Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, November 23, 2012

Kenapa Hafiy suka tinggal Kampung?

Assalamualaikum..

Lambatnya menunggu hari minggu.  Ahad ni adik aku nak datang sini hantar Hafiy balik kepangkuan ayahbondanya ni. Ekceli Hafiy sekarang ni tengah seronok berjimba bermain pasir kat kampung.
Nak balik Kajang hari tu jenuh aku memujuk dia... Haremmmm..takdernya nak dengar. Dia kenakan si Ajeed lagi ada la..

Abang..jom la balik Kajang...nanti kita pegi makan MCd
Babah balik dulu..pastu babah beli Mcd..pastu babah balik sini balik..

Hambik mu.. pandai dia susun strategi. So takkan nak paksa heret dia masuk keter la kan. Biarkan ajer la. Aku pun terus keluarkan balik sluar baju yang dah siap packing masuk bag ni. Sekarang ni tiap tiap malam paksa pakcik dia call aku tanya bila nak datang bawak Mcd..

Nakkk...sekarang musim boikot mcd nakkk..........sabar yer nak...

Banyak sebab kenapa dia suka tinggal sana.? Salah satunya.sebab budak bijak kat bawah ni


Pertama sekalinya ofcoz la sebab geng bas sekolah dia ada sana. Siapa lagi kalo bukan si Adam Lambert.
Budak ni..Ya ampun..cakap macam orang tua dah sekarang. Biasala kan? budak kalo dah terbiasa dalam persekitaran orang tua. Mak aku yang bela dia.. Sekarang ni loghat pun dah pekat sangat. Kadang kadang buat aku tergelak dengan jawapan selamba dia. Contoh macam ni la kan. Aku mintak botol susu dia nak basuh.. tapi dia tak suka,,sebab dia yang nak buat sendiri..tapi kita plak yang dia salahkan cakap kita yang tak nak dengar cakap dia...Walhal dia yang tak dengar cakap kita. Kalo korang dengar dalam loghat kelantan dia lagi pecah perut.


Dan dia jugaklah selaku Ketua Geng Bas Sekolah yang sebulat suara dipilih oleh Hafiy. Hafiy ngan Hadif biasanya akan jadi kroni dia jer. Mengekor ke mana saja dia pergi. Meniru apa saja yang dia buat. Maklumla Taiko..



Sebab ke-2.. dia boleh main pasir sesuka hati dia tanpa ada sebarang amaran dan teguran. Pendek kata semua mainan lori yang ada dalam rumah dipunggah untuk projek main pasir dia. Budak ni kan..ko tak payah la sakit tekak nak melarang dia itu ini. Takdernya di dengar.. percaya la. dia buat derkkk jer. Buat sakit tekak kita jer nak sound marah marah bagai. Aku senang jer. Ko nak main sangat kan...main la..jangan ko telan pasir buat nasik sudahlah...Petang nanti baru mandi. Sehari mandi 2 kali jer. Pagi sekali dengan malam sekali. Sebagai bukti suara aku ni tak laku.. lihat aksi di bawah.
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
'
"

Siap buat aksi bila aku panggil. Beza saiz badan yang paling ketara. Walhal dia ngan Hadif sama baya tau. Beza sebulan jer. Tapi kemain lagi sihat membesar bagai johan. Ngan Hafiy pun kalah Hafiy. Berkat makan nasik ngan budu kot. Lagipun semua jenis makanan dia bedal jer. Takder sekatan. Tapi dalam dalam bedal semua jenis makanan pun kat skolah tadika dapat anugerah GIGI PALING CANTIK. Dapat hadiah ubat gigi COLGATE ngan berus satu. Jadilah kan?..hahaha.


Satu lagi aksi taiko yang teruja bila dapat tiup kek...Ekceli bilik hari tu aku ada beli kek untuk celebrate bufday Hadif ngan Adam ni. Macam yang di jangka la.. Taiko punya teruja tu. Tapi puas hati tengok dia makan kek.. Beria bebenor. Paling bagus tak membazir..licinnnn di makannya..

Ekceli ..aku ni ok jer kalo Hafiy lama kat sana. Bukan apa..aku nak ajar si adik ni berdikari. Biasa kalo abang ada kat taska sesuka hati dia jer di buli abangnya. Nak mandi baju slua dibagi kat abang suruh masuk beg. Tak nak dia buat sendiri. Abang plak jenis yang "Protective" sket.. Sooooo buat jer la apa adik suruh. Dalam seminggu Hafiy takder kat taska ni sikit sebanyak boleh ajar dia berdikari. Tapiii... jenuh gak la nak memujuk dia pepagi sebab dia tak nak pegi taska..Abang takder.. Aku buat tak tau jer... tinggal macam tu jer.. kejap nanti elok la tu.


Hadif ni jenis yang cembeng sikit. Tengok ni la.. Naik benda ni pun nak nangis  Tak paham ku.. orang nak kasi cergas otot tu sket pun nak menangis... Tak paham..tak paham..

Perut tetiba nyanyi lagu keroncong untuk anie.. maka aku kena stop kat sini. Nak selongkar celah celah laci mana tau ada benda yang boleh di ngup ngap..

Sekian 
Wassalam..


No comments: