Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, January 22, 2013

JM Bariani Lagi

Assalamualaikum...

Dah tak jadi nak bermanda manda kat Desa WaterPark, apalagi kita makan jer la.. Kali ni aku nak try nasi beriani lagi tapi bukan yang Seksyen 7 Shah Alam nun. Nak rasa yang Bangi ni plak seksyen 8. Pandai jer Ajeed saiko aku pasal mandi tu..Dah tak bagi pegi udahla.. aku takdernya nak menipu lagi.

Ish awak ni.. tempat macam ni nak mandi?...budak kencing la...apa la..Pastu buat ke awak terminum ker....tak geli ker?

Ermmm... dah tak bagi pegi..udah udahlah mensaiko gue. Ekceli aku pun geli.. Tu sebab kalo tak dapat pegi pun tak ralat. Elok aku mandi kat air terjun lagi. Atleast kalo ada manusia kencing pun air tu mengalir. Bukan bertakung. Uwekk..

Ermmm... abaikan citer mandi tu. Elok kita citer pasal makan jer. Nak mencari kedai ni satu hal. Jenuh menggoggle jugaklah tapi bila dah jumpa. Alahai..kat sini rupanya. Lokasinya area Abdullah Chan Bangi tu jer...Tapi belah belakang la... Masuk ikut lorong Papa Rich tu then pusing belakang. Jumpa la JM Bariani.


Macam biasa la.. Bukan ada ramai orang pun. Aku syak la sebab mahal sangat. Macam tak tau pesen tekak aku ni selagi aku tak muak selagi tu aku akan ulang makan. Biasanya tak sampai 3-4 kali. 2 kali dah jemu kot. Macam restoran arab hari tu..2 kali pegi dah cukup. steak kat D'One pun sama. 2 kali dah cukup. Lepas ni aku nak cari beriani lain plak.

Ajeed ada gak membebel kat aku..

"Awak ni... hari tu dah try.. try la tempat lain plak.."
"Lom puas lagi la.. sedap kat sini"


Hari tu order nasi beriani ayam masak merah 2 .. aku ngan adik aku. Ajeed plak beriani ngan kambing la ..apa lagi..nuggeet sepinggan air 3 gelas...RM70 kena... Ermmm..sekali skala leh la kot..2 kali 2 kala...tahan lagi tapi kemut la..3 kali 3 kali..Dah... next kita try tempat lain plak. Tapi memang sedapla. Hafiy biasa akan makan nasik jer. Lauk pauk takyah.


Ok ..dah kenyang.. Jom balik membuta...

Sekian Wassalam.

2 comments:

nalhuda wanlin said...

hari tu ada kes virus kencing tikus kat situ. aku pun plan nak pergi, bila tau terus cancel

aCik Anie said...

hehe.. nasib baik tak pegi.. ada hikmahnya...