Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, January 9, 2013

Tempat Menarik Di Melaka | Eye On Malaysia

Assalamualaikum...

Masa duk mengoggle pasal Eye On Malaysia kat Melaka baru ku tahu rupanya Eye On Malaysia kat Melaka ni ada 2 bijik. Yang aku naik malam tu tak best sangat. Rupanya yang satu lagi tu baru betul best...dapat lihat keseluruhan Bandar Melaka.. eeee..rugi...rugi.

Tapi takperla.. yang naik malam tu pun kira best jugak la walopun kami anak beranak jer yang naik.. yang lain budak budak jer ramai..hehe. Aku pun heran gak tau naper orang tak nak naik erk?.. aku heran kalo betul tempat tu pemes naper takder orang sangat. Biasa kalo tempat tumpuan ni takyah nak cerita la berapa km panjangnya kalo nak beli tiket.


Sebelum berjimba di Pirate Park kami lepak makan makan kat gerai tepi sungai ni dulu. Konon nak tengok bunga api dari sini. Rupanya hampes.. bunyi jer dengar..tapi rupa tak nampak Kena jengket jengket dulu barula nampak. Takperla...sebab motif utama datang ke Melaka bukan nak sambut tahun baru ok.


So malam tahun baru kitoarang hanya kat kedai tepi sungai ni sambil dengar artis balada berkaraoke tak hinggat dunia..pitcing kelaut semuanya...sambil tu jugakla kitorang menikmati asam pedas yang boleh tahan sedapnya. ....Asam pedas manjang si Ajeed ni stress aku... Sokmo stress...hok alohhh... Sory la ..gambar kuah jer sempat snap..Ikan parang awal awal lagi Ajeed dah habiskan. Lapor la katakan.


Selepas perut kenyang barulah kita ke Pirate Park. Pirate Park ni dekat jer.. Jalan kaki jer dari tempat kita makan tadi. Yang penting tak redah jem ok. Tak kuasa nak masuk ke Dataran Pahlawan semata nak bersesak menegok bunga api. Selain dari naik "Mata Ke-2 Melaka" ni banyak lagi mainan lain yang kita boleh naik. Tapi tak berapa nak happening sangat la sebab orang takder sangat. Aku syak semua rakyat Melaka bersesak kat Dataran Pahlawan sana nun. Bagi aku best jer. sebab aku bebas nak bergerak. Takyah nak cium bau ketiak orang.


Lagi satu anak anak pun bebas nak bergerak. Tak perlu nak control sangat. Tapi pastikan mata anda tak lekang la memerhati anak anak yang aktif ni sebab Pirate Park ni terletak sebelah sungai tempat bot bot river cruise tu la. So agak bahaya la..wolopun pagar tu ada tapi aku tak caya anak aku nih..kan dia masukkan badan celah celah pagar tu canner?.Sempoi jer lepak kat sini malam malam. Sebab sambil ko lepak tu dengan angin sepi sepoi bahasa ko boleh lambai lambai skali kat penumpang bot yang lalu lalang kat situ.. sweet kan..kekkeke.


Nak naik benda ni tak mahal...tapi sorry tak ingat ..10 kot.. tak pasti la. Tapi ok la..berbaloi..sebab 2 kali dia berputar di udara. Masa kat puncak paling atas dia stop kejap.. Jangan tengok bawah weyy.. gerun. Kat atas ni jugak boleh tengok sungai kat bawah. Bot dia laju sangat. Tak sempat nak snap dah hilang.


Selain dari benda ni banyak lagila kita boleh main kat sini. Paling takut la bagi aku kapal tu la. Sampai sudah aku Ajak Ajeed naik dia tak nak. Anak anak kecik lagi. Kan malang tak berbau kang. Naik lembu gila paling best. Adas orang mamat tu siap nampak spender lagi. Punya la tahan atas lembu tu . Agaknya dekat 1 min kot dia bertahan tak jatuh jatuh.


Lepas jer habis bunga api kita pusing balik cari kedai yang makan asam pedas tadi. Cari air plak. Dahaga wey.. Ekceli nak jer order nasik goreng barang sepinggan 2 lagi.kekekeke. Tapi mikirkan perut yang dah sedia buncit ni... Abaikan jer la napsu meluap luap nak makan tadi. Tapi makan jugak ok..otak otak udang tu jer 3 keping. kekekke..

Dalam pukul 12.30 am gitu.barulah kitorang gerak balik hotel..Mau titun wey..ngantuk..besok dah nak gerak balik ke Kajang...huhuhu... Sebelum balik tu kami nak singgah ke.... mana lagi..Zoo Melaka la.

Ok sekian dari hamba
Wassalam


No comments: