Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, October 10, 2012

Master Chef Malaysia 2 (MCM 2)

Assalamualaikum...

Aiyorkkkk....Tetiba i teringat... entry auto publish i dah habis loooorr. Dah takder dalam list menunggu. Tu la leka sangat duk melayan MCM 2 kat Forum Cari. Macam orang gila..gelak sorang sorang. Korang layan tak MCM 2 ni?...

Ekceli i ni mula mula macam tak best jer tengok..ahhh malas la nak layan..ntah apa apa jer... tapi dah lama lama tu macam addicted la plak.. peserta peberet saya Che'Lah. Takkan i nak minat Ammar plak kan?..nanti kena cop popuan tak sedar diri plak......

Afundi Che"Lah Yess. Mungkin faktor umur buat saya menyokong Che'Lah kot. :)

Perasan tak, Che'Lah ni ada iras pelakon Kasmadiana kan?..adik bradik kot...

Jujur aku cakap mula mula tengok CheLah ni macam....

"eeeeeeeeee..orang tua tak sedar diri..gedik, dah la tua..perasan cantik. Reti ke masak ni"

Lama lama bila tgk dia beraksi depan kemera boleh tersuka la plak. Kamera pun asyik pokus kat dia jer. Memang la dia gedik,,tapi gedik dia tu jenis gedik yang real ok...tak fake @ buat buat macam setengah peserta lain.. Aku pun tak tau motif aku minat dia tu kenapa. Yang paling tak boleh blah bila dia cakap dia nak buktikan kat penonton yang dia ni pandai masak, pandai jaga anak dan beriman... Tang beriman tu yang paling klakar. Geli ketiak aku dengar statement macam tu.

Korang pun mesti ada peserta peberet korang kan?.. ke korang langsung tak layan MasterChep Malaysia  ni. Tapi memang aku sokong pendapat Abang Nara, peserta MCM kali ni lebih banyak drama dari session sebelum ni. Macam macam peel sorang sorang. Mulut memasing tak der insurance Hazabedah.....Nasib baik Atikah dah keluar. Ehhh.. ada peminat Atikah ke kat sini.


Tapi kesimpulannya aku nak sangat Si Izyan ni menang.. Pin Kebal dah dapat yo.. Kita tunggu..sapa yang bakal di nobatkan sebagai MasterChef Malaysia 2. Paling best masa dia lawan ngan Chef Mail hari.. Enjoyyyy jer tengok.


Afundi Izyan... Full Stop.

Wassalam..


2 comments:

Sue Saari said...

Haha...xthn tgk che lah tu...mulut pot pet pot pet....

aCik Anie said...

pot pet pot pet versi manja gitu Nana..