Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, March 21, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum..

Aku baru ada tertengok tau satu survey yang beautifulnara buat pasal JJCM. Rupanya ramai jugak yang tak suka dengan konsep dan pengacara baru dia. Aku ingat aku jer yang selalu komlen pasal pangacara baru JJCM ni. Yer la… nampak sangat dia berlakon. Makanan tak sedap tapi buat buat sedap.. dari expresi muka tu aku boleh cam dah. Itu aku la yang cakap.. orang lain idak plak aku interbiu. Takper la.. lantak la dengan diorang… kita pung pang sana sini komplen tu komplen ni.. dia jugak yang dapat sedap.. boleh jalan jalan plus dapat makan free lagi. Kau ada?.



Jom la ikut cikanies jalan jalan cari makan dengan versi dan style cikanie. Janji halal dan kenyang. kita ke Nando’s yer puam puam tuam tuam adik kakok.. cuba resepi baru dia ni…apa ke nama  ntah resepi ni..lupa, tak ambik pot pasal nama nama resepi ni.. janji perut kenyang,



Rasanya ok la… sedapppp la jugak kalo time perut lapar….. tapi tak sesedap nasi ngan budu. Ekceli kalo nak ubah selera tekak sekali sekala tu ok la. Kalo hari hari macam ni tak perlu makan ubat julap ko… kit yuk… masammmm. Carrot dia aku ingat sebatang kot dia taruk.



Selera Ajeed macam biasala.. nasi kena ada.. yerla.. piker tekak si anak jantan dia.. lapar nak makan nasi. Makan semulut taknak.. kata Hafiy..

Masam la bu.. Tak sedap..



Nasi dia tu tak masam..ayam dia tu ada masam masam sket.. sebab ambik yang berperisa lemon. Rasanya kalo try original maybe sedap kot. Tapi takperla.. habis jugak kami telan.



Air kat sini tak perlu nak risau. Order jer air strawberry ngan ais lemon tea.. 10 kali refill pun waiters kat situ takkan marah. Dia senyum jer.. paling hebat pun dia jeling jer bila belakang ko.

Soooo bila semua orang dah kenyang mau jalan 10,000 langkah pusing mall tu no hal punya, anak pun ngikut jer.. Maknya plak nak try seluar 3, 4 kali kuar masuk fitfing room pun ok. Betul tak? Tips ni...

Wassalam................

Tuesday, March 20, 2012

Kalo dah start menulis……..

Macam ni la..
Assalamualaikum..

Pagi ni jadi cekgu besar sekali lagi.. hehe...bangga .. banga...selagi tak siap keter tu selagi tu la aku jadi cekgu besar. Ajeed pangkatnya tinggi sket la, Tuan Pengetua... :)



Semalam aku ada terpikir satu tips.. tips nak bagi idea datang. Anda hanya perlu tutup mulut.. tak banyak sembang.. gerenti idea datang mencurah-curah. Kalo tak percaya cuba. Jenis aku ni tak suka pendam kalo ader citer-citer best.. gossip pun termasukla. Tapi part gossip tu takyah la nak beriya sangat nak cerita kat sumer orang. Tak perlu ghairah nak bergossiip sampai summer kerja tak jadi, kan benda lain yang datang. Lagipun buat apa sibuk sibuk nak bergosip.. citer pasal orang, komplen pasal orang ni.. Walhal diri sendiri yang banyak tak betulnya. Betul tak?



Semalam balik kerja ..terus pegi ambik budak berdua tu. Aku tengok pokok yang tumbang kat taska hari tu dah pun diorang tebang. Tinggal tunggul jer.. Elok la.. Aku rasa hari tu diorang nak tebang. Tapi mungkin kos dia mahal kot. Tu sebab dia tunggu pokok tu tumbang sendiri.. hehe.. jimat kos sket.. Yer dop?… Opsss hamba tergossip kejap…



Ekceli takder la gitu.. aku saja nak menambahkan perisa kat entry ni jer. Kan korang baca pun naik bosan…Tapi kan aku pun tertanya-tanya… ada lagi ker readers yang baca blog aku ni. Yer la dahla tak berilmiah pastu asyik citer merapu meraban jer. Tapi harap-harap adalah lagi insan yang sudi mendengan rintihan jiwa lara hamba ini.. uhukssss..

Ok la… tak nak cerita panjang lebar.. apa yang penting aku nak blog ni terisi dengan cerita-cerita yang boleh aku jadikan satu kenangan yang terindah suatu masa nanti. Hanya untuk diri sendiri, anak anak.. Ajeed?…. pandang pun idak…. :)

Macam dah lama jer tak buat entry jalan jalan cari makan..... stok gambar/ citer tu ada.. tapi masa takder..ahhh.. nanti nanti la...

Wassalam..

Monday, March 19, 2012

Kisah Jumaat Lepas.

Assalamaualaikum..

Pagi tadi feeling cikgu besar pencen sebab datang kerja naik mejedis. Serius cakap.. rasa macam otai benenor.

Jumaat lepas kalo korang perasan angin ribut memang luarbiasa sangat. Kat Kajang la.. Kat tempat korang tak sure plak. Nasib baik Ajeed sempat balik umah. Ambik keter baru datang jemput aku. Kalo tidak, tak tahula macam mana.. Agaknya kul 8 kot baru sampai rumah. Nak tunggu hujan reda.

Sampai jer taska tgk pokok yang sebelah ngan taska tu pun tumbang. Besar beb pokok tu. Kalo la pokok tu timpa kan taska pastu ader plak budak kat dalam bilik tu masa tu.. Tak tahula apa nak jadi.. Nauzubillah. Nasib baik tumbangnya hala ke jalan. Tu pun terkena la bucu pagar tu sket



Tak habis lagi… Balik jer rumah… Masya Allah.. apa sudah jadi… motor dah basah kuyup, kain khemah dah tercabut. Tu la.. nak save budget cari khemah yang murah-murah.. Sudahnya koyak rabak kena pukul ngan ribut.

Semalam Ajeed dah beli ganti yang baru. Beli yang elok sket kot lepas ni datang ribut lagi kan.. tapi bila nak pasang baru perasan, besi panjang yang kat atas tu entah mana tercampak. Aku ingat mesti orang dah kutip jual kat besi buruk. Tak pasal-pasal kena cari yang lain. Nak beli mana ada jual erk?….



Nak pasang awning pun bukan rumah sendiri.. So plan jangka pendeknya macam ni.. pasang jer khemah.. Ada gak tempat berteduh motor buruk Ajeed tu. Satu lagi kalo takder khemah tak boleh kot…..Hadif ngan Hafiy ni suka main beskal kat luar , Diorang ni bukan reti panas ke hujan.. janji dapat main … kayuhhhh tak hingat. makin dilarang makin menjadi.. Baik aku suruh jer.

Sory… ini entry tiada penutup.. babai…

Wednesday, March 7, 2012

Majlis Sanding Ana Almas

Assalamualaikum

Sebelum panjang lebar aku bercerita tataplah dulu wajah pengantin yang very the gojes ini. Cantik plak aku tgk baju dia pakai.. Walhal malam nikah tu aku dah tgk tergantung kat dalam bilik…. Lahai tak lawanya baju nikah Ana.. Tapi bila dipakai, dihias dengan bling bling kat kepala tu barulah terserlah ayunya.


Macam yang korang baca dalam kisah sebelumnya.. Majlis Nikah aku termiss…

Sanding Ana pun aku ter miss jugak.. frust giler… baru jer berangan nak ambik gambar atas pelamin dengan pengantin. Sampai sampai pengantin dah takder atas pelamin.. renjis renjis dipilis pun dah settle. Tinggal hanya ni jer… pengantin tengah minum air atas pelamin. Dahaga sangat. Sibuk melayan tetamu la tu. Nak jugak aku naik pelamin,



Berbalik pada sambungan citer semalam, naper aku lewat ke majlis sanding Ana.

Takyahla nak teka keter mejedis tu buat hal lagi eh…salah… Ekceli yang sebenar-benarnya ini adalah kesilapan daku sendiri.. yer aku betul betul menyesal… (bunyi cam serius jer)… Gini citernya…bangun kemain awal lagi ya… siapkan anak-anak sumer..bekfes awal awal lagi.…sampai masa maknya yang nak melaram…OMG.. baju takleh masuk…..sudahhhh….stok baju baru memang tak standby baju raya bulan 8 tahun lepas dah macam sarung 2 bijik nangka, bukab sebijik tapi 2 bijik…. Ketat ya amat yooo… spot area biasanya…kat mana lagi kan.. vontot la…... Yang aku tak boleh terima…tang perut tu tak boleh masuk ..KANTOI. Baru setengah tahun baju saiz M dah tak boleh masukkkk… menggigillll…. Tak boleh nak terima kenyataan badan dah mengembang.. cuba baju lagi satu.. sama jugak.. atas bawah kiri kanan belakang depan sumer terbonjol dengan lebihan isi. Nak tak nak kenalah ajak drebar pegi carik baju lain, sebab aku dah takder baju nak pakai dah. Apa lagi..dalam pukul 11 kuar umah pegi kedai cari baju kurung saiz besarrr punya.. Gila sadis betulll. Tapi kena gak terima hakikat…..

So macam biasa la.. kalo dah ke kedai… belek tu belek ni…yang tu plak nak cari hendphone..yang ni plak nak cari baju kerja…sudahnya dekat pukul satu baru sampai umah pengantin.try tu try ni sumer tak kena.. Sampai sampai sana rombongan pengantin lelaki dah nak habis makan. Terlepas plak peluang nak tengok Ana atas pelamin. Keciwa lagi.


Takper la.. Dapat tengok gambar kat beg goodies pun jadilah. Kalo dapat beg macam ni nak buang pun rasa macam tak sampai hati. Simpan jer la buat kenangan hari tua.



Tapi sifu aku sempat plak ambik gambar ngan pengantin. Aku pun dah macam takder mood bila sumer plan tak menjadi ni. Dengan anak anak yang tak dengar kata. Makin dilarang makin dia nak buat. Lepas satu satu gula-gula yang atas dulang tu dia ambik. Sudahnya aku ambik satu bekas simpan kat tempat tinggi sket. Padan muka. Kan kalo aku tak simpan blom sempat pengantin nak merasa tgk bekas dah kosong.. Apa celopppp.



Pic dengan mak aku pun tak sempat nak ambik. Diorang tengah sibuk nak berangkat balik Kelantan. Datangnya Jumaat Malam. Sabtu petang dah sibuk nak gerak balik. Kalo aku baik tak payah datang. Buat penat sakit urat adalah. Pastu dengar citer plak diorang sampai sana dalam pukul 4 pagi. Pukul 5 gerak dari sini..bayangkan 12 jam atas jalan saje. Dengan anak kecik lagi. Paham jer la budak.. mesti nangis punya. Pastu kisah Majedis tu pun tak habis lagi. Wiper hari tu pun tak repair lagi sebab nak balik repair kat kampung. Itu lah yang menjadi sebab musabab naper sampai 12 jam diorang kat atas jalan raya. Mesti anak dia yang jadi wiper sekali lagi. Aku pun dah dapat rasa mesti pakcik aku dah serik nak datang sini lagi.

Pastu petang nak balik tu kami anak beranak dah bingung.. Ajeed dah tinggalkan kami .. Siap makan sumer dia dah gerak pegi kerja. Sudahhh..satu hal lagi nak mintak tolong saper yang hantar… Sementara tu marilah anak-anakku kita bergambar tepi longkang sekali lagi. Heran aku budak sekarang… Pandai jer buat tangan macam ni bila bergambar. Aku tak ajar pun dia buat macam tu. Pengaruh luar senang sangat meresap masuk dalam kepala hotak diorang. Kesian si kecik aku tuh.. Terpenyek kat tengah-tengah.



Nasib baik ada sorang sepupu aku yang kat situ sanggup hantar aku balik rumah. Kalo tunggu Ajeed maunya pukul 10 11 baru dia balik kerja…Sooo tebalkan muka kejap mintak dia tolong hantarkan….
Sebelum balik tu… perempuan muka ketat a.k.a pemilik blog mau tayang muka . Biar muka ketat takper jangan baju yang ketat. Seksa zahir batin..Susahnya nak kontrol makan malam ni..Korang ada petua tak?



Pic masa sanding takder banyak sangat. Ini jer yang ada.. InsyaAllah kalo ada sumber yang boleh bagi kredit boleh aku upload lagi. Wassalam….

Tuesday, March 6, 2012

Majlis Nikah Ana Almas

Assalamualaikum…
Fuhhhhhh… Tarik napas dalam dalam… Firstly , syukur banyak-banyak sebab 1 idea sudah maliii lo….. Ke-2nya aku nak ambik kesempatan kat sini nak ucapkan selamat pengantin baru buat Cik Puan Ana Almas , Semoga berbahagia seadanya dengan Tuan Muda Zul yer.



Alaaa…. Setakat gaduh gaduh manja ni.. muncung muncung mulut sampai boleh gantung hanger tu biasa jer. Ingat.. mana ada bahtera yang tak dilanda badai. Cuma peranan nahkoda tu yang penting sebab tanpa nahkoda yang cekap, bijak, waras akal fikirannya maka tersasarlah kapal itu dari haluan yang sebenarnya.
Ok.. sila tarik napas dalam dalam untuk kali yang ketiganya sebab entry yang bakal korang baca ni gambarnya banyak ya amat. Kalo rasa tak sanggup, mata dah klabu asap silalah log out la cepat cepat yo….ambo tak marah.

Ekceli sebelum aku membebel panjang lagi lebar ni (adaaa lagi) aku nak mintak berbanyak banyak kemaafan sebab tak dapat meraikan hari bahgia bersama-sama dengan pengantin baru. Biasala kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Serius aku cakap dari hujung tahun lepas lagi dan timbul rasa excited. Tak sabar nak tgk Ana kawin.. nikah. Lastly apa sudah jadi. Malam nikah dia aku sampai rumah dia dekat pukul 12-30. Sebab apa?… terpaksa redah jam pi ambik pakcik aku dekat Jalan Loke Yew. Terkandas kat sana sebab wiper dia rosak plus dengan hujan lebat, plus lagi dengan dia yang tak biasa datang KL. Plus lagi dengan jalan jam. Sooooo apa jadi korang fikir jer la sendiri. Sampai orang kiri kanan boleh gelak bila keter mejedis ada wiper manual. Terpaksa sepupu aku bukak atap keter yang kat atas tu, 2-3 minit sekali dia keluarkan kepala lapkan cermin untuk bapak dia, almaklum dah la malam… nak nak baru sampai KL lak… Sadis betul kan.. gelak setan jer orang kiri kanan bila nak bayar tol. Sudahya sampai sana majlis dah setel. Lauk pauk pun dah licin. Tinggal acar nangka ngan sayur jer. Pastu adalah skit skit daging yang tinggal … seketul 2 jer.. buat lekat celah gigi .

Ok..takper la… besok majlis sanding dia awal awal lagi aku nak datang. Lagipun umah dia dalam 5-10 minit jer… Alih alih tak dapat datang awal jugak jugak… Korang teka sebab apa…

Itu nanti aku citer dalam entry lain.. settle yang ni dulu.

Ok la.. stop jap citer pasal tuan blog.. Masuk citer Bab Ana Almas kawin jer. Cantik bebenor aku tengok si pengantin. Sekali tengok macam Twinkle Khana.. 2 kali temgok macammm buah kana.. hehe.. gurau jer. Tapi serius aku cakap dia betul betul very the gojes looooo…. Cantik. Untungla si Zul tu dapat tangkap dia. Wa tabik spring…





Ini plak sebahagian dari hantaran untuk belah lelaki. Lupa nak kira berapa dulang. Nampak cam boleh tahan gempaknya. Belah popuan aku tak sempat nak membelek. Sampai dah lewat.





Dalam bilik pengantin plak… wahhhh tersergam indah dengan set katil yang bersaiz RAJA punya… lampu lampu hiasan yang memang nampak lawa sangat. Kena la dengan set katil dia tu.




Pelamin dia pun lawa gak.. Cuma masa nikah malam tu dia blom leyak kerusi lagi… nikahnya atas bantal jer.. Janji sekali lafaz jer yer….



Selesai akad nikah . Selamat sudah Ana menjadi bini kepada Zul. Alhamdulillah. Dah jadi bini orang.. peranga pun kena la matang sket. Silalah salam dengan kluarga belah belah suami yer. Jangan pandang ngan senyum jer….Pointer kena jaga. Jangan turun naik. Hehehe.


Kusyuknya pakcik aku bercerita. Kitorang bahasakan diri dia AyahNgoh, dialah bapak sipengantin ni. Sebelah dia tu nenek aku, mak pakcik aku tu la.. Yang belah kiri tu makcik aku. Apa yang diorang bercerita tu gamaknya erk.



Ceria bukan kepalang lagi nenek aku bila dapat jumpa anak kesayangan dia. Yerla orang tua.. jumpa anak sekala skala. Tuhan jer yang tahu betapa gembiranya dia. Dah tua tua macam ni bukan wang ringgit yang menjadi dambaan. Kasih sayang dan sentuhan anak tu lagi berharga.



Saper lagi lawa .. pengantin ker bulan mengambang tu yang lawa. Aduhhh.. slah satu sebab malas nak update blog ni la. Nak upload gambar muka sendiri kat blog pun dah tak lalu. Apa lagi korang yang tengok kan…Tapi jangan…..



Jangan Kau Pandai Bunga Yang cantikkk..
Kerna ia biasa menghancurkan….

Cehhhh… Ramli Sarip u… ntah betul ke idak lirik dia .. aku main hantam sajer. Tapi macam takleh lawan sifu aku la. Sifu Makan Banyak… Makan suku pinggan jer nasik..tapi 10 kali tambah.. Kirala berapa pinggan. Inilah dia Sifuku….



Tunjuk Ajarku Sifu….

Mari anak anak kita bergambar…. Hafiy pun dah makin bulat kan. Macam saper lagi. Aku la plak yang jadi sifunya.



Baju biru yang sebelah kiri tu mak si pengantin.. Yang baju hijau sebelah pengantin tu sepupu sepapat kitorang la.



Ekceli gambar ni kebanyakkan kredi dari sepupu aku yang baju hijau tu tadi. Mintak izin yer kak masuk dalam blog saya. Yer la. Hanset aku ni canggih sangat. Nak kuar dalam beg pun segan Biasala IPUNG 10s. Limited Edition … :)

Ni baru gambar nikahnya.. Gambar sanding aku akan upload kemudian. Kalo rajin la.

Eh…mesti kena rajin..sebab aku nak tunjuk gambar muka selebet aku pakai baju baru saiz besar……hehe.. tunggu yo.

Thanks for reading...