Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, September 11, 2012

Cuti Dah Habis



Assalamualaikum..

Nasib baik adik aku tak terlepas flite dia malam tadi. Kalo terlepas tahu la aku nak claim tambang baru dengan saper.

Ekceli malam tadi flite adik aku ke Kuching pukul 9 malam. So maknanya pukul 8 dah kena ada… bila dah 8 nak kena ada kat airport maknanya aku kena kuar dalam pukul 6-30 gitu. Tapi semalam ntah saper punya aselehenya kul 6 aku takleh punch card lagi. Ni la kesan suka buat kerja last minit. Aku yang tak berslah ni pun terbabit sama..

Kejap jer 2 bulan.. sebelum poser hari tu adik aku balik….malam tadi dah pun ada balik kat Kuching. Ahad lepas..Pagi adik aku gerak dari kampung. Naik bas pagi dalam kul 9 pagi gitu…..kul 7-30 malam baru sampai Kajang. Panjang sungguh perjalanan bas sekarang yer. Sekarang ni dah masuk Putra kena plak pegi ke Putrjaya, ada orang ke yang turun Putrajaya tu erk?.. Habis Putrjaya barulah dia patah balik ke Kajang. Kiranya Kajang ni destinasi terakhir la.
Untuk sesaper yang nama dia mak ngah.. rambutan ni dah nak habis. Kalo rasa nak makan cepat la datang Kajang. Kan habis plak... sebab hari hari tukang hadapnya adalah Hadif. Suka sangattttt dia... Kejap kejap bagi aku suruh kopek..kejap kan datang lagi... kerja aku mengopek buah rambutannnn jer la.
Tapi jangan risau yer mak ngah... Kopok gotel masih tersimpan rapi..ada la 3 batang.. Tpi kalo lama lama simpan peti ais takdernya rasa sedap ikan fresh tu nyer... Soooooo cepatlah datang sini
Sampai airpot semalam dalam 10 min nak pukul 8 gitu.. paham jer la kalo otai yang bawak keter..80-90 jer la. Satu lagi sebab naper slow bangat bawak keter adalah mata si otai kita dah rosak. Kena buat spek mata. Bawak semalam pun mengagau dia. Ekceli mata dia sebelah kiri dah berzaman rosak...masa zaman sekolah rendah lagi.. Puncanya budak terlebih kretip...gini la gayanya,, main sumpit batang paip .isi plak pasir..sumpit tu plak di hala ke mata Ajeed.. apa lagi masuk mata habis la. Yang sebelah kanan plak dalam proses untuk rosak sebab masuk serpihan besi hasil kerja welding masa buat almari kabinet rumah aku...Yang ni aku nak citer next post yer.. menyimpang dah jauh sangat ni.

Adik aku nak sangat sampai awal sebab dah janji dengan kawan dia sorang ni la...dia nak tumpang timbang dalam bagasi orang tu. Aku heran la.. 10 kali pegi balik... barang dia bawak tetap banyak... semalam aku check...roti gardenia ikan bilis tu pun dia bawak berpuluh puluh dalam beg plastik. Katanya kawan yang kirim.. Kat sana takder... Sooooooooo aku nak mintak jasa baik Management Kilang Gardenia.. hantarlah stok roti ikan bilis anda ke Serawak.. especially kafe Unimas sebab budak budak kat sana gerenti akan menghabiskan stok. Gerenti stok clear tak sampai sehari. Di jamin.

Budak beg biru tu aku tengok sesuai sangat jadi kembar adik aku. Rupa sejibik. Memang patut orang kata diorang berdua sedara kembar. Mesti adik aku jeles ngan dia sebab pakwe dia yang hantar dia kat airport malam tadi. Hehe...Takper..aku suka moto baru hidup mu.. Bercinta lepas kawin.... itu manissss bangettt....percaya lah..
Hafiy ni kalo ke mana mana gerenti orang suka main main rambut dia..sekarang tak nampak sangat..ke kerintingan rambut dia tu. Makin dia besar makin hilang kerinting dia.. Kalo kecik kecik dulu..lahaiiii kuitnya...
Aku kan..kalo ada pak lang dia...(adik aku yang tunang hari tu)... takder penat sangat tau.. sebab diorang berdua ni memang rapat dengan adik aku sorang ni.. Sooo aku bolehlah bersenang lenang diorang takkan ganggu aku punya. Yang tukang pening adik aku ni la.

Apa apa pun.. selamat kembali ke lubuk la (UNIMAS) adikku.. teruskan perjuangan mu demi segulung ijazah.. caiyok...Raya haji takyah balik la.. sebab aku pun tak balik.. kalo nak balik deepavali.. silakan..

Wassalam....

No comments: