Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, November 21, 2012

Musim Buah Kembali Lagi

Assalamualaikum.....

Dulu dulu kalo nak tunggu musim buah memang bercinta la jawabnya. Punyala lama nak tunggu hujung tahun tu kan?... Tapi sekarang ni tak payah nak menunggu musim...dalam stahun tu 2-3 musim buah ni datang. Itu kalo kat kampung. Kat bandar ni lagi la.... sepanjang masa ada. Rajin ngan tak rajin jer nak gi rayau kat pasar malam tu.. Apa susah kan?.. Thailand sana nun teknologi nak hasilkan buahan bermutu sepanjang tahun kemain lagi canggihnya. Durian takder bau pun boleh jumpa sana. .. Korang pernah jumpa...Pernah..?.aku pun tak pernah. Dengar citer je la. Tapi kan takut jugak dengan racun racun kat sana. Penggunaan racun kat sana kan tak terkawal. Sesuka hati diorang jer nak guna banyak mana..No wonder la buah buahan yang datang dari sana semua comel comel dan gebu gebas sangat. Tapi awasssss, blom tentu selamat tau.


Kalo kat dusun sendiri sah sah la selamat. Sebab guna baja buah jer paling tinggi pun. Racun serangga tu lantakla.. Makan jer la. kadang kadang tuan takleh makan lutong ngan "bakabiki" dah rasmi dulu. Takperla.... berkongsi sesama makhluk tuhan. Halalkan jer la. Teringin gak binatang tak tgk rambutan yang merah merah ni

Saper saper yang balik musim ni memang muntah buah la. Pagi breakfast ngan buah rambutan dulu..tengahri lunch ngan manggis..petang plak ngan doyan..malam nanti duku dokong plak. memang berah buah la jawabnya. Syukurla..rezeki tuhan. Kan tahun depan tak kuar buah terlopong plak nengok dusun orang lain.


Kat kampung aku ni pesennya satu rumah satu dusun..ada gak kaya raya berekar ekar dusun diorang. Bagi kami apa yang ada sekeliling rumah dah lebih dari cukup. Hilangla kempunan nak makan buah tu. Yang kat dusun biasanya mak aku pajak jer la... kat sini sepohon rambutan sekolah tu 50 henggit... Kat sini ada tak korang jumpa semurah itu?.. Doyan plak sekilo 1.50.. mak aiii...rasanya penat nak mengutip bawak naik bukit tu tak berbaloi dengan rege yang bakal dapat tu. Sudahnya pajak jer la ngan pohon pohon. Jangan diorang tebang ngan pokok pokok dahla.

Orang yang paling teruja balik kali ni Ajeed la.. Makan rambutan sampai sakit gigi. Jam jam tu nak gi cabut... bagi panadol tidor kejap...elok... terus lupa nak gi cabut gigi. Sayang plak kat gigi dia. Hadap doyann balik..

ishhh..rugi.. rugi...
takyah la..kan sakit lagi gigi tu...
Ahhh.. makan jerla...



Kunyah jer pakai gigi depan..terus telan. Lepas ni dah balik Kajang takkan jumpa doyan sedap ni lagi... Pandai jer aku menghasut. Doyan ni masa aku balik takder pun gugur lagi.. Yang ada sebijik 2 tu mak sedara aku punya. Suka hati mak aku jer pepagi kutip bawak balik rumah. Dia plak ada 2 pohon jer yang berbuah..

kesian moksu nak makan buah..Ma jer yang kutip ni..
alohhh nanti bayar la.. buah kita luruh bagi dia plak..
ooooooooooooo gitu...


Manggis plak tak masak sepenuhnya la. Dalam sepohon tu ada la 5-6 bijik yang warna pepelnya. Yang lain putih jer lagi kalernya. Masa ni la seronok nak memetik. Sebabnya macam treasure hunt plak kan?. mencari benda tersembuni warna pepel di sebalik daun daun segar yang menghijau... kemainnn....


Duku dokong pun sama...kuning jer tapi masam giler. Mak aku cakap sekali masak baru. Dia nak 2 kali masak. Tapi sebab pelahap nak makan buah tahap jingga..blun jugak la..sebijik manis..2 bijim masam sket.. masuk bijik yang ke-3 terus luka lidah. Masam siot.


Paling best buah rambutan... memang kenduri rambutan kitorang haritu. Bukan rambutan anak sekolah tapi rambutan cik embun dalam ertikata lain. geh..geh...Bahasa kami plak Moktan Cikmbun Spesis ni memang sedap..manis dan rapuh. Nak nak ko makan di pagi hari...pastu petik plak ngan tangan dari tangkai dia tu...heavennnn................... kalo banyak banyak tak best.. hilang dah manis dia tu..cewah..


Pokok depan rumah tengah masak ranum.. tapi bahagian atas atas sana nunnn.. Hujung hujung dahan. So satu cara yang paling berkesan adalah naik tebang dahan yang banyak buah. Itu kerja adik aku. Aku tukang makan ngan kutip kat bawah. Hafiy ngan Hadif paling hepy... jakunnnnn...



Dapat gak la 2-3 dahan. Puas makan....

Jom la berehat kejap..Penat
Wassalam...

2 comments:

aizamia3 said...

fuh.. best.. best.. geram lak ai nengok buah2an tu.. ;)

aCik Anie said...

I PUN..berkali kali tgk berkali kali jgk gerammm..hahahha.........