Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, January 19, 2012

AIR OH AIR

Assalamualaikum.

Kat tempat korang takder masalah air ker?. Ke gangguan ni kat area Hulu Langat jer. Mungkin gak kot, tapi kalo setakat air kecik, halus macam air kencing budak umur seminggu ok lagi. Boleh accept lagi la..pada aku la. Tapi kalo air tu keluar macam air kopi kalah kopi kapal api rasa nak marah pun ada… tapi takder la sampai nak maki hamun Syabas kat blog kan nampak sangat tak pofesional. Berapi kat blog.. kat FB bukan main.. tapi realitinya kuncup macam kemuncup jer baik takyah. Cukupla sekadar aku cakap tak puas hati dengan servis diorang jer la. Takyah maki lebih lebih.


Kadang-kadang tu buat hangin satu badan bila time nak jemur baju… Nahhhhh setampal karat warna cokelet.. Elok menepek jer kat kain baju warna putih. Tak pasal pasal kena sental sekali lagi. Biasanya kalo dah awal awal kuar air kopi aku memang dah tak hingin nak On washing machine.. Tapi kalo tetiba dia datang, nak nak seround lagi nak habis pusing mesin tu..rajin ker ko nak gi check dalam mesin tu.

Harap harap lepas ni masalah air karat dah takder lagi la. Sayang tau kain baju putih.

Wednesday, January 18, 2012

Cuti CNY

Assalamualaikum…
Mesti ramai yang tengah plan kat mana nak habiskan cuti CNY kan?. Cikanie cambiasa la.. macam tahun yang sudah sudah… Balik Kampung..Yihaaa. Tapi yang terlebih excited nak balik kampung saper lagi… TuanMudaHafiy la.

Ekceli minggu lepas mak aku ada datang sini. Kebetulan dia nak tgk cucu sedara dia masuk ICU sebab eksiden kat Melaka hari tu. Dah alang alang sampai sini mana boleh terus balik Klantan jer. Tulah.. tulah….Mesti singgah kat sini barang semalam 2. Memandangkan Hafiy dah tak sabar nak balik kampung aku kirim jer Hafiy balik ngan dia terus. UPS terus. 5 jam sampai. Kebetulan sepupu aku pun baru start cuti sem… sama la ngan adik aku. Makanya apalagi jimat la space keter Ajeed nak balik Ahad ni. Selamat sudah Hafiy dah sampai kampung. Sampai sampai jer benda pertama dia Tanya

Kenapa nenek tak bawak Hafiy tengok biri biri..?

Sinonim betul Hafiy ngan biri biri… tau la. Hari ini hari ke-3 dia kat kampung. Selamba badak jer jawapan dia bila cikcue dia menanya..

Sayang babah tak?..
Sayang..

Sayang Adik tak?
Sayang jugak..

Sayang Ibu tak?
TAKKKKK…

Kurang asammmm punya anak… sumer orang dia ingat. Ibu dia boleh dia tak ingat.. memang betul betul lupa daratan ko yer bila ada tok nenek ko erk….
Tapi kesian kat Hadif kat sini la. Bangun pagi jer…

Bai.. baiii…

Bai tu abang la… ntah naper dari abang boleh jadi bai plak. Ingat ini bai jual karpet aper.

Tapi kan elok jugak aku pisahkan diorang ni kejap. Biar diaorang dapat rasa erti RINDU sebenar. Yer la..ada dekat ko suka suki jer lempang adik. Pantang terusik mainan dia… zass..lempang terus. Itu baru lempang. Betul sepak lagi..Belum WWF lagi. Alahaiiiiii anak.

Harap harap perpisahan sementara ni dapat mengajar diorang erti kasih sayang, kesabaran, menghargai antara satu sama lain...kalo biasa kat taska si adik ni suka membuli si abang.. baju seluar dia masa nak mandi dah menjadi tugas abangnya masuk kat dalam beg.. kalo cakap elok takper.. ni macam memerintah ala HITLER… Yang si abang nii ikut jerla apa yang si adik suruh.. Kadang kadang aku tengok si abang ni yang banyak mengalah. Biasala kan .. dari pemerhatian aku macam ni la. Adik besar kepala sket.dari abang. Abang baru lessen L..adik dah P.

Bila takder si abang , inilah masa si adik plak tunjuk peel manja. Macam terkurang kasih sayang plak selama ini. Pandai plak dia ambil peluang masa ni. Tapi takper.. bagila muka kat dia. Kan minggu depan dah nak juumpa abang. Masa ni jangan harapla ko dapat nak menepek kat mak bapak lagi. Pandai pandaila bawak diri.
Terasa jugaklah sunyi bila sorang takder. Nasib baik seminggu jer.. kalo sebulan…tak tahu nak cakap apa. Kalo dah terpaksa pasrah jer kot. Tapi kalo sesajer nak pos suruh orang tua bela.. Nehiiii Kabi Nehi kot.



Pic ni ambik masi nak balik kampung hari tu.. Rambut mesti kena trim dulu.. Kan terkem biri biri jantan kat hafiy…


Tata...