Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, January 21, 2013

Satu Pengajaran

Assalamualaikum...

Tangan dah jadi parkinson ni sebab lapar sangat. Konon pagi tadi ok jer makan kewtiau goreng, tapi nmpaknya tak berepa nak membantu.

Tak sangka plak petang petang gini terbukan hati nak menyembang kat sini. Dari pagi mood swing jer. Mengenangkan kisah yang berlaku pagi sabtu lepas. Ekceli aku segan nak cerita kisah tu, tapi pikirkan mungkin cerita aku ni bakal menjadi pengajaran buat para isteri diluar sana, i ketepikan perasaan segan i ni uollss. Hurm..

Lepas kejadian tu aku betul betul menyesal, malu yang teramat sangat. huhuhu..Betul ..aku tak tipu..lepas ni aku berjanji takkan menipu lagi..kekeke.. Ekceli aku tak menipu.. cuma silap aku tak sms jer. Bila dah terkantoi baru nak cakap konar konar. Sah sah la jadi menipu tak pandai.

Ekceli gini.. Sabtu lepas aku dah plan ngan adik aku nak suruh diorang datang tido Kajang konon Ahad tu boleh bawak diorang mandi manda kat Desa Waterpark. Tapi tak sangka plak suami adik aku ni takleh nak hantar diorang datang Kajang. So apa lagi aku dengan beraninya offer nak datang ambik. Masa tu aku dah cakap ngan Ajeed nak kluar pegi beli barang dapur kat Myden jer.. Tetiba aku boleh jumpa dia kat area depan UPM sana nun.. Kantoi. Silp aku jgk sebab tak bagitau dia dulu nak ke Selayang. Tapi aku syak la..kalo aku mintak izin ngan dia..confirm kerat jari takkan benarkan. Aku jer yo poyo syok sendiri.

Lepas jer tol Kajang...

anak anak : Ibu..motor kuning tu macam babah jer
Aku : Haah mana..mana?.. (sambil tinjau kat cermin depan.. Ahh sudahhh..apa aku nak jawab ni...)
anak anak : yer la bu.. babah..

aku tengok dia dah sampai sebelah keter aku.. senyum penuh makna gitu.. Aku pun selamba jer la.. dalam hati hanya tuhan yang tahu..dag dig dug..laju jer jantung mengepam darah. Aku cuba laju sket..keter kan banyak..Sampai jer R&R Serdang tu kan.. aku tgk dari cermin depan tu Ajeed buat signal suruh ke tepi..sudahhhhhhhhhh. Feeling macam kena saman ngan polis traficc plak. dan Ajeed adalah polis trafic yang bermuka garang itu.. Takut wey..

Slow jer dia datang tepi tingkap..

Polis trafic : ni ngan anak anak nak ke mana
aku : tgk kak chik..(kak cik tu sepupu aku tinggal kat sri kembangan)
Polis trafic : jangan nak menipu...umah kak cik higway sini...besraya..

Ermm..kantoi lagi..

Polis trafic :saya raya awak nak gi umah Ila ni..selayang..
aku: ermm..nanti kalo cakap awak mesti tak bagi..
Polis trafic :dah ikut saya balik woksop...

Sampai jer sana dia parking motor terus masuk keter bawak aku pegi Slayang ambik adik aku...

Dalam keter takyah citer la 80plohbakul membebel kat aku..Aku kena terimala sebab memang salah aku..Tapi aku betul betul menyesal..siyes..inilah kali pertama dan terakhir aku kantoi ngan dia.

Dan sebagai hukumannya... Ahad plan nak mandi manda sumer tak jadi. Sabtu tu pun bawak budak budak ni main taman dekat dekat rumah tu jer. Macam biasa la. Hafiy jer pandai main beskal..adiknya hanya mampu tarik jer..


Isnin hari ni pun dia tak bagi aku bawak keter. Katanya Pagi dia hantar, petang balik naik bas. Ambik anak jalan kaki...hehe..Tapi aku tahu dia tak sekejam itu..Pagi ni cambiasa...

kunci keter mana?... hehe

Moral : Jangan Menipu Suami Depan Anak Anak..

Sekian Wasalam..


No comments: