Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, December 26, 2012

Chicken King Sek 7

Assalamualaikum...

Semalam memang bantai makan cukup cukup.. Tengahari tu dah tapau kat JM Beriani. Seumur hidup semalam baru makan nasib beriani paling sedap. Sebelum ni tak pernah try..semalam baru rasa... Sedappppnyaaaa... Nak lagi?

Ekceli semalam cuti krismas plan nak balik melawat orang tua Ajeed. Biasala kan...hujung bulan ni tugas Ajeed menghantar duit pencen. Bulan ni kitorang plan hantar awal sebab minggu depan kami tak boleh balik. So semalam dah alang alang balik..bawak la sekali duit pencen my PIL. Biasanya kalo balik sana kitorang takkan bagitau. Sebab apa tau...kesian ngan mak aku tu. Dah tua..nanti kalo dia tahu anak dia nak balik mesti susah susah berpenat lelah masak kari..kalo tak kari masak lemak. So..jalan terbaik adalah..sampai Shah Alam baru call. Gitulah kami setiap kali balik.

So sepanjang balik Klang otak ku kemain ligat.. apa nak makan...ermm..apa nak makann.. Di saat akhir datang idea nak makan beriani la pulopss. Terus goggle cari nasik beriani sedap area Shah Alam.. Yang jumpa adalah JM Bariani Seksyen 7 Shah Alam sana nun..Apa lagi zassssss Ok jumpa, lokasinya dekat area Jakel..Giant..serba serbi ada sana. Radiusite pun aku jumpa kat sana. Butik baru buka kot.. Fareeda..Alyaa.. semua adalah. Ko nak apa?..sumer ada kat sini.

So terus masuk ke Seksyen 7 sebelum masuk Klang. Senang jer nak cari kedai dia. Tapi ada sedikit jem uolss.. Ramainya orang nak menhabiskan duit. Parking takder. Ada plak yang selamba badak parking kat selekoh. So kitorang parking betul2 belakang kedai JM tu.. Parking kat belakang dapur la kiranya. Pusing depan seround nak masuk kedai tu.

Tunjuk tu tunjuk ni..nak tu tambah ni RM55 cik......Mahal siot.
Tapi takpe.. kata nak try kan? RM55 untuk Nasik 3, Ayam 1, Kambing 2
Tapi bebbb....makan sedap.. so berbaloi bayar 55 henggit untuk sekali makan tu.
Kambing dia lembut giler,,, tu yang best..

Sebab faktor kerakusan..maka gambar food tak sempat nak ambik.. Maklumla pagi tak ambik breakfast. Kuar rumah perut kosong. Dalam pukul 6.00pm kitorang kuar balik ke Kajang.. Kebetulan Boss plak ajak pegi menghabiskan duit kat Tesco. Katanya nak cari vakum keter. Bising la dia tgk banyak lipas kat dalam keter dia. Dah di masuk ubat lipas tu ..takder pun nampak lipas mati. Ntah masa dia guna keter banyk lipas kluar kot. Masuk aku bawak ok.. takder pun lipas berkeliaran. Cicak adalah..hehe..pagi tadi. Elok jer menyapa aku...keluar celah mana ntah.

Dekat kul 10 baru kitorang sampai umah. Sebelum balik tu singgahla isi perut dulu. Tak kuasa la aku..balik penat penat..kena masuk dapur plak. Aku target balik, mandi solat..then zzzzzzzzzzzzz.... tv pun malas nak tgk. Semalam kitorang cuba masuk Chicken King Sek 7 Bangi ni punya.

Ekceli tak plan pun.. asal jumpa ..baru tak penah try kita masuk..ON ajer.. Oder nasik wey.. lapar.. Konsep kedai ni..Santai.. jangan risau kalo ada baby...kerusi dia dah la empuk..sofa kan..Pastu siap ada bantal lagi. Kuasa ko makan peluk bantal? So untuk baby yang masuk kacikkkkk boleh letak tepi jer. So boleh makan dengan aman si maknya.. Untuk pic kat bawah model baby adalah...budak kuntal kintil.

 Feeling baby

Aku punya order lupa apa nama.. Tapi main dia ayam la. Sos lada hitam.. macam kuah chiken cop tu jer..Pastu Ajeed plak order sama macam aku.. tapi kambing. Tamk abih abih kambing. Pastu Hafiy plak nasik gak tapi ayam goreng jer..air oren jus...nescafee blended...total 47..ermmm


Yang bestnya masa suapan terakhir.. masuk la sorang mamat ni.. lagaknya adalah semacam tokey kedai...dan dia ada indian guy uolssss..sooooo apa lagi... terus rasa macam berkickboxing semua makanan tadi kat dalam perut.. halal ker tak ek?.. Nak sedapkan hati sendiri..

"Pekerja dia kot yang beli ayam ni.." 

cari cop halal..takder..yang jumpa lesen berniaga.. Pastu tanda kebersihan kedai tu. Memang A la.. Pastu nak balik sempat jeling ker papan tanda dia kat atas tu.. ooo adalah tanda halal.. Tapi perut tetap bergelora.. nak muntah pun ada. Terbayang leher ayam tak putus.. terbayang jer pun..bukan makan pun. Tapi lepas ni rasa macam tak nak masuk dah.. Naperla tokey dia muncul di saat saat kemuncak kami makan.. Sampai kat luar..tengok plak sorang lagi mamat india ni tgk tgk lappy. Sambung bergelora balik perut aku..

Boss pun ada ehhhh..kantoi...sorry..

Tapi aku perati semua customer kat situ..Melayu..islam.. yg berkopiah pun ada.. so hati ni rasa sedap la sket.. Tapi lepas ni rasa tak nak masuk dah. Lagipun food dia adalah biasa biasa sajer..Takder yang luarbiasa. Sos pun dia guna Knorr tu jer pun..Pada yang tak kisah pasal owner dia mungkin boleh la kot.

Last but not least... tuan tanah..

 Berpeluh ok mengedit gambar Siap blur lagi ..*nangis..dagu kantoi.....

Rasa macam dah lama muka tuan blog tak masuk dalam citer. So apa salahnya skali skala korang tatap yo.Yang pasti dagu dah dabel..Baju plak dah banyak yang sendat.. Nangis sekali lagi.

Sekali lagi nak syok sendiri..Adehhh....Kesian anak bini si Ajeed nih.



Ok...Sekian..TQ sudi baca yer
Wassalam

Friday, December 21, 2012

Lagi Lagi Makan

Assalamualaikum...

Masih bab makan. Aku peratikan kalo aku lapar mesti aku nak terjemahkan dalam bentuk entry tau...kahkahkah. .. Satu lagi pesen buruk aku selagi aku tak puas hati selagi tu la aku akan ulang makan benda yang sama. Pastu gerenti kali ke-2 aku pergi mesti aku dah rasa lain macam..kali pertama sedap...kali ke-2 tak sedap. Gitulah kalo di translite kan dalam bahasa yang paling mudah.

Macam 2 malam lepas , rasa nak makan kambing kat D'One Steak...ok sedapppp... kali ke-2 pergi dah tak sedap. Gitulah jugak macam nasi arab kat Arabian House. Kali pertama hari tu OK...sedapppp...rasa nak makan lagi. Kali ke-2 aku pergi bawak ayah aku plak..ok..masih sedap lagi.. Tapi yang buat rasa tak best bila................... jap lagi aku cerita.

Gini cerita...........

chomel ayah buat gigi arnab..

Dari pagi kat umah dah plan nak bawah ayah aku try nasik arab kat sini.. wahh teruja..sebab nak kasi dia rasa Kabsa Kambing kat situ ..memang puas hati.. memang licin la ayah aku makan...tulang jer yang tinggal..nasik yilex... kambing pun yilex..

kambing menyorok malu kat dalam nasik tu...mmmmmmmmmmbeeeeeeeeekkkkkk

Aku plak cambiasa la..order makanan yang diorder hari tu. Cam biasalah aku.. jenis setia pada yang satu.. Kalo aku suka makanan tu 2-3-4 kali order benda sama pun takkan jemu. Bukan makanan yang di beli jer.. masakan yang aku masak sendiri pun kalo aku rasa lom puas lagi nak makan aku akan repeat 10 kali pun sanggup. Contoh hari tu... aku masak pasta sampai 2 kali. Laki pun dah jemu..anak pun lagi lagi lah kemu.. Tapi aku blom puas makan..So nasib la siapa siapa yang terkena tempias aku tu..

Yang paling bestnya sekali buat perasan sedap la kan?...2 kali buat aku perasan lagi sedap dari yang 1st. 3 kali buat dah ada rasa lain macam sket, pelik sket rasa dia.. Sebab apa tau...

Terliur tak..... telan air liur jer la.

Sebab aku tersalah masuk bahan. Nak masuk tepung gandum..nak kasi likat sket kuah dia...tau tak apa yang aku masuk.. aku masukkan tepung goreng udang tempura tu....sebab Ajeed masuk tepung tu dalam balang yang sama. Aku mana ada masa nak menilik, main masuk jer la. Patutla rasa dia masin semacam jer aku rasa. Nak kata garam terlebih rasanya tak. Nak kata terlebih butter pun tak jugak kot. Rupanya tepung udang tu yang aku masuk. Patutla berketul ketul kuah dia hari tu. Puas aku menenyeh ngan sudu...tetap berketul jugak. Masih sedap di makan jangan risau. Tapi kan kalo tengok pada rupa fizikal tu memang takder cacat celanya. Meleleh leleh plak air liur ni. Sebab tu la besok aku plan nak masak pasta lagi...hahahha.

Sudahhhhhh..... teringin nak makan lagi la...apa kesss/..........

Ok sambung bab nasik arab tadi. Aku order Mix grill tu jer la.. Macam hari tu. Cuma aku tambah salad... konon cam nak fefeeling urban la sangat. Sekali datang apa tau... memang salad la datangnya..tapi saladnya itu dau sup semata samata. cuma adalah rasa minyak jeton sket. Secubit jer aku rasa. Gilo apa.. makan daun sup gitu ajer. Dah la dalam pingan nasik pun dia taruk. Sekali order salad..daun sup tu jugak yang diorang bawak.

Hampess.......tak sedap... daun sup semata.. ada la tomato campur sket.. tetap tak sedap.

Aku pun dah lupa apa nama dia. Yang pasti kalo nak oder tanya dulu apa bahan yang ada kat dalam tu. Tapi kalo sesekali nak feeling urban makan Salad Daun Sup.. Apa salahnya..silakan..Anda pasti bergumbira selepas itu. :)

TQ sudi baca yer.. Sekian
Wassalam.

Thursday, December 20, 2012

Cerita Pasal Anak

Assalamualaikum..

Tetiba rasa nak membebel kat sini la. Ekceli hari ni ada ruang dan peluang nak berblogging ..apa lagi..moh la kita mencotcetcotcet.

Kurang lebih seminggu lagi dah nak masuk tahun 2013. Anak sulung aku baru 5 thn. Umur plak semakin tua. Kalo nak beranak sorang lagi kena pikir 2-3 kali. Penatttttttt................... Bila di fikir..naperla muda muda aku tak kawin erk?... Nyesal pun ada.... Eh..lupa la.. mana leh menyesal sebab masa muda muda dulu pakwe pun takder..camner nak ajak kawin. Jantan yang jenis menghabiskan duit adala. Nasib baik aku ni jenis yang cepat tersedar dari lamunan tau. Dalam cepat tersedar pun lesap gak duit ASB aku. Hehe..Usah dikenang cerita yang sudah. :(

Bab melalut nombor satu.

OK..ekceli nak cerita pasal anak ni. Bila dengar anak orang tu bijak..UPSR 5A...PMR8A..Wahh..kagum la. Camner diorang didik anak. Paksa ke ? santai ke ? hitler ker?.Aku ni dah mula risau. Walhal anak sulung baru 5 tahun. Aku tanya anak kawan kawan..biasanya yang bijak tu semua jenis yang minat blajar. Minat belajar maksud aku ni mak dia  tak perlu nak terpekik terlolong * aku la tu paksa anak dia baca buku tetiap malam. Walaupun 10 min satu hari.Aku?... macam kes kat atas la.

Ekceli aku dah susun target tau untuk anak anak aku ni. Seawal 4 tahun lagi. Melampau ker cara aku ni erk. Aku tengok orang lain rilex jer. Anak cemerlang jugak. Aku bukan apa... nanti risaula masuk darjah 1 pun masih tak tau membaca. Camner nak jawab soalan periksa.

Sekarang ni tak guna KBSR dah kan... KSSR kan sekarang?. Pastu penilaian dibuat seawal darjah satu sampai la ke darjah 6. Kiranya result UPSR tu dicompile 40% dari assessment band kat bawah ni. Satu lagi sistem buat aku pening kepala. Kalo dulu risau jer time balik cuti penggal. Kot turun kelas.. Malu wey.. sekarang canner erk?..Guene gamoknya  cikgu cikgu sekalian alam. Story me please.. Betul ke anak kita dinilai melalui sistem band di bawah ni. Takderlagi la no 1, 2, 3 kalo macam tu kan?. Ntahla ..aku pun tak berapa arif pasal ni.Buku rekod ada lagi ker tak? Cuba perati kat bawah ni :

Band 1 - tahu ABC.
Band 2 - tahu ABC walaupun di terbalikkan ZYX , still paham & boleh buat.
Band 3 - Boleh buat ayat
Band 4 - Boleh buat ayat dengan terperinci
Band 5 - Boleh buat ayat secara terperinci secara sukarela.
band 6 -  Boleh buat ayat secara terperinci & boleh menerangkan maksud kepada rakan& boleh membimbing rakan


Kiranya kat buku rekod dia nilai pakai band la yer..selagi tak lepas band 1 selagi tu la dia blajar sukatan yang dalam band satu punya?..sila jawab sekali lagi cikgu.

Dan ini adalah Target untuk Hafiy and Hadif. Tulisan melambangkan keperibadiannya..Yes...Aku sendiri pun serabut tengok tulisan aku nih. Masa ni tgh serabut pikir hutang piutang. hehehe.


Sekarang ni Hafiy kiranya dah masuk fasa ke-2. Fasa pertama dah settle. Alhamdulillah...Kiranya untuk fasa ke -2 ni dia akan masuk Band 3. Insya allah.. Target band 2 jer...Tapi masa 4 tahun ni dia dah konker band 1 & 2, elok la. Lagi senang kerja aku. So target seterusnya nak ajar dia membaca. Ingat nak guna kaedah Cahayaku..tapi kazen aku cerita cara Anakku lagi senang la. Lagi senang budak nak paham. So aku mesti dapatkan bukan and CD tu . Lama gak la mencari...yang jumpa Cahayaku jer berlambak... Yang Anakku malam semalam baru aku jumpa. Terus beli. RM36.90 tak salah.


Dalam satu set ni ada 8 jilid . Buku 1 hingga buku 8. Proses pertama dalam buku 1 tu adalah proses mengenal huruf vokal dulu. Dalam Cd tu dia tunjuk cara sebutan untuk vokal A, E U I O. Memang fokus pada mulut cikgu tu je. Camner nak sebut dengan betul.


Pastu dia siap warning lagi. Jangan sesekali kenalkan anak anak dengan huruf biasa...kenalkan mereka dengan sebutann terus. Baru budak cepat pandai tau. Jangan risau..sebelum kita jadi cikgu tak bertauliah kat rumah dia ada bagi sekali buku panduan . Dalam buku ni dia bagitau cara yang patut kita guna untuk kasi anak anak ni cepat paham.

Korang camner?.. cer citer....especially cikgu cikgu. Sharing is caring kan?..

Wassalam...



Thursday, December 13, 2012

Mata Yang Lapar

Assalamualaikum..

Gara gara menghapdet kisah nasik kukus ayam berempah punya pasal tak pasal pasal semalam balik jer kerja terus menonong mencari van nasik kukus. Kat Sek 7 ni kalo korang nak cari gerai dia memang sampai sudah pun takkan jumpa sebab diorang ni meniaga pakai van. Parking jer tepi jalan. Senang gitu kan... Bayar sewa van jerla. Sewa kedai tak payah. Pastu rumah tokey plak kat belakang tu jer...

akak...saya nak beli ayam jer boleh.. nak seketul jer..pastu nak kerak lebih * byk cekadak
bolehhhhhhhhhhhh..asal cakap....

Terus dia bungkus ayam seketul dan kerak nya yang super melambak..... sukerrrr..kerak dia sedap.


Saya suka kerak dia kak..makan ngan nasik gitu pun sedap..takyah kuah-kuah..

Dengar aku cakap gitu..lagi banyak dia isi.

Rumah tokey kat situ yer kak?
a..aaa... 
Dia la yang perap ayam ni sumer..
bukan... pekerjanya la yang buat..

Nak jer aku mintak bahan rahsia diorang. Agaknya bagi ker tak?.. setiap tempat mesti rasa berbeza beza. Bagi aku kat sini paling sedap.

Balik jer rumah terus masak nasik. Aku sempat lagi menunggunya. Tapi Hafiy dah tak boleh tunggu.. Separuh ayam dia dah habiskan. Kerak tu plak aku yang habiskan. 2 pinggan settle..terus pengsan

Wassalam..




Wednesday, December 12, 2012

Nasi Kukus Ayam Berempah Sek 7

Assalamualaikum...

Kalo petang petang hari gini aku publish entry pasal makanan maknaya aku kebulur la tu.
Memang aku kebulur tahap jingga sebab tengahari tadi aku tak makan. Tido..zzzzzzzzzzzz
Ekceli memang dari dulu lagi aku tak ambik lunch. Tu sebab malam nanti aku akan tibai habis habis. Kalo malas aku beli jer dan kalo rajin masuk la dapur. Lepas tu meroyan dagu dah jadi kuih lapis.

Lately ni aku tengah menggila Nasi Kukus Ayam berempah yang kat Seksyen 7 sana nun. Memang sedap. Terbaikkk pernah aku rasa. Tak caya cuba korang rasa sendiri. Minggu lepas sampai 3 kali aku beli. Ajeed pun naik heran sebab dia dah muak. Aku jer yang tak reti reti nak muak.


Kalo nasik kukus kat sini aku suka makan kering kering gini jer.. tak perlu kuah kuah. Nak lagi sedap ada petai ngan sambal tempoyak sekali. Nescaya ko masak nasik lain plak lepas tu 2 pot kecik. Itulah hakikat.
Kar area umah aku ni ada 2-3-4 tempat yang jual nasik kukus. Tapi yang the best nya kat sini la.
Tak caya sila cuba sendiri. Regenya dulu 5.50 jer...sekarang dah up sket..6 henggit. Tapi ayam dia besar gila. Kira sekor tu belah 4 jer kot. Kalo korang kapel boleh share jer ayam dia. Nasik jer la perlu lebih sket..

Tempoyak yang balance aku makan dalam pic tu kan aku ada bawak ke ofis tau. Simpan dalam peti ais. Hari ni aku cari takder.. Tapi bau ada... Cari lagi..rupanya ada orang sorok dalam plastik. Maybe bau kuat sangat kot. Takper..yang penting jangan dibuang.Kalo buang siap.. Aku ngamuk la. Candu aku tu.

Ok wassalam..

Cuti Semalam

Assalamualaikum...

Pagi ni mengantuk tahap jingga. Asyik menguap jer.
Amacam cuti korang semlam..warga selangor?.. jenjalan ke kat rumah jer. I punya cuti as ussual la..kat rumah jer. Ajeed kerja..malam tadi pukul 5 AM baru balik. Diulangi 5 AM.

Semalam plan kemain berkobar nak bawak anak jalan ke Putrajaya. Ada hati wey nak drive sendiri. Plan asal nak gi buat IC sambil singgah bank kejap. Masuk duit budak budak ni. Punya la lama aku peram dalam beg aku. Sampaikan 2-3 kalilah bertukar angpau. Koyak.. mana taknya ke hulu ke hilir bawak dalam beg aku. Mau tak lunyai. So semalam niat nak menyimpan duit budak ni sekali lagi gagal.

Nasib baik gak la aku tak ke Putrajaya.. sebab petang tu kereta aku mati masa keluar beli alat tulis kat Seksyen 8. Nasib baik keter parking. Kalo mati tengah jalan harus gelabah tahap biawak kot. Kejadian kali ke-2 berlaku kat aku. Masalah sama jer..kepala bateri longgar. Aku dah tahu silution macam mana...cuma risau sebab takut hujan jer la. Kali pertama kena masa kat Spital kat kampung aku. Nasib baik ada Pakcik sorang tu. Keter dia pun rosak kat spital gak..tetiba aku panggil suruh tgk keter aku..Pening dia.

Kali ke-2 semalam la.. Lama gak la duk mengetuk kepala bateri. Nasib baik  tetiba toinggg..bunyi alarm.. Ya Allah..Alhamdulillah selamat. Bangga kejap bila dapat solved kan masalah kecik cenggini. Fefeeling cam super women..kah..kah..kah. Aku syak kepala bateri longgar..sebab banyak sangat bumper jalan kat situ. Sengaja aku ikut jalan dalam sebab malam nak masuk roundabout..hehehe.. takut.


Jadi semalam dari pagi sampai ke petang duk bergolek kat depan TV jer la. 3 kali makan nasik 4-5 kali makan pengat pisang. Kebetulan balik umah MIL aku hari tu dia bagi satu plastik pisang apa ntah.. pisang tanduk tu aku kenal la. Rupa sekali imbas macam pisang kebatu. So aku rasa pisang kebatu kot, so daripada terbuang buruk.. elok aku buat sesuatu. At least dapat mengenyangkan perut. Nak rebus sesajer pun boleh kalo betul pisang kebatu la. Kalo pisang lain..idak ke membazir.


So alang alang pisang dah ada...gula melaka ..sagu mata ikan stok lama pun ada.. cuma tinggal santan jer la. Nasib baik ajeed lom kluar lagi. So sambil sambil dia bawak si hadif ni meround taman...mintak jer la dia belikan sekali. Maka petang tu jadila pengat al pisang serashi bersama sagu mata ikan..Sagu tu aku taruk sket jer.. Banyak nanti tak best..berlendir jer dalam mulut aku rasa. Kalo semulut terkena sebijik tu macam best jer.. Teruja nak gigit gitu.keh..keh..keh.


Jemput jemput..Pagi ni pun bawak bekal pengat pisang semalam... hehe.. takyah la ko makan pagi. Agak agakla pengat buat brekfast. Apa kata petang nanti buat lawan dengan air kosong untuk Tea Time break 10 min jer pun rehatnya. Sempatla sesuap 2..yer dopp...

Makan.... Hidup ajer Cik Anie nih...Aku dulu kutuk sebelum orang lain kutuk..geh..geh.

Wassalam

Thursday, December 6, 2012

Berita Mengejutkan Pagi Isnin Lalu

Assalamualaikum.....

Hrmmmmmm.. Camner nak mula erk.. Mukadimmah panjang panjang kan boring plak korang baca. Ekceli 2-3 hari ni hati macam tak sedap jer. Ada jer cerita ceriti yang kurang enak di dengarnya. Tapi yer la. Selagi kita masih dipinjamkan nyawa untuk kehidupan hari ini selagi itulah bermacam macam masalah, dugaan, cabaran yang perlu kita tempuhi. Itu semua dah menjadi syarat untuk mematangkan pemikiran kita sebagai manusia... Kan dah melalut.

Isnin lepas Mak aku ngan adik aku datang sini. Kebetulan adik aku ada hal yang nak kena di settlekan. So alang alang hantar Hafiy ke Kajang sekali. Lama bebenor dah dia tinggalkan kitorang mak apak dia ni. Dia takder hal punya...relex jer. Adik dia pun dia tak ingat. Adik jer hari hari mintak tengok video abang yang di rakam masa balik kampung hari tu. Melalut lagi.

Pagi tu dikejutkan dengan berita kematian sepupu aku yang kerja kat Hospital Ampang sana. Sepupu aku ni lelaki. Blom kawin pun lagi. Anak pada adik tiri ayah aku. So aku pun tak berapa kenal la dia ni. Kecik kecik dulu ingat la rupa. Bila dah besar..belajar kat luar semua..pastu sambung kerja..so maka proses untuk beramah mesra dengan sepupu sepapat pun menjadi semakin jauh.

Hari Isnin hari tu cerita versi lain..hari ni plak versi lain...Ye la..hari tu dapat berita dari jauh.. melalui telepon jer. Semalam baru mak aku berkesempatan untuk menziarahi keluarga arwah. Rupanya yang meninggal tu anak Pak Su aku yang no-2. Bukan yang sulung. Yang sulung tu takder apa apa. Yang parahnya tuan punya kereta tu la. Dengar citer nak ngelak jer. Pastu tercampak keluar dari keter sebab tak pakai tali pinggang keledar. Eeee takutnya. Abangnya pakai..so keter berpusing 2-3 kali pun takder hal la. Kereta tu plak baru jer di pakai... blom sempat bayar ansuran pun lagi. ermmmm....

Dah nak dijadikan cerita dan ajal dia pun dah tertulis macam tu. Kalo dah sampai ajal kita takkan diawalkan walopun seminit dan takkan dilewatkan walopun seminit.. Moga Allah S.W.T tempatkan roh arwah disisi para Solihin.. Amin...

Al-Fatihah...
Wassalam...

Tuesday, December 4, 2012

Tamat Sudah MCM Musim 2

Assalamualaikum..

Baru ada masa nak update pasal Izyan menang..hehhehe...Nak jugak.

Ihsan Forum cari

Tapi aku baca komen kat forum cari, macam ramai jer yang tak puas hati dengan format MCM kemuncak hari tu. Termasuklah aku. Apa la..citt.... poraaahh.. Kelainan yang tak menjadi namanya tu. Dah la nak sempat nyanyi nyanyi. Aku jamin penonton takder sempatnya nak feeling dengan Kilafairy and Najwa Latif, Dato Fazlie tu semua. Penonton lebih teruja nak tengok menu yang akan disajikan oleh bakal bakal juara. Itu yang penting..

Memang lansung tak best. Masuk jer part nyanyi aku tukar chanel , tgk rimau lagi. Nasib baik 2-0. Hehehhe... berbaloi la sebab apa tau..aku terskip menu utama yang Izyan buat. Dessert jer nampak kek kukus. Macam sedap jer kan?

Memang patut kemenangan berpihak pada Izyan. Sebab 1 nya komitmen dia.. dia cakap yang awal awal lagi masa turun keter dia hanya pikir 1. Nak jadi tukang masak. So sekarang impian dia dah berjaya. Niat dia tuhan dah makbulkan. Tahniah..

Lepas ni entry pasal master chef dah takder lagi la. Terima kasihla pada mereka yang tersinggah tak sengaja kat sini ..readers yang tersinggah ke sini kebanyakkannya sebab nak tgk muka che lah ker. Yang penting sepanjang MCM ni traffic kat blog ni naik mendadak.. TQ semua. Ni sumer gara gara Che Lah la. Paling ramai orang google sebab nak tengok rupa orang cantik yang pandai masak. Che Lah dah buktikan sebab diakan top six.hehehe. Lepas ni korang boleh la masuk lagi kat sini yer. Mana tahu..rindu nak tengok muka Che Lah Gedik kan.. Silakan..hamba tak marah.

Ok la.. tu jer nak membebel tengahari ni. Ekceli banyak cerita nak kongsi sini. Tapi faktor masa telah menyebabkan hamba mengabaikan blog ini. :) Ada rezeki kita sembang lagi..

Terima kasih sebab sudi baca..
Wassalam..