Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, January 18, 2013

First Target | Successful

Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat Penghulu Segala Hari. Moga mendapat keberkatan di hari ini dan hari hari yang bakal kita lalui di hadapan nanti Insya Allah.

Ekceli mood hari ni swing se swing swingnya..kekeke.Ntah ke mana terbangnya mood nak kerja ku ni. Mungkin sebab hari ni Jumaat kot. Duk mengarang entry ni sajer dari pagi sampai sekarang 2.30pm. Tak siap siap jugak.Aku pun tak pasti lagi siap ke tak citer ni hari ni. Ngantuk giler ni wey.

Berbalik pada tajuk kat atas tu, target mentarget la plop. Akceli aku tak pasti camner orang lain punya plan untuk anak anak diorang. Kalo aku macam ni. Orang tua tua cakap la. MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA. Hah ni lah.. aku tengah nak melentur la. Tak silap aku la..aku pernah highlightkan isu ni kat entry lepas. Seawal 4 tahun lagi aku mula susun strategi untuk anak aku.

Sesetengah pendapat ada yang tak setuju anak anak ni di paksa seawal 4 tahun. Sebab du usia inilah diorang tengah "mendevelopekan" pemikiran diorang. Yes..aku setuju. Tapi kan..alaaaaaa setakat mana sangat kita ni nak paksa diorang. Dia dah rasa boring..ko bagi rotan panjang sedepa kalo dia cakap tak nak ..taknak jugak. So apa boleh kita buat kan?.

Untuk Hafiy. Target pertama dah settled. Sekarang tengah pulun untuk target ke-2. Malam tadi 1st day Hafiy mengaji dengan Ustazah lain. Aku rasa tugas aku sebagai ustazah mengajar Iqra kat rumah berakhir. Bukan aku taknak pikul tanggunjawab ni. Tapi kalo dengan ibu sendiri jawabnya banyak main dari baca la. Serius aku cakap. 1 muka surat ambik masa berjam jam nak habis. Tapi dalam diam tak diam settle jugak Alif hingga YA. Sila berbangga dengan anak sendiri.

Merata jugaklah carikan Ustazah yang boleh mengajar si Hafiy ni. Bukan apa aku nakkan yang flexsible ..tanpa menyusahkan kami. Akhirnya jumpa dengan ustazah yang rumahnya selang sebijik dari rumah aku. Flexsible la tu. kkekeke. Aku takyah drive. Sambil masak nasi pun leh hantar diorang. Pastu balik kejap tengok nasik kat atas dapur tu. Aku jugak tak payah menyusahkan Ajeed. Nak kena hantar atau ambik anak mengaji.

Adala peluang nak ngorat ustazah tu....
Boleh.... kalo awak sanggup nak ambik hantar budak ni.
Orang Kelantan dia tu wakkk...
Memang pun

Amboi ko...dia lagi tahu dari aku. Ajeed biasala.. takder pikir lain. Mentanglah ustazah tu anak dara. Comel lembah lembut gitu. Aku tanya dia lagi.

Awak pernah tegur ke ustazah tu....tau org Kelantan tu
Takder la... dengar dia bersembang jer..

Sekali lagi..Amboi.. siap pasang telinga tu. Aku syak mesti sambil sambil cuci keter ekor mata dia mesti jeling ke rumah ustazah tu. Telinga plak sebesar besar alam dia bukak.

Tak jeles pongggggggggg.....

Malam tapi Hafiy orang yang ke-2 sampai. Baru jer nak letak peunggug...tetiba bunyi salam...2 orang masuk..lepas tu datang lagi..kejap kan datang la.... Dalam hati aku..ramai jugak budak mengaji kat sini. Tapi takperla. Lagi bagus dari dia mengaji ngan aku. Takder nak main main.


Walopun Iqra satu dah ok aku suruh jugak ustazah tu repeat balik. Tapi ustazah tu cakap takperla..sambung jela dengan Iqra 2 minggu depan. Sebab dia dah kenal huruf. Alhamdulillah. Walopun dengan aku nak dengar satu satu jawapan yang aku tunjuk tu liat liat malas malas  tapi dengan orang lain lancar gilo ko... Syabas beteh...Tak sangka gue.

Ada jugak suara suara aku dengar..

tak kesian ke..dia kecik lagi la..

Ekceli aku lagi kesian kalo dia tak tau apa apa...Kat dalam kelas dungu...cikgu tanya geleng geleng. Permulaan kat rumah tu penting apa. Nanti datang skolah cikgu jugak yang senang. Sekali ajar terus pandai. Yer dop?.

So aku harap semuanya berjalan lancar minggu depan. Insya Allah.. Dan aku plak..bermulalah cabaran menjadi ustazah untuk Hadif... A , BA, TA dah ok..tapi sampai THA...dia pelat sket..CA jadinya.Camner tu?

Sekian Wassalam





No comments: