Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, September 24, 2012

Restoran Hadramaut

Assalamualaikum...

Ini entry 2 minggu lepas punya cerita.. Cuti Hari Mesia hari tu. Plan asal nak makan nasik arab kat tempat lain, tapi sebab kedai tu tutup hari tu maka kitorang pun cubalah nasi arab kat sini. Sekarang nak cari nasi arab tak susah kan?..sana sini kedai pak arab ni ada. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Naper pak pak arab ramai sangat kat sini ahh lately ni. Dah tu siap ader area diorang lagi. Situ la ada sekolah, situ jugak ada kedai makan, kedai dobi pun ada…kedai runcit pun dia.. Memang boleh hiduplah diorang kat sini.


Senin lepas kitorang cuba makan nasik mandy kat Restoran Hadramaut…Hadramaut ni kalo tak silap nama tempat kan?.. korang jangan silap tafsir tau. Jangan maut lepas makan sudah. Kan kena saman kan. Ekceli dah lama nak cuba makan kat sini. Tak jugak jadi jadi. Kawan aku cakap makan kat sini sedap. Tu laju jer nak merasa tu. Bab makan ni pantang di sebut. Laju jer la.

Aku punya nasi ni namanya Kabsa Chicken. Boleh la rasanya kalo lapar. Yer la..dah lapar yang tak sedap jadi sedap. Cuba ko pergi time kenyang.....rasa dia lebih kurang sama jer macam nasik tomato.. bezanya kat dalam nasik tu dia letak ayam seketul. Sedap gak la rasa ayam dia tu.macam ada rempah rempah sket regenya.RM 14.

Ajeed punya ni plak Mandy Lamb. Ajeed cakap sedap kambing dia. Aku rasa biasa biasa jer... Ntah tang mana sedap dia tuh. Dia kan penggemar kambing... janji kambing semuanya sedap...RM 17 sepinggan.

Fresh oren dia memang betul betul fresh.rasanya macam makan oren sebijik gitu..gula tak taruk langsung. Budak berdua tu plak kena tabligh dengan Ajeed kejap, mau tak marah.. tercekik orang tu makan kejap ke hulu kejap ke hilir. Sebab situ takder orang jer yang boleh buat kami relex sket..lantak la nak... tapi kalo ramai orang ..mau berbulu kot mata kami.

AKu punya nasik tak dapat nak habiskan satu pinggan pun .Ingat nak share jer ngan Ajeed..tapi sebab dia kelaparan tahap jingga so aku order jer nasik lain. Itupun ayam separuh dia kebas. Kalo kapel elok sangat beli sepinggan share 2 orang. Takder nak membazir. Unless korang memang kuat makan Nasi dia sedap... ada rasa la.. tambah plak ngan rempah rempah ayam tu.

Kat sini ada satu tempat yang agak membahayakan untuk budak budak.. Takder pagar..kalo budak budak main sini ingat boleh jatuh. So sepanjang makan kat sini memang tak tenang sebab kena kawal budak berdua ni. Lagi aku kata jangan ..lagi dia nak dekat. Tu sebab nasik tak habis kot..hehe.

Penagih shisha boleh ke sini...

Ekceli pagi Senin tu pepagi lagi Ajeed keluar rumah. Katanya dia nak ke kubur.. Petang Ahad tu sorang kawan dia telah meninggal. Muda lagi orangnya. Tinggal bini ngan anak 2. Kesiannn.. Bayangkan kita kat tempat dia. Dia meninggal sebab sakit Hipetits B. Menyakit keturunan kan? Ajeed cakap apa tau ….

Bini dia muda lagi…..lawa ...

Amboiii laju jer menilik bini orang. Aku diam jer..kan banyak mulut makin menjadi-jadik plak.. Pesen laki aku ni jangan ko melawan cakap dia.. Apa apa pun dia cakap elok ko diam jer.. Walhal dalam hati mengeleggak tuhan jer yang tau…. Geli ketiak pun ada. Dan kebetulan hari yang sama juga sorang lagi pakcik kat area worksop meninggal jugak.. Patut pun dekat petang baru dia balik..sebab kena kebumi 2 orang hari tu. Pakcik ni kira terasa la kehilangan dia sebabnya dia ni pandai mengubat. Anak-anak aku 2-2 semua rasi dengan air jampi dia kalo demam. Nanti lepas ni mana nak di tuju.

Sambung citer makan tadi…

Masa kitorang sampai hingga lah sampai habis kitorang makan memang takder customer lain kat situ. Kami anak beranak jer. Lepas tu adalah pekerja 3-4 orang. Pastu aku tengok pak pak arab tu kluar masuk kat situ. Yang pakai kain pelikat pun ada. Jangan jangan dia yang siapkan order kitorang…eeeeee…tak sesuweyyyyy. Tapi dah selamat masuk perut pun.


Tempat ni memang tenang… sesuai untuk sesaper yang ada anak lasak macam aku. Budak berdua tak reti nak duduk diam.. suka sangat turun naik tangga. Maka tergedik gediklah diorang kat atas tangga sambil gelek gelek dengar lagu arab.

Lepas makan apa lagi chau la... overall makanan kat sini ok la.. 3 dari 5 bintang. Part Pak Arab keluar pakai kain pelikat tu yang tak tahan. Dan apa yang penting sangat sangat sesuai untuk sesiapa yang ada anak tak reti nak duduk setempat..macam i ni. Satu lagi..ada laluan untuk pelanggan yang pakai wilca..paham?.. hehe

Sekarang tengah gian makan nasik arab ni.. kat mana yang sedap yer..

Wassalam...

No comments: