Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, January 4, 2013

Tempat Menarik Di Melaka | Menara Taming Sari

Assalamualaikum....

Apa kata kita sambung balik cerita jalan jalan ke Melaka hari tu..

Sebelum tu masuk selingan kejap yo. Ingat hari ni dah tak nangis si Hadif, rupanya nangis jugak. Aku agakla dia masih lom biasakan diri kat tempat baru. Maklum jumpa cikgu baru, kawan baru. tempat baru..serba serbi baru. Mau tak terkejut. Tapi aku keraskan hati....tinggalkan dia macam tu jer. Tak boleh nak salahkan dia...dah hampir 4 tahun kat tempat lama. Alih alih tahun ni tempat lain...Meraung tak hinggat. Malu gue.

Sambung balik kisah Melaka tadi. weolls sampai Melaka Ahad  30 Dec dalam pukul 12. Terus masuk bandar Melaka sebab weolss tak sempat nak online booking. Tempat tu memang dah ada cuma nak book jer tak boleh . So weolls walk in jer la. Menyesal plak tak booking awal awal sebab rate satu malam online booking memang jauh lebih murah. Tapi takperla. Takkan nak berkira kan. Janji boleh tido.

So lepas proses check in weolls masuk check bilik kejap. Ok puas hati.. apa lagi..............zzzzzzzzzzz la kejap... Petang lepas Asar baru weolls keluar balik. Pusing pusing bandar Melaka. Tapi Ya ampunnnnnnnnnn jem teruk wey. Jalan kat situ memang one way yer. Aduii.. masakkkk. Dah sampai bandar plak pantang jumpa tempat menarik..ambik gambar sesajer...Anak anak aku ni susah nau kalo diajak bergambar. So takperlah...lantak la..biar maknya jer la yang syok sendiri. Memang takder satu gambar yang ok dengan diorang ni.

Orang pakai shawl aku pun nak pakai shawl. Tapi tak reti nak membelit. Sudahnya terjuntai macam macam makcik jual dodol. Ok la tu..janji ada gak gambar pakai shawl. kekekke. Masa tengah menunggu turn nak masuk dalam Menara tu la. Bising Ajeed bila aku suruh snap gambar. Malu kat orang katanya.... hek elehh..lantak la. Kita pun nak berposing gak...biarpun hakikatnya lilit shawl tak menjadi. Aku tak peknen tau...


Tempat pertama yang kena terjah adalah Menara Taming Sari. Sedikit Info mengenai Menara Taming Sari



Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.
 

Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00 (dengan mykad : kurang 50%) Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam


Kitorang berempat hari tu kena RM30 henggit jet.. Sebelum masuk diorang akan tanya dari mana..kalo ko jawab dari thailand..sah la...kena la 20 henggit. Kalo cakap im from Selangor dik... dapatla 10...kekekkek. Plus gambar 30 henggit. So 60 henggit. Gambar tu memang diorang akan snap sebelum masuk ke dalam kaunter beratur tu la. Tapi kalo kita tak nak pun dia tak paksa. Kat sini aku puji marketing plan dia. Wahhhh bijak hang no... pandaiiii...


Nak masuk sini korang kena banyak bersabar. Sebab panjangnya boleh tahan nak terberak gak la. Mak aiii.... tak putus putus manusia yang ambik tiket. Tapi kalo nak selamat elok datang weekdays jer la. Tapi tak best plak kan..Tak happening sangat.kekekke.


Terpandang satu kapel yang sweet bebangat. Aku rasa diorang lom kawin lagi ni. Sebab malu malu jer masing masing. Nak pandang muka masing masin pun malu malu..lahaiii.. cuba 7-8 tahun kawin.. nan hado sweet tu lagi.. Lemah gemalai pun hilang terbang ntah ke mana... yang ada suara masing masing yang macam speaker. Masing masing speaker celah gigi la katakan. Teruskan macam ni dik. Duduk pun jauh jauh tu.. elok la. Sebab kat celah antara diorang tu ada setan yang bernama jin pakai tincit.. Nampak tak?...


Sepanjang kat atas Menara Taming Sari adalah sangat best..satu Melaka boleh nampak.. Kalo malas nak berjalan elok naik sini. Sekali harung jer boleh nampak. Sebab Menara ni akan berpusing 360°. Takyah sibuk nak teleng kepala. Duduk jer senyap senyap kat kerusi tu. Takyah banyak gerak Selat Melaka pun akan nampak. Rugi plak tak sewa teropong. Kalo tak boleh nampak Indonesia. Sewa teropong kena 5 hinggit.



Aku suspect Hadif akan meraung ranung ketakutan.. Rupanya tidak. Bulat jer mata mandang ke luar. Terpegun kot dengan keindahan bandaraya Melaka.


Yang kecut perut adalah Hafiy....Sampai ke gigi pucatnya...


Tapi memang best la.. Kalo datang sini korang jangan lupa naik Menara ni. Tak rugi korang beratur penjang panjang sebab nanti hasilnya yang korang akan tengok adalah best... terjakun gitu...

Ok la..itu saja untuk kali ini.. Tunggu next entry pulak yo..

Wassalam..

6 comments:

StarPrincess said...

as salam...lawak la acik anie ni cerita...^_^ btw, kak, sy tgh usha2x tmpt menarik kat melaka ni, tu yg singgah blog akk... ^_^ thnxxx ye...

aCik Anie said...

HEHE..Lawak ke... semulajadi tu.. yang penting datang sini memang kena kuat fizikal mental.. mental sebab asal nak masuk bandar kena redah jem..

Anonymous said...

Kak,ape mksdnye dgn mykad dpt disc 50%?akk 4org total rm30 eh?

aCik Anie said...

maknanya kalo pelancong mana mana negara..singapore ke thailand ke harga rm20 la.. warganegara rm..
yup...4 beranak 30... budak 5 henggit jer kalo takder mykad 10 sorang

Anugerah Homestay Melaka said...

laa..kesiannya dia.. nape x booking awal2.. melaka ni mmg mcm tu, kalau time cuti sekolah, harga hotel kdg melambung2 n kdg smpi penuh..

Akan dtg kalau nak dtg ke melaka, singah homestay hamba ya.. nnt hambar blh bg diskuan sikit.. harga mmg dah murah pn sbnrnya, dari RM130 utk 3bilik 2 bilik air, siap ada astro beyond n tv LCD 32', memasak pn blh, nak membasuh pn blh.. tambah dgn diskaun pn cik anie, berganda2 la murahnya lg.. huhu.. jgn lupa singah tau..

www.homestaydimelaka.blogspot.com

Salwa Sara said...

Assalam,

menarik, ni buat panduan nak ke melaka minggu ni..heeee

mekasih ye..

jemput singgah & follow blog saya http://sascima78.blogspot.com/

:)