Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, January 11, 2013

Pucuk Geli Geli

Assalamualaikum.......

Dan selamat pagi untuk readers semua. Cerita pasal Cuti Cuti Melaka dah habis. Tu macam slow sket nak hapdet cerita ni. Lagipun mata ni macam nak terkatup jer. Pagi tadi elok jer segar bugar. Bunyi jer loceng pukul 8 dan dan tu jugak kuyu balik. Mesti terlebih Vitamin M ni.


Cuti cuti habis apa kata kita cerita makan makan plak. kekeke.... Korang pernah makan tak pucuk geli geli. Kalo kat kampung la aku panggil "Pucuk Gggeli". Idgham sket G dia tu. Pukuk dia biasa akan jumpa kat tepi sungai... Biasa la...

Aku anak kampung... tiada apa apa .... kan?

So semua pucuk daun yang tak mabuk kitorang makan. Ekceli secara jujurnya la..dekat 10 lebih dah kot aku tak jumpa dengan pucuk ni. Apalagi makan. Kalo dulu time remaja sweet sebenteen dulu selalu jumpa la. Sebab selalu pegi sungai curi curi mandi. Curi curi skodeng orang boremen pun yer jugak. Almaklum la ..dulu dulu mana ada tempat specifik untuk bercinta..dating ke apa ker.. Itu sebab la sungai jer la tempat pilihan. kekeke... aku terkecuali ok.. sesuci embun pagi gitu..hehe.

kasi zoommmm sket

Khamis lepas la jumpa pucuk ni kat akak yang jual ulam kampung ni. Terus sambar.... nak..nak... Pastu aku perasan ada soarang minah kat sebelah aku ni la..

Pucuk apa tu...
Pucuk geli geli..

Dia orang bandar mungkin sebab tak kenal kan. Ekceli aku pun ingat ingat lupa nama pucuk ni. Akak yang jual cakap tu terus macam............

Ooooo...pucuk ggeli... orang hulu jer makan pucuk ni...

senyum jer akak yang jual tu. Dia cakap goreng pun sedap. Tapi aku tak pernah try la. Aku biasa akan celur pastu makan ngan budu. Sedap tak terhingga. Susah tau nak jumpa. Tapi aku beli seikat jer la. Buat apa tamak sangat. Kan jatuh membazir tak elok plak kan?.


Malam tu aku saja pelawa Ajeed try. Dia lagi la. Mana kenal ngan ulam ulaman kampung ni. Dia kenal kankung kampung jer. Itu jerla yang dia makan.

Awak try la..sedap tau..ala macam pucuk paku jer rasa dia..
empp..taknak la.. kalo awak tak taruk tempoyak dalam budu ok..
Ok ..saya buat budu lain...

Laki aku ni elergik ngan tempoyak ok. Ingat lagi suatu ketika dahulu. Beli ikan patin...membuak buak kepala ikan patin tu aku nak masak tempoyak. Tapi memikirkan dia tak makan tempoyak aku masak asam jerla... Tapi tak boleh...  nak jugak masuk tempoyak.. nak jugak rasa masam masam tempoyak kat dalam Patin masak asam tu.. aku taruk la sket.. Alahai sket jer pun...satu sudu teh tu separuh la.

Terus potong stim Ajeed. Tak pasal pasal aku kena marah. Tapi aku rasa takder bau pun tempoyak tu...alahai sket jer kan.. Tapi hidung dia berjaya menangkap bau masam tempoyak itu.. terus kena warning..kekeke. dan sampai sekarang ikan patin ni tak masuk dapur rumah aku.. Tekak lain lain..elok takyah beli terus..senang cerita.

Ermm malas jer nak start kerja pagi ni.. tido boleh?..

Wassalam..........

1 comment:

AZIAH NOR said...

assalammualaikum, acik annie bole saya tau mana nak dapatkan ulam ni. saya sgt memerlukannya tuk ubat busung mak saya. keadaan dier dah teruk skang ni. kami pun 1st time dgr ulam ni. dh mcm2 tempat carik tapi xjumpa. ape2 bole update saya di aziah_h@yahoo.com