Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, November 8, 2012

Khamis Dah..Yeahhh..

Assalamualaikum..

Ekceli tak tau nak letak tajuk apa.. so aku main hantam saja lah....
Frust giler malam tadi terlepas masterchef.
Kisahnya malam tadi adalah malam graduation anak jantan saya, so terlepas scene menarik la semalam. Kan betul kan?..Hafiz tersingkir..cuma sebab penyingkiran tu diaorang tak dedahkan la.

kita balik kejap tgk masterchef..pastu habis kita datang balik
abih budak budak ni camner?.. buat ker nangis ker..aper ker?..

Ermm..yer jugak erk.. kerja giler namanya tu. Ingat rumah ngan sekolah tu 2 langkah jer ker.Takper i terpaksa korbankan keinginan i demi anak anak jantan kesayangan i tu . Padahal anak aku tu 4 tahun and 3 thn jer baru pun.. Bukan nak kena naik pentas terima sijil bagai pun. Paling tidak pun ada hanya tarian lompat lompat , angkat tangan goyang badan kanan kiri jer.
 
Paling best Hadif la. Mula naik pentas lagi mata dah melilau cari mak bapaknya. Sekali dia ternampak kitorang tengah peratikan dia.. Apa lagi keras kejung terus kat situ la...  sambil tangan di mulut...mata terbuntang mintak simpati..dalam hati dia.. ambik la aku bu..bawak turun la aku bu... agaknya la...sampai habis lagu dia berkeadaan begitu.. Korang boleh bayang tak?. Tapi kan aku ni kira masih bersyukurla sebab dia tak melompat turun pentas. Kalo tak malu weyhh.. anak saper la ni.... Anak Ajeed....* lariksss. Tapi bila semua dah siap lagu dah habis..elok jer dia menonong kluar barisan nak kluar cari kitorang... nasib baik ada org perasan, terus diorang tarik tangan Hadif pergi belakang pentas.... aku menunggu dari jauh tengok jer gelagat dia...Macam mana nak kasi dia tak jakun nemgok orang ramai erk?. Ada tips tak..?

Citer details pasal ni aku buat kat next entry yer kalo rajin.
Aku nak cerita pasa Masterchep ni.... Tak sabar...meruap ruap dalam hati nak mengumpat a.k.a mengutuk si Hafiz.


Malam tadi betulla..Kumpulan Merah yang menang lagi... Memang Team 3 serangkai ni (Che Lah..Ammar..Cikgu) kalo bergabung mesti menang punya la. Dont worry..dalam kalut kalut..gaduh gaduh pun ..the end mesti diorang menang. Merah warna keramat untuk trio 3 serangkai ni kot. Walopun mulut Chelah ni bising..Tapi betul la kata CheLah.. diorang tahu buat kerja masing masing . Jangan risau..Hamboi CheLah...konfiden yer. I suka.


Macam yang dicanang kat Forum cari betulla ..Hafiz yang keluar kan?..Dah tau dah.. macam sia sia jerla diorang tarik masuk balik minggu lepas. Buang karen jer la. Kejap bebenor dia muncul. Aku pun heran naper dia buat kerja menipu ni untuk kali yang ke-2..tak malu ker?.. Nampak sangat la dia ni takder integriti kan? Tapi kita pun tak tahu sejauh mana kebenaran cerita penipuan dia tu. Malam tadi pun dia tak bongkarkan.. so kita tak boleh nak judge dia lebih lebih hanya berdasarkan kepada khabar angin saje.unfair okkkk..

Makin lama makin kurang peserta MCM ni. Maknanya makin hampirlah diorang dengan Final.. Gerenti dup dap dup dag jer jantung diorang...tapi yang terlebih dug dagnya yang tukang menengok ni. So yang tinggal lagi Fizuan, Che Lah, Eida, Dean, Nora, Nina, Etiqa, Ammar, Ah Hong dan Izyan. Saperla Juara itu kan? Tak sabarrr nak tengok. Jangan tiba final aku masih kat kampung lagi dah la.. Nangis nanti. Asteruk kat sana takder wey.


Tapi kan aku dengar dengar citer lepas ni Fizuan yang keluar.. lepas Fizuan diorang cakap Che Lah uolsss Che Lah... Habisla.turunla rating kat asteruk lepas ni. Paling tak best.senyap sunyila dapur masterchef lepas ni. Dah lagi lagi tak best bila takleh dengar komen Che Lah yang gelak gelak manja setiak kali bagi komen..perasan tak.  dengan liuk badannya..alahai.... mesti cikgu ngan Ammar tak ceria lepas ni... Tak berseri uolls kalo Che Lah takder....

Pic kredit Forum Cari..

Wassalam

No comments: