Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, September 6, 2012

Titipan Emosi Pagi Khamis

Assalamualaikum...

Sedikit beremosi pagi Khamis ni.. Sedih... :(... tapi what to do... bertabahlah duhai hati.)

Yess.. Khamis dah, besok Jumaat... Lusa cuti.. Yahoooo.. Di saat saat ini cuti yang panjang amat amat ku nantikan.

Semalam balik kerja naik bas lagi.. Lately la Ajeed bz sket.. so nampak gaya kena drive sendiri la pepagi. Akceli buat masa ni tangan aku ni tengah gila stering. So saat ini amat aku nantikan. Tapi aku takleh nak tunjuk sangat keterujaan aku nak bawak keter ni, Ajeed lain macam sket.. dia tak boleh tgk aku excited.. baik aku pura pura terpaksa kena bawak keter.. ala.. macam menyampah sket nak bawak keter ni.. walhal dalam hati lain yo.

Jadi malam tadi dia offer... yes.. suka .. suka...(ok.. cover sket)..jangan loncat-loncat sangat.

Oh lupa nak citer malam tadi punya citer. Balik jer kerja macam biasala.. aku settle budak-berdua tu dulu... Masak nasik..mandi.. Tetiba letrik takde..trip.... ahh sudahhh..camner ni... rilex jer... sabor ... dah la laki takder..kredit plak expired..so apa mau bikin... makan dalam gelap..mandi dalam gelap... goreng telor mata pun dalaam gelap .Nasib baik jiran sebelah baik hati datang tgk apa yang tak kena. alam pikiran aku satu jer.. Ajeed lupa bayar bill ker.. Cuba check kotak meter kat luar.. Takder nampak plak kesan wayar kena potong. Selamat. Rupanya letrik takder sebab aku guna 1 extension yang bermasaalah ni. Sebab tu dia trip. Apala... tau guna jer.Ok i mengaku..Tapi lepas ni kalo trip i tau kat mana i nak sentuh ok.

Settle bab letrik takder... adik aku si Ila ni plak mesej bagitau yang mak ngan adik aku tersadai kat tengah jalan sebab keter rosak. Sudahhh.. dia mesej aku suruh call Ajeed ... credit takdop..camner nak call Ajeed.. Sudah.. camner la diorang kat tengah hujan tu.. Aku dah panik ... Nasib baik skali lagi Ajeed call aku bagitau benda yang sama. Adik aku yang sorang lagi yang call dia. Tapi dia plak takleh nak buat apa sebab call phone adik aku dia tak pick up plak..nombor baru dia takder... cuba banyak kali tetap tak dapat. Call phone mak aku plak.. sama... tak pick up.

Sudahnya dia sampai rumah baru boleh cakap ngan mak aku. Lega.... Keter pun dah selamat kena bawak e bengkel. 4 ratus jugak la duit melayang.. sebab apa tau?... tangki air kering, pastu meter tempereture plak rosak kipas pun tak jalan, tapi yerla..sumer benda yang jadi tu kan bersebab.. takder guna nak salahkan sesiapa..tak sumer benda yang kita cakap boleh di terima positif... nak kesal pun takder guna.

ok stop... tetiba hati rawan seketika...
Wassalam................................


No comments: