Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, January 10, 2013

Tempat Menarik Di Melaka | Zoo Melaka

Assalamualaikum..

Ni kira entry penutup episod jalan jalan ke Melaka. Alhamdulillah....Siap jugak cerita hamba.

Anak anak aku ni dari hari pertama lagi sibuk nak ke zoo..aku dah berpuluh kali cakap..balik nanti sekali jalan jer...tak paham paham..nama lagi budak kan?. So hari ke-3 kami kat Melaka.. bangun pagi dengan penuh semangat.. sekali kejut jer..

Bangunnnnn...nak ke Zooooo...

Zasss..sepantas kilat bangun.. kekeke.. Gitulah ibaratnya. Aku plak bangun pagi penuh semangat sebab nak melahap kat bawah lobi sana nun..hehehhehe..mee supp..mee supp..puding roti..sedappp..

Lepas siap siap kami anak branak apalagi..terkocoh kocoh kami anak beranak menuju ke lobi... berbondong bondong beg kami...beranak pinak.. Marah plak  Si Ajeed sebab sumer dia nak kena bawak masuk keter. Aku?..tunggu lobi sambil jeling jeling ker arah Kafe Hotel..hehehe..dasarrrrr.... Takder la..aku jaga anak anak kat lobi la. Takkan nak pegi simpan beg pun nak kena angkut semua rakyat.. cehhh cover.

Ingat nak jalan jalan seround dua lagi kat Bandar Hilir.. Kena sedassss ngan Ajeed... terussssssss

ermm...ok..okkk..jom gerak pegi Zoo anak anakkk....

Ekceli dia malas nak ngadap jem lettewwww... Takper..im ok jeww.... walhal dalam hati berkobar kobar nak masuk bandar lagi sekali..konon nak repeat balik moment yang telah di delete oleh Hafiy..eeee geram tau..kekeke.


So... dalam pukul 12-30 gitu lebih kurang la.. baru kitorang sampai Zoo.. Mengamukkkkk.... bebudak ni bukan boleh jangka.. bila masa dia nak ok bila masa dia nak mengamuk.. Lotihh acik nak melayan.


Mula mula masuk jer terus kena kejar ngan "burung warna biru". Apa lagi..terkejut beruk la si Hafiy n Hadif.. Mati mati tak nak bergambar dengan burung biru tu.. Tapi last last pasrah sebab burung tu kejar dia.. Dia pun elok jer hulur tangan nak salam ngan burung tu.. Walhal burung tak nak tarik tangan dia. Klakar plak...Bergambar pun dalam keadaan tak redho. Nak nangis malu...Mak apaknya plak terkekeh kekeh ketawa. Si Hadif pun sama..Redha jer kena paksa bergambar.


Aku rasa tak banyak sangat la binatang kat Zoo Melaka ni. Banyak lagi binatang kat Zoo Angara.. Bak kata Hafiy. Zoo Negara la tu. Tapi yang best kat sini tak banyak sangat lencongan sebab tak besar sangat. So tahap kepenatan tu kurang sket dari Zoo Negara. Tapi sebab nak memenuhi permintaan si anak bujang..jalan jugaklah satu pusingan buat syarat. Kang ngamuk lagi kan...Mintak dukung lagi..stress si ayah. Si Hadif la.. suruh jalan sendiri macam macam alasan penat.. jalanjalan jumpa taman permainan kanak kanak...jam tu jugak hilang penat.. panas pun hilang.. auta betul.


Baru ku tahu.. assembly point ketika berlaku kecemasan kat Zoo ni cenggini rupanya. Aku igt sama la kat mana mana..kena berkumpul kat luar bangunan atau luar kawasan tempat kecemasan. Betul jugakla..kalo di fikir secara rasional sebab jenis kecemasan mungkin berbeza beza. Macam kat Zoo ni kecemasannya mungkin Pak Belang terlepas ker.. Ular terlepas ker... Lembu seladang mengamuk ker.. so tempat berkumpul kat Zoo sini adalah dalam kandang kancil, kandang burung gitu.. ermm paham..paham
 

Jumpa ngan kuda..naik kuda la plak. Mulanya dia tak nak naik.. lepas di asak beberapa kali... baru dia nak.. ekceli aku yang bersungguh suruh diorang naik. Sebab nak ambik video..nanti baru ada kenangan muka orang kena paksa naik kuda..kekeke.


AJumpa ngan rimau... tapi sebab rimau jauh sangat dalam kurungan aku tak letak la pic kat sini. Aku nak letak gambar bapak rimau ngan anak rimau. Yang aku peliknya..Bapak rimau kumbang..anak rimau belang. Camner tu erk?...


Jalan jalan lagi jumpa plak ngan anak rimau yang tersangat la jinak..kiut jer kalo korang tengok.. Aku tengok pun geram nak cubit cubit pipi anak rimau ni.Jangan risau...anak rimau ni confirm jinak..tapi pemalu sket la. Bolehla buat stok geli geli kat rumah.


Penat la wey berjalan jalan ni.. Kaki aku sakit gila..melecet lecet..tapi paksa jugak..nak naik bas kan dah separuh jalan dah jalan kaki..alang alang habis jugk satu pusingan. ... kebanyakkan pic semua dalam keadaan tak ready...plus tak redha.. Jumpa ngan kura kura batu pun tak cembeng. Ntah apa apa la anak anak aku ni.


Satu satunya Pic yang di redhai adalah kat bawah ni. Sebab dah tak dapat naik bas kan..so jumpa bas kat dalam semak meronta ronta la anak rimau yang kecik tadi tu nak naik bas. Dia jer pun yang redha.. 2 org lagi tu terpaksa redha sebab kena paksa nak mak rimau nih. Layankan jugakla.. naik je la jugak bas rosak ni pun.. siap jadi dreber lagi anak rimau kecik tadi. Aku gerun sket anak rimau kecik ni mengamuk... susah wey ...sebab kalo dia mengamuk mesti datang dalam satu pakej penuh..gigit dan cakar. Aduiii..bisa.


Ibu dah penat la anak anak oiii... mohla kita rehat dulu... udah udahla menelek binatang ni... Kalo menelek makanan ok la jugak. Sebelum kita kluar dari Zoo Melaka ni tolong la kanda..ambikla gambar dinda yang tak berapa nak cung ni..


Ikhlas ke dop ni.. Tak berapa nak betul jer angle dia nih...
oh abeeeeee...

Sekian
Wassalam

No comments: