Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, October 25, 2012

Hari ni kerja lagi.. Sob..Sob..

Assalamualaikum..

Ambo hari ni tak jadi cuti sebab taska bukak tapi di kira OT. 10 henggit sorang untuk sehari. So 2 orang 20 henggitla . Ok la kan.. sehari tu, bukan sekerat hari. Dari aku cuti..nak kena gi cari klinik lagi sebab ofcoz aku ambik MC jer, taknak apply cuti awal awal.. mana lah tau kan ada orang sudi jaga anak.. MC tahunan ada 19 hari lagi wey... Dah nak hujung tahun ni.. Rugi tak perabih. Annual Leave ada 12 hari, takleh nak usik ..rugi.sebabnya awal tahun depan diorang bayar balik . So kalo 12 hari di kali dengan gaji hari.. cer kira..brapa leh dapat.. Jadi la kan. So tahun ni merasalah makan duit AL. Tahun lepas lepas tak abih abih dengan mengandung beranak sumer, cuti anak demam. So cuti tu memang tak berbaki lansung la.

Eh..lengang giler jalan hari...Macam jalan itu ana yang punya. Pepagi bukak pintu tengok sumer keter ada parking depan rumah masing masing. Wahh best korang.mesti dah balik kampung pagi ni.. Sedikit jeles. Ambo dijangka bertolak ke Klang nunnnnn sana pada malam nanti. Bunyi macam jauh bebenor Klang tu . Jadilah.. dari takder kampung langsung. Kan lagi syahdu di pagi raya.


Malam tadi ada saper tengok MCM tak?, kesian kan Adly tersingkir. Tacing sungguh malam tadi..Nasib baik la Ajeed takder. Dia memang alergik kalo tengok aku menangis. Nak nak pulak menangis sebab MCM. Lagi kena kutuk. Dia tak tahu yang hati bini dia ni lembut ya amat..macam kulit baby. Tengok citer yang hepy ending pun nangis, sad ending apa lagi.

Malam tadi perasan tak..beria bebenor cikgu menangis. Siap gi tahan depan pintu lagi. Peluk plak untuk kali kedua. Alololo.. comelnya cikgu menangis...Tapi kan aku prasan macam Adly marah sangat ngan Kak Rosmah. Mungkin sebab dia anggap yang rendang dia buat tu punca dia tersingkir. Kan chef bertiga tu cakap hidangan paling teruk kumpulan biru adalah rendang pulut. Itula..Adly kan nak tambah bawang halia sumer tapi Kak rosmah tak bagi. Kan dah kalah. Sian Adly..

Dan malam tadi jugak terserlah kehepian Azni sebab boleh dibawak kluar makan oleh Ammar. Wahh Ammmar... ada apa apa ker.. hepy bebenor jer.

Ok la.. dah letih membebel pasal masterchef..ohh hampir lupa.. Hafiy kenal Che Lah la.. Tetiba dia cakap

"Che Lah buuuu."

Amboi anakanda... kemain lagi yer.. Baca Iqra cepatttttttttttttt...

Ok la, nak gi Shah Alam ni... nak buat audit sket. ... hehehe..jaga korang...

Wassalam

2 comments:

Sue Saari said...

arghhh...geli nengok Azni yg gediksss bila Ammar syiok kat dia...MENCIK!!! (xpe2 nama jer sama..AMMAR MUHAIMIN FARHAN sila jgn carik bkl isteri gediksssmcm Azni).. HAHAHAHAHA... ;)

aCik Anie said...

hahahha.. tapi kan tgk gaya azni tu macam menjampi serapah jer setiap kali penyingkirin.. terkumat kamit mulut dia...