Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, February 26, 2013

Cerita Pasal My Bonda

Assalamualaikum..

Ya Allah.. Naper la malas betul nak hapdate blog. Untuk rekod..cehhh... Ini kali ke 5 aku tukar tajuk post ni. Nak cerita pasal balik kampung hari tu jer pun ... taip 10 perenggan ko..delete... taip balik...harap harap boleh publish la. Harap..harap..

Ekceli aku pesen camni tau... kalo lepas balik kampung, ada masalah sket ataupun kena marah ngan Ajeed mesti aku malas..semua malas.. mandi malas , semayang malas, masak malas, kemas umah malas, hapdate blog malas, makan jer rajin. bunyi macam zalim jer Ajeed dalam citer aku ni kan..Akceli tak.. dia adalah segalanya buat aku. Dia macam lilin.. sanggup bersusah payah...kerja teruk demi kami..untuk memberi cahaya ..kesenangan...ouhhh tacing.. Sebab tu la... sampai legam legam kulit muka dia tau..*ceh alasan....


Balik kampung hari tu sempat lagi ikut mak aku masuk "ofis"... Akceli aku kagum sangat dengan dia walopun dah dapat tittle warga emas tapi semangat nak kerja tu masih kuat. Dalam masa yang sama kesian, sedih.. semua ada la. Kami bukan asal dari golongan yang senang. kerja separuh mati baru dapat nikmati hasil macam sekarang. Tapi aku yakin..dia tak reti nak duduk diam kat umah ujung bulan terima hasil.. Bukan pesen dia.


Dari muda sampai la ke tua dia memang keja tak henti henti. Masa kami adik bradik masih kecik buat kuih letk kedai. Dulu punya kuih ya ampun.. untung sket..sebab kuih murah ..bukan macam sekarang, silap kuih kecik sket terus kena band tak nak beli. Kalo dulu..karipap tu besar penumbuk baru 20sen.. So nak tak nak musim boleh menoreh..dia menoreh.. musim daun getah meluruh buat kuih. Dalam masa yang sama jaga anak orang jugak. Hasil tu semualah yang berjaya membesarkan kami.

Itu sebab lah kalo ada anak anak sekarang yang tak reti nak mengenang jasa mak bapak dia aku benci.. tak suka..protes habis habis dengan anak anak yang suka melawan kata orang tua. Ada lagi ker anak yang nak jadi Si Tanggang Moden zaman sekarang ni. Naper orang macam ni tak boleh layan mak dia sebaik mungkin. Kalo dengan kawan kawan dia..ya ampun..terkekek..kekeh lagi..gelak sakan.. Nak layan mak ayah... macam haremmm... muka depan mak macam..#@#$$%%%^. Apa salahnya bermuka manis sket dengan orang tua kan. Sekali ko buat mak ko menangis...otomatik ko di cop anak derhaka... tak takut ke weyyyy.

Ok la.. malas nak citer pasal anak derhaka ni.. Kan ada yang sentap plak.


Masa ikut mak aku pegi kebun hari tu sempat lagi Ajeed cari kayu kayan untuk next projek dia. Ada jer projek laki aku ni. Tak reti nak duduk diam. Dia reti duk diam time tido jer. Part tido ni ko jangan riso la.. kalo time cuti..12 jam tido tu perkara biasa. Aku plak yang naik risau... ada napas lagi ker idop mamat ni..


Masa nak punggah getah naik atas ni lah part yang paling mencabar. Korang agaklah kederat mak aku nak tolak pakai keter tolak naik bukit dengan getah 50kilo ni macam mana yer?... peluh jantan betina semua kluar. Aku tengok Ajeed yang gagah perkasa di mata aii ni pun berkerut dahi nak menolak getah ni naik bukit. Ingat kalo ada masa nak pakai tali jer. Ikat dari batang ke batang pokok. Pastu kalo time nak jual getah isi dalam guni pastu ikat kat tali then tarik jerla tali tu dari atas kan?. Tapi tu la.. bila masa la nak buat semua tu.. Sekali skala dapat balik bukan boleh lama. Projek buat tangga hari tu dah terbengkalai..ingat nak upah orang jer siap semua tu.


Ekceli dalam dusun mak aku ni ada 3 fungsi tau...musim buah kan kutip buah.. musim getah mahal kan mak aku menoreh..pastu kalo bukan musim apa apa.. dia bela kambing biri plak. Itu Mak aku.. Superduper Women..  Tengok bangsal biri biri kat atas tu.. Hasil kerja tukang dari tangan dia gak. Tak tahan wey.. 2-3 ekor dah biri biri kena baham ngan babi hutan. Rugi.. Kalo sembelih buat macam kambing golek lagi untung. So nak tak nak kenaa buat bangsal jugak. walopun tak sempurna sangat... cukuplah ..asal dapat berlindung sudah. Nasib baik adik aku ada kat kampung.. Boleh gak dia tolong apa yang patut.. Ayah dah uzur..apa boleh buat.. tinggalah wanita tulang besi urat dawai ni jer lah.

Sebab tu aku sangat sayang,,sayang sayanggggg sangat dengan mak aku ni. Takder siapa yang boleh jadi galang gantinya.. Dialah tulang belakang kami adik beradik dari dulu ..kini ..dan selamanya.Masa aku susah dia sentiasa ada kat blakang.. Masa aku bermasalah dia jugaklah yang turut susah... kalo boleh tak nak susahkan dia lagi... :(.. Tacing..

Sekian wassalam...

No comments: