Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, October 3, 2012

Sambung Cerita Ahad

Assalamualaikum..

Tak habis habis lagi cerita weekend lepas. Nak sambung sket jer. Kebetulan gambar ada kan..soooo apa salahnya aku terjemahkan menjadi satu cerita. Harap korang jangan boring plak.

Pagi Ahad dalam kul 8am mak aku call...

Mak: Bila adik faizal meninggal...
Aku : Haah..Innalillah.... Bila meninggalnya?

Aku plak yang tanya mak aku. Sebab aku balik malam tu pun Faizal (laki Ila) baru nak gerak pegi spital tgk adik dia. So aku pun tak tahu menahu pagi tu. Adik aku pun satu hal. Bukan dia nak bagitau pun. Yer la.. mungkin taknak menyusahkan kitorang, susah susah datang sana kan?.. Lagipun dia meninggal kat hospital.. Soooo diorang dah siap mandi, semayang jenazah kat sana terus. Bawak balik untuk kebumi yang dah siap jer la.. Dalam kul 9 aku call Ila tanya sumer...masa tu katanya baru jer dia balik dari kubur.. dah kebumi.. Alhamdulillah... lancar urusan tu semua.

Soooo...kitorang pun takder la nak bergegas ke sana sebab dah plan nak balik tgk Abah si Ajeed ni. Hari minggu ni baru ingat nak pi sana ..Melawat mak si mati. Mak aku pun ingat nak datang sini...so alang alang sekali jalan jer la. Ada kawan best sket.

So pagi tu kami terus balik Klang...

Kebetulan plak FIL aku pun  tak berapa nak sihat lately ni. Tertangguh tangguh nak balik tengok dia. Nak dijadikan cerita tengah bulan 9 hari tu dia jatuh motor. Orang tua korang paham paham jer la... badan pun bukan larat  lagi. Tambah plak terjatuh dari motor masa angkut barang berat, jadi kondisinya dari hari ke hari bertambahlah buruk . Nak nak plak dia mengadu kaki dia macam kebas dari pangkal paha ke lutut. Risau jugak....sebab takut effect pinggang ker tulang ker apa ker..Kadang kadang datang sakit pinggang tu memang tak tertahan sakitnya. Ubatnya makan ubat tahan sakit jer la...Nak makan ubat tahan sakit banyak banyak pun tak boleh kan.. Ubat ni bahaya kalo ambik kerap sangat.

Ntah la.. sekarang macam macam hal timbul. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Stop la citer bab bab tacing ni. Sambung kisah hepy sket.

Keghairahan Hafiy ngan Hadif bersambung kat sini plak. Part Selayang dah habis. Part Klang plak. Kalo balik Klang biasa dia takder geng sangat. Taring dia hilang kejap kalo balik sini.Kesian Abang yer. Geng ngan adik jer la. Dia pun biasala.. kalo orang tak nak geng ngan dia, mula la dia nak memberontak...konon nak ambik perhatian. Nak lepas perasaan ketidakpuasan hati dia tu.
Taiko budak ni la.... Anak abang Ajeed yang tinggal selang sebuah rumah dengan PIL aku. Kesian taiko..asyik kena marah jer. Buat tu kena marah, buat ni kena marah, ke dapur kena marah, ke depan kena marah. Kekadang bukan kesalahan dia pun dia jugak yang kena tanggung...hehehe.. Hero biasa la kan.. oooooooo..dah ada kawan ko nak nyombong yer. Kadang kesian gak tgk Hafiy..ngikut jer bontot mana dia pergi.. Nak berkawan.. tapi takder di herannya...Penat sangat la tu.. sampai tak terkata... termenungggg sajork.
Geng baik dia yang ni.... Diorang kerap balik.. Kami kan jauh sket..balik pun kekadang 2-3 minggu sekali. Mana diorang nak rapat sangat kan.. Tapi alhamdulillah la..Hafiy dah makin pandai bawak diri. Paling tak pun kalo dia tak puas hati takdernya dia nak mengamuk ngan orang tu. Yang jadi sasaran sapa lagi ....aku la. Tempat dia lepas perasaan. Ermmm...budakkkk layankan ajer.
Yang ni Hero Teluk Gedung... Memang cukup tak sebulu ngan Hafiy. Haishh..budak..budakkk... kecik kecik dah pandai perang psikologi nih. Siap pakai blusher lagi nak main badminton. Muka putih... sekali kena panas.. hambik...merah merah habis satu muka

Dalam pukul 6-30 akak Ajeed yang kat Teluk Gedung tu berangkat balik. Tinggal kami jer lagi. Diorang bermalam rumah PIL aku malam minggu tu. Tu sebab awal lagi dia dah cabut. Mau taknya...kasut anak tak berbasuh, baju skolah pun sama... kain menimbun nimbun....paham sesangat la.


Bila semua dah balik baru la tenang sket budak berdua ni. Takder la macam ribut sangat. Lepas Maghrib baru Ajeed angkat punggung nak balik.. Dia tak tahu kain dah membukit menunggu aku kat rumah nun. Saborrr jer la. Tapi untung jugak AJeed balik Ahad tu , dapat jugak dia urut urut kaki apak dia. Katanya tahan sket Ajeed urut. Mungkin sebab sentuhan tangan anak jantan dia... sakit sakit yang sket sket tu hilang. Ajaib kan?... sentuhan kasih sayang mungkin... Aku cadang nak ajak dia datang rumah jer.. malam malam boleh Ajeed urut.. Tak nak plak...Mungkin dia akan rasa boring kot bila kami keluar bekerja. Tapi at least malam tu Ajeed boleh tolong urutkan... Takper la.. paham..paham.. mungkin dia tak selesa kot..

Harap harap takder apa apa la lepas ni ....Lagipun dia tengah berubat dengan sorang wak ni.. sudahhhhhhhhhh. Kisah mistik plak yang datang,....
Aduiiiii..

Wassalam.....

No comments: