Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, January 8, 2013

Tempat Menarik Di Melaka | Muzium Melaka

Assalamualaikum...

Ermmmm... tak tahu nak tulis mukadimmah macam mana..sebab bersusun dah entry kat schedule tuh..kekeke...

Ekceli mood nak bercerita masih ada. Soooooo pulun la. Nanti dah takder idea freeze lagi la blog aku. Ok sambung balik cerita jalan jalan ke Melaka. Hari pertama berakhir kat kedai beli barangan cenderahati tu kan?.. tapi aku banyak beli makanan. Ada la untuk anak buah kengkawan adik adik sket. Kenangan yang tak seberapa tu harap diorang suka.

OK.. masuk day 2 kami di Melaka.Hari Isnin  Aku seawal pagi lagi dah bangun. Intai ikut tingkap tengok keter banyak ke idak. Lepas subuh memang dah standby mandi kemain lagi pakai baju lawa lawa..kekeke. Maklum lah..semangat nak merendak meronta meronta. Yang jadi masalahnya anak anak. Kemain liat nak bangun sorang sorang. Sakit tekak menjerit suruh bangun. Kalah Ibu Tarzan.  Ok aku pahammm.....letihhhh.ya amat. Kesian jugak nak kejut awal awal. Tapi paksa jugaklah..kan sia sia jer bayar hotel mahal mahal. Pastu nak masuk town lagi satu hal..berchenta nak mengadap jem. Pastu dah Lari dari tujuan asal plak.Datang jauh jauh nak bergumbira, tapi sidahnya stressss memanjang.. Paham ke idok..


Settle budak budak..bapak budak plak.. Ni satu hal.. liat jugak.. Sudahnya pukul 9.30 baru turun lobi untuk breakfast. Sebelum turun mari sini anak anak ambik gambar dulu.

Tak sabar sabar nak mengisi perut. Lapar wey. Nasib baik menunya kena dengan tekak aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiii..........makan tak tenang Hafiy Hadif tak reti duduk setempat. Malu mak apak dia tau. Budak jakun mana la terkinja kinja kat lobi hotel. Mak bapak nak makan pun tak tenang. Stress kuasa 2. Tapi apa aku kisah. Makan tetap makan.

Tempat pertama yang kitorang tuju pagi tu adalah Muzium Negeri Melaka.. Ekceli ada banyak sangat muzium kat sini. Dah namanya tempat bersejarah. Ofcoz la muzium pun banyak la kan. Apa la mung cikanie.....Sebelum memulakan pengembaraan wajib ambik gambar dulu kat kepala lori Bomba Majlis Pembandaran Melaka. Tahun berapa ntah..


Nasib baik aku ambik cuti hari tu Isnin tu Kalo tak confirmed kerat jari bandar Melaka jam. Hari tu jem gak tapi boleh tahan lagi la. So kebanyakkan warga Melaka kerja la Isnin tu. Selamat...dapat merendak dengan tenang. Aku pun konfius muzium mana satu aku masuk sebab banyak sangat muzium kat sana. Yang aku ingat Galeri Cheng Ho tu jer. Tiket untuk masuk untuk ke 6 6 muzium adalah 5 henggit jer sorang. Budak free. Tapi penat wey... nak nak Ajeed suka study satu persatu tentang sejarah yang ada di situ..stress kuasa 3.

Sedikit Info pasal Galeri Cheng Ho



Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada tahun 1371 di Hodai, sebuah kampong di daerah Bao San di Yunan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau serta kejayaan menjalinkan hubungan diplomatik serta perdagangan diantara kerajaan China dengan negara-negara Asia dan Afrika. Koleksi bahan pameran terdiri daripada porselin, replica kapal, koleksi buku dan artikel-artikel berkaitan tokoh pelayar agung tersebut.

Kat galeri ini aku tak masuk pun. Cuma nampak la patung Cheng Ho tengah pegang Pedang...Hafiy tanya.

"Ibu..naper patung tu pegang pedang?"

Sorry..ibu takder mood nak pikir jawapan sebenanrnya... Tapi demi menjaga hatinya..kan ngamuk kan...nak dukung kan...baik aku fikir jawapan. Betul tak betul dia bukan tau pun kan?

"Sebab dia Laksamana.."

Boleh terima tak korang jawapan aku nih...hehehhe

Laksamana tu apa bu...
Alaaaa..mcm askar.....

ok la kan... janji ada gak jawapan..


Pastu aku masuk muzium apa ntah... yang ada menerangkan pasal era pemerintahan dari zaman 1511 lagi. Sepanjang dalam muzium Hafiy tak banyak bercakap sangat. Aku syak la dia takut kot ngan patung patung kat dalam tu. Sebab tu kurang terkinja kinja sangat. So senang la kerja aku. hehehhehe...


Ibu..naper patung tu asyik tengok abang yer..
tu sebab abang tak boleh lari sana sini...

Kerja aku men"psiko"kan budak ni jer la. Sebab cara ni jer yang boleh menyelamatkan keadaan. Kalo tak lotih aku.


Terjumpa plak gambar/ replika pasal salasilah pembukaan Negeri Melaka.. Seingat aku la yang Parameswara jumpa ngan pelanduk ke kancil putih. Masa tu dia berteduh bawah pokok Melaka kan?.. ntah yer ntah tidak.. aku main hantam jer. Harap diampun yer. Maklum la dah lama tinggal zaman sekolah..Oldscoll la kata khennn...

Ok kita jalan lagi...jalan lagi..dan lagi....walopun penat giler...oooo ini pic masa mula mula masuk kitorang jumpa... Tungang terbalik aku susun gambar.. Ekceli hamba dah taip tau tak... tapi taktersave.....sungguh menykitkan hati. So kali kedua mengarang dah jadi tak betul..tunggang terbalik.

Kalo ditengok hasil kerja orang dahulu kala ni agak mengkagumkan jugak la. Bayangkan sistem peparitan dahulu kala pun diorang masih simpan untuk tatapan sekarang. Tak expect la orang orang dulu boleh terpikir nak buat benda sebaik ini. Tapi tak dapat dibayangkan kalo Melaka sekarang ni masih menggunakan cara peparitan dan saliran yang lama. Gerenti...4-5 kali banjir kilat dalam setahun. hehehe.


Ekceli banyak sangat muzium yang terdapat kat Melaka ni..Aku pun tak berapa nak ambik port dengan nama muzium kat sini sebab banyak sangat. Cuma yang aku ingatnya aku jumpa ayah Dira.. alaa retis yang suka bergaduh tu. hehehhe.. Rupanya sebelum Ali Rustam tu ayah dia yer yang jadi Ketua Menteri Melaka. Ada pernah dengar la tapi tak kenal mana satu orangnya. Dapat tengok melalui lukisan pun ok la.

Sedikit Info pasal Muzium Pemerintahan Demokrasi

Bangunan Dewan Undangan Negeri Melaka telah disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Gabenor Tuan Yang Terutama Tun Abdul Malek Yusof pada Ogos 1961. Kini fungsinya telah bertukar kepada sebah muzium yang mempamerkan sejarah pemerintahan di Malaysia termasuk amalan demokrasi.


Sepanjang berada dalam muzium ni aku adalah sangat stres.. sebab apa tau?.. sebab Ajeed akan ambik masa 3-4 minit untuk study semua maklumat yang ada tertulis kat dalam tu. Kalah buadak skolah yang buat lawatan sambil belajar tau tak. Satu satu dia telek...boring campur stress aku menengok. Yaku plak banyak study pasal pelancong..kekkeke.. ni mesti dari Jepun ni.. Ni korea ni..ooo ni indon ni...ni arab ni...


Dia plak strees dengan aku sebab suka sangat paksa dia ambik gambar aku hehhehehe...2 kali dia reminded aku...

Habis la bateri kalo setiap benda kat dalam ni awak nak ambik gambar...

Strees tau aku mendengar... Ye la..biasala aku..Nampak benda lain sket nak ambik gambar. Takper ..dia tak nak ambik gambar aku.. Aku ambik gambar aku sendiri. Kesian..Nak suruh Si Hafiy..Asyik bergegar jer. Belom reti sepenuhnya. Sudanhnya jumpa cermin snap gambar diri sendiri. Sonang eh..


Akhirnya nak jugak dia ambik gambar aku. hehehe.. Ada gak kenangan kat muzium. Tapi tak payah bercita cita nak ambik gambar famili la. Sah sah la si kuntal kintil tu meronta ronta. Penattt..ajk ambik gambar macam ajak nak berperang. Nasib baik masa tu takder orang. Pelancong tempatan hamya kami. Yang lain tak berminat kot nak tahu pasal sejarah Negeri Melaka ni. Poyosss.


Ermmm..banyak lagi gambar ni. Cuma gambar terpilih jer beertuah masuk blog aku ni..hehe...
Rasa macam malas dah nak bercerita ni. Gagah kan jugak...gagahh..gagah...cayokkk....Last skali gambar ni aku nak letak...


Apasal bu..roti tak masak masak ni....?

Selepas keluar dari muzium tu kitorang terus ke A famosa. Kalo ke Melaka takder gambar kat kota ni maka tak lengkaplah perjalanan anda kat Melaka...Cewahhh.


Dari malam pertama kitorang kat sini aku dah menggeletis nak naik beca. Ajeed pun macam cuak jer menegok bini dia nih. Akhirnya lepas turun A famosa tu barulah dia terbukak hati nak naik beca. Naik dari Famosa sampai ke bangunan merah tu Studhuys namanya kan?.. 20 henggit. Kesian aku tgk abang beza tu...nak tak nak jer kayuh.. Berat kot kitorang...dekat sepikul setengah kalo dicampur campur. Macam kejam jer bagi 20 henggit untuk 4 orang naik. Walhal kayuhnya tak sampai 2 kilometer.

Frust kejap..aku nak naik beza yang bunga bentuk love..bunga hijau hijau tu.. dia pilih beca angry bird...
Banyak cekadakkkk.... kekeke.. nexttttt..


Lupa nak cerita.. Lepas naik beca tu kitorang terus kluar dari bandar hilir..Cari makan wey..lapar. Sebab tak nak bersesak kat dalam bandar makanya kita makan area hotel hotel tu jer. Banyak banyak kedai yang ada kat Melaka ni kat sini kitorang makan. Rasa menyesal plak . Medan Selera Jalan Tun Ali dipilih sebab lokasi dia berdekatan dengan hotel. Walopun makan kat Medan Selera Ajeed tetap nak merasa Asam Pedas. Stressss Acik jugak.

ok la..wassalam...

2 comments:

Ietams said...

cik anie,
kite seropa la..
kalau pi berjalan anak beranak sendiri, mana nak kejar si askar-askarnya..
pastu bile kite minta pak hencik amik kan gambo kite mesti malas dia layannya.. sudahnya kite snap gamba sendiri aje la.. huhuhu sedih je rasa.. rasa kite nak ler juga amik gambo kenang-kenangan kan..

aCik Anie said...

kita serupa..
agaknya ni kerektor lelaki macho kot.. malas nak ambik gambar bini..kekekke