Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, October 8, 2012

Lauk Kegemaran

Assalamualaikum......

Hari ni rasa macam lambat jer jam tu bergerak. Perut plak tetiba lapar bila terjumpa pic ni kat folder minggu lepas punya. Aduiiiii......meruntun ..rasa macam berjalan pun nak patah lutut ni. Lapar sesangat.

Ya...Ikan percik adalah salah satu daripada lauk kegemaran saya. Salah satu tu.. maknaya banyak lagi la makanan kegemaran saya yer.. Nampak sangat aku kuat makan. PeLaparrrrr... Wolopun rupa buruk tapi percaya la..sangat sangat sedap rasanya...

Wak,,,sedap tak ikan percik tu...rasa macam Ma buat tak?
Sedappppppp.........

Sedap ajer la si tukang makan... kan cakap tak sedap takdernya lepas ni aku nak membakar bakar ikan. Tengok la tak caya.

Dalam setahun 2-3 kali jer boleh buat percik ikan...satunya sebab ikan lolong aka ikan Uji rashid aka ikan Rafeah Buang ni susah nauuuu nak jumpa... Dalam tahun ni kali ke-2 aku jumpa kat kedai Acheh. Memang ikan ni bermusim ker. Susah sangat nak jumpa ni. Ikan lain memang banyak tapi sangat tak sesuai untuk di buat percik. Itu sebab kalo ada ikan ni baru aku buat percik. Pernah gak buat ngan ikan lain Tak masuk wey..tak sedap. Hari tu aku beli sekilo jer pun.. dapatlah 6 ekor. 4 ekor aku percik..2 ekor aku simpan..nak goreng bodooo jer. Tabur garam saja pun sedap...

Mak aku kenal sangat ngan selera aku. Kalo aku nak balik mesti dia percik ikan. Kalo ila yang nak balik mesti dia goreng sotong. Anak anak lain aku tak tahu. Yang aku perasan ni jer la. Nanti kalo adik aku yang kat Serawak ni baca mesti dia kata...

Yer la... Ma kan saye (sayang) ko mu.. mu kan anak sulung....

Itu jer la modal dia.. Aku pun tak tahu yang anak sulung ni akan jadi anak kesayangan. Dia tak tahu yang anak bongsu ni percentage untuk menjadi anak kesayangan lagi tinggi. Ekceli mana ada mak yang suka bagi bagi kasih sayang mereka. Cuba tanya ibu ibu yang ada kat dunia ni...Positif weyyyy...positif. Semua kasih sayang di bagi sama rata. Bila terlalu kuat berfikir... maka banyaklah fikir yang bukan bukan.

Sedappppp kan.. Kena plak celur pucuk paku lawan ngan budu.....

Saper nak resepi ambik sini. Kat sini susah nak bakar bakar ikan ni..
Kalo kat kampung best...berasap satu dapur.. takder jiran sebelah nak heran...kalo kat sini..ermmmm..heran kot orang sebelah.. naperla kuat nau asap kat umah cikanie nih....sudahnya bakar atas ceper jer la...

Wasaalam..

2 comments:

D'aNie said...

Comey susun lada gitu..hikhikhik...saya pon dah jadi hantu budu sejak thn lepas kes ngidam kot..walhal dah 8 thn duduk ganu

aCik Anie said...

tersusun secara tak sengaja tuuu..
amboi.. lama tu 8 thn baru terjerat..susah wooooo lepas ni.. bekal buda jer la ke mana mana..