat yang paling sesuai sekitar Bangi and Kajang.. Steamboat pun sodap kat sini. Tapi aku lom pernah nak try lagi. Almaklum la.. Puteri Resakdung.. mana leh makan seafood banyak banyakk.. Rompong hidung gue. Kekeke..

Sekian Wassalam.

No comments: