Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, November 6, 2012

Arabian House

Assalamualaikum..

Jom kita ke rumah arab. Mana tahu boleh jumpa nasi arab sedap..2-3 hari lepas anak jantan gue bersuara..

Ibu.. Abang rasa nak makan nasik arab..

Hamboi tekak hang.. Leh tahan jugak yer. Sejak bila boleh tersuka nasi arab ni. Nasi Arab tu tu apa?.. abang kenal ker?.. Baru ku tahu... rupanya maksud dia nasik arab tu kedai mamak. Aku pun pening, dia nak makan nasik arab ker atau nak makan kat kedai mamak. So Ahad lepas kitorang pegila ke rumah arab tu. Memang berbaloi makan sini.. Sedappp dan paling best murah... Selesa jugak sebabnya smoking area kat luar sana. So kitorang boleh makan dengan tenang tanpa menyedut asap asap yang boleh membunuh itu.

Hamboi ..cakap gaya laki aku ni tak merokok. Merokok..tapi ada zon merokok dia sendiri. Kat dalam rumah tempat yang boleh merokok hanya dalam "Bilik Kebal" dia. Selain dari tu sorry naik lori. dinda tak izinkan.

Ahad lepas kan hujan jer manjang.. dari pagi sampaila ke petang. So nak keluar pun rasa macam takder mood. Nak kuar berjalan berpayung bagai baik tak payah.. so tunggulah hujan reda dulu ..baru boleh cabut keluar. Tunggu punya tunggu dah pun masuk Asar.. lepas Asar terus keluar. Tempat makan dah ada dalam kepala hotak ni... The Arabian House.. Saper nak makan nasi arab sedap..jom la ke sini. High recommended uuuuuuuu. 5 min jer dari rumah aku. Ala..dekat jer..belakang rumah jer.. Kalo korang datang makan sini..jangan lupa..jenguk jengukla dapur rumah aku yer.. Mana tau ada rejeki..boleh makan kek bantat. ngeh..ngeh..ngeh.

Mix Grill = Rm18 jer

Sesampai sana.. wah kemain lagi diorang layan customer.. siap nak bawakkan kitorang payung... Aku cakap.. takper..It's ok sir... Hujan lembu teleng jer ni Sir...Don't worry.. :)  Masuk jer..terus cari port baik punya. Kat sini ada 2 tingkat tau.. Tingkat atas mungkin sesuai untuk jamuan makan makan gathering gathering gitu. Kita yang family kecik kecik makan kat bawah jer la. Kang tak pasal pasal hero hero aku main naik turun tangga plak kekdahnya, maklumla rumah i single storey jewww.

Kabsa Kambing = rm 15 jer..

Menu dah ada dalam kepala... Kabsa kambing untuk Ajeed la..apa lagi. dan aku anak beranak...Mix grill (small) untuk  3 beranak cukup la. Dia ada 3 size..S.M..L..Pilih la ..ikut tekak dan kapasiti perut korang. Memang sedap. Cuba la korang rasa kalo tak caya. Hafiy punya selera.. woy..terkagum kejap...makan beria bebenor..Tak terkata ko. Siap mintak tambah. Sebabnya nasik dia tu pun dah cukup sedap..Panjanggg.aku terpikir gak cara dia masak kat sini tu sama tak dengan cara diorang kat sana.. Alaaa..masak dalam tanah tu. Kalo yer sama..memang berbaloila.. Makan gitu pun sedap. Makan ngan ayam grill tu lagi bertambah sedap. Pastu pandai plak Pak Arab kat sini mix and matchkan dengan citarasa tekak orang malaysia. Dalam nasik tu ada cili padi yang tak dipotong. Mungkin masa masak nasik dia masuk cili tu skali kot. So saper nak pedas..tenyeh jer la cili padi tu kan?. Aku menaip entry ni pun terbayang bayang lagi kesedapan ayam grill dia tu.., Hafiy yang best. Bukan takat tambah nasik jer malah menjilat pinggan sekali.. Caya lah bang...

Makan kami 4 branak RM50 jer pun. Ok la kan.. takderla mahal sangat pun. Dari aku makan McD baik aku makan nasik. Tu pun siap ada side order lagi.. fries untuk bebudak ni. Dia bagi mayonis yang dicampur ngan bawang putih. Tak boleh masuk la ngan tekak aku. Tak sedap. Nak cicah sos..lagi tak sedap. Sos diorang ni..nampak kemain lagi...sedap jer. Tapi tak sama la rasa ngan sos kita. Pedas dia len macam. Pastu terlebih masam. Sos tomato tu sah sah la masam kan?. Sos cili pun masam gak. Makan gitu jer la. Takyah cicah cicah. Tapi tak kisah la.. yang penting Nasi dia sedap.
Air plak cam biasa la.. fresh oren jer la manjang. Ajeed plak try Turkish Kopi.. Mak aiiiii... pahit giler. Pahit dia lain la.. Pahit tak best gitu.. Terkulat kulat mata aku menahan pahit nak menelan. Hafiy Hadif pun try gak...Berkerut dahi masing masing. Hahh nak sangat kan.. Aku dah cakap..takyah la..tak sedap..nak jugak..sekali ambik...Cam nak menangis muka hadif. Cepat cepat aku bagi air masak. Kecik cinonit jer cawan dia.. tapi 4 hinggit secawan.. Yerla paham... diterbangkan khas dari turki kan.. sebab tu korang jual mahal.I paham..takper.
Ini bukti kesedapan tahap maksima... Sumer gambar tu aku goggle...cuma pic yang pinggan licin jer aku sempat snap. Maklumla..kebulur nasi arab. Tu daging lembu yang digentel panjang dan di grill... sedappppp. Cer korang tengok nasi dia..panjang kan?.. Rugi kalo korang tak rasa.. Lokasi restoran ini.. cari taman Putra kajang..Sebelah tol sungai ramal tu jer... Ataupun korang cari Akademi Darul Huffaz... alaa sekolah budak tahfiz tu.

Ok la...wassalam...

2 comments:

Ietams said...

lokasi nye yg benar-benarnya kat mane kedai ni cik anie?
kami sekuarga minat giler dgn nasi arab.. uh sedapnyaaa

aCik Anie said...

lokasi yang sebenarnya..ita masuk tol kajang..cari Taman Putra Kajang..
lokasnya kat sebelah tol sg ramal..masuk tol sg ramal then u turn bawah jambatan.. tepi highway leh nampak... depannya Akademi Darul Huffaz..skolah budak tahfiz